Bismillah. Assalamu'alaikum, Pertanyaan : Mengenai hadis Tsauban, yang berbunyi, " Seseorang yang menjadi imam tidak boleh mengkhusus untuk dirinya dalam sebuah doa tanpa menyertakan orang lain. Jika tetap melakukannya bermakna ia mengkhianati mereka". Pertanyaannya, bagaimanakah kedudukan kesahihan hadis ini? Dan sebahagian orang menjadikan hadis ini sebagai dalil wajibnya doa berjemaah selepas solat. Dr. Dasman menjawab : Pertama , hadis ini sabit dari nabi s.a.w. dan untuk perhatian bagi yang bertanya, bahawa hadis ini telah disampaikan oleh nabi s.a.w . Dan nabi adalah sebaik-baik imam solat kita. Beliau selama hidupnya telah menjadi imam solat berjemaah baik solat fardhu atau solat Jumaat atau solat lain-lainnya. Tentu kita tertanya-tanya apa makna hadis ini menurut nabi sendiri? Mak...