Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Di kesempatan kali ini kita akan membahas suatu parkara yang sangat penting iaitu bagaimana kita dapat membersihkan hati kita dari penyakit-penyakitnya. Kita, saya dan anda semua sedang berjuang menuju kepada tujuan ini kerana hati itu sulit untuk dikawal. Oleh kerana itu kita sama-sama berusaha kerana yang menjadi perhatian Allah di hari kiamat kelak ialah yang utamanya perkara hati. Sebelum dijelaskan langkah-langkah untuk membersihkan hati, ada beberapa mukaddimah yang perlu disampaikan berkaitan pengajian ini sebagai menambah wawasan kita tentang pentingnya perkara ini. Ia bukan main-main bahkan ia adalah puncak dalam tujuan kita menuntut ilmu , puncak tujuan kita belajar , iaitu agar hati kita bersih. Sungguh merugi orang sudah mengaji bertahun-tahun , sudah menelaah banyak buku, sudah kenal banyak ustaz, t...