Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Rumahtangga orang lain Setiap kali kita melihat rumah tangga orang lain, mungkin kita terfikir bahawa kehidupan mereka lebih bahagia, pasangan mereka lebih memahami, kewangan mereka lebih stabil dan anak-anak mereka lebih berjaya. Tanpa sedar, kita mula membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain. Kita melihat kebahagiaan yang mereka tunjukkan, lalu merasakan rumah tangga kita tidak sebaik rumah tangga mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa apa yang kita lihat daripada kehidupan orang lain hanyalah sebahagian daripada cerita mereka, bukan keseluruhan kehidupan mereka. Setiap rumah tangga mempunyai perjalanan, ujian dan perjuangannya sendiri. Sebab itulah kita tidak sepatut nya mengukur kebahagiaan rumah tangga kita berdasar kan kehidupan orang lain. Ini kerana: 1. Setiap rumahtangga mempunyai ujian yang berbeza Ada pasangan yang...