Bismillah, Assalamualaikum , Bila ditimpa musibah, cita-cita tak tercapai, kehilangan apa yang di cintai, atau apa saja keburukan yang menimpa, pasti hati menjadi sempit dan merana. Sungguh semua yang terjadi itu dari Allah. Maka Allah juga ada penawarnya. Jadi di sini kita lihat 7 tips melapangkan hati yang sempit. 1. Mentauhid kan Allah. Bila ada unsur syirik, Allah akan sempitkan hati. Kita solat tapi masih percaya pada bomoh, masih percaya pada tenung nasib, hati akan sempit. Periksa diri kita, kerja kita, kita buat kerana apa? Hatta kita pergi kerja pagi balik petang pun kena pastikan kerana Allah bukan nak kumpul dunia. Bila hati kita lurus untuk Allah, hati itu akan lapang. Sebab kalau hati bergantung kepada manusia ,manusia pun lemah seperti kita juga. Bagaimana mentauhid kan Allah ket...