Langkau ke kandungan utama

62) 7 TIPS MENGUBAT HATI YANG SEMPIT

Bismillah,
Assalamualaikum  ,




         Bila ditimpa musibah, cita-cita tak tercapai,  kehilangan apa  yang di cintai,  atau apa saja keburukan yang menimpa, pasti hati menjadi sempit dan merana.

         Sungguh semua yang terjadi itu dari Allah. Maka Allah juga ada penawarnya. Jadi di sini kita lihat 7 tips melapangkan hati yang sempit.


1. Mentauhid kan Allah.

        Bila ada unsur syirik, Allah akan sempitkan hati. Kita solat tapi masih percaya pada bomoh, masih percaya pada tenung nasib,  hati akan sempit. Periksa diri kita, kerja kita,  kita buat kerana apa? Hatta kita pergi kerja pagi balik petang pun kena pastikan kerana Allah bukan nak kumpul  dunia. Bila hati kita lurus untuk Allah, hati itu akan lapang. Sebab kalau hati bergantung kepada manusia  ,manusia pun lemah seperti kita juga.

          Bagaimana mentauhid kan Allah ketika ditimpa keburukan? Yang paling penting ialah kita mesti kembalikan perkara itu 100% kepada Allah.  Ianya datang dari Allah 100% jangan kata 90%. Jangan kita kata sebab itu dan sebab ini ianya berlaku.   Serahkan ia 100% kepada Allah. Bukan kepada manusia. Dengan itu hati jadi lapang.

2. .Mengikuti sunnah Nabi

         Dalam semua amalan kita wajib ikut sunnah nabi. Samada solat, zikir,   puasa  atau apa saja  amal ibadah. Dengan mengikuti sunnah nabi amalan kita menjadi tepat. Maka di situ ada keberkatan dari Allah. Dengan itu hati kita jadi lapang sebab tidak beramal dengan cara yang salah.

3. Belajar dan Berilmu.

       Sempit dada puncanya jahil. Sedangkan orang yang berilmu lapang dadanya. Sebab itu kita tidak pernah mendengar para nabi atau ulama yang berpenyakit kemurungan. Sebab apa? Sebab mereka berilmu. Padahal nabi-nabi itu lagi kuat ujiannya seperti nabi Ayub yang ditimpa penyakit bertahun-tahun lamanya.

         Lihat surah Yusuf: 33

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya ( jahil)"

       Nabi Yusuf nak digoda oleh wanita isteri pembesar. Maka apa kata nabi Yusuf, " wahai tuhanku, penjara lebih aku cinta daripada apa yang di ajak oleh wanita itu."

          Penjara lebih disukai oleh nabi Yusuf daripada ia terjerumus kepada godaan wanita itu. Kenapa? Kerana ia takut berdosa. 

       " dan sekiranya Engkau tidak palingkan akau dari tipudaya wanita itu  aku akan condong kepada mereka dan tipudaya nya dan akan aku jadi orang yang jahil."

        Kenapa ia kata kalau ia ikut godaan wanita itu ia akan jadi jahil.? 

         Maksudnya kalau ia ikut nafsu maka ia jahil walaupun ia seorang nabi. Yang ikut nafsu maknanya  ia jahil. Itulah orang yang beriman.

        Maknanya dosa adalah lebih bahaya daripada kesusahan-kesusahan dunia. Hidup selesa tapi dalam keadaan berdosa, sihat, mewah , 24 jam dalam dosa, itu dalam bahaya. Dosa akan menyempitkan hati.

4. Kembali dan Dekat kepada  Allah.

         Bagaimana kembali kepada Allah? Iaitu ikut 3  step yang awal  tadi iaitu bertauhid, ikut sunnah nabi dan berilmu, maka kita akan kenal Allah lalu cinta Allah.

        Bila sudah ada cinta  kita nak tambah amal ibadah, lalu mendekatkan diri  kepada Allah.  Yang kita berat nak ibadah kerana tidak kenal dan tak cinta Allah. Cinta kita nipis, itu sebab baca quran rasa malas, tak terasa apa-apa bila 1 hari tak baca quran. Kita  lebih cinta kepada telefon dari quran . Sentiasa ada masa untuk lihat telefon tapi al quran  tiada masa. Bagaimana hati akan lapang?

5. Sentiasa berZikir kepada Allah.

            Di setiap waktu dan di semua tempat yang baik. Wajib amal zikir pagi dan petang. Wajib baca zikir ini jika nak dilapang kan hati. Caranya mulut baca dan fikiran fokus kepada maknanya. 

       ' Ya Allah aku mohon pada Engkau keampunan Mu dan afiat zahir dan batin, juga pada harta ku , ahli keluarga ku dan pada agamaku, '

        Kita berdosa sebab tu mohon ampun. Hati keras sebab tu minta afiat zahir dan batin. Dan kita juga minta kebaikan dalam hal dunia dan agama kita. Kita meminta kepada Pemilik bumi dan langit ini  bukan kepada manusia. Dengan itu hati menjadi lapang.

       Tanda hati sempit ialah payah nak baca zikir pagi dan petang .

         Begitu juga zikir bila hujan , keluar masuk rumah, bila petir,  bangun tidur dan pakai baju ada doa. Jadi hidup kita penuh dengan zikir.

6.  Suka Buat Baik pada Orang.

           Bila hati lapang ia memberi faedah juga kepada orang lain.  Lihat surah al Insyirah. 

       ' Allah SWT menyatakan bahawa dalam dalam surah ini, bahawa  tiap kesusahan pasti akan ada kemudahan. Surah ini menekankan tentang kenikmatan Allah SWT yang diberikan kepada  Nabi Muhammad SAW.  Baginda diminta untuk melakukan amal soleh dan bertawakal kepada Allah SWT.'

        Dengan lapangnya hati nabi, umatnya banyak dapat faedah. Kita ada ilmu serba sedikit ini pun berkat faedah dari usaha nabi dulu. Jadi tanda lapang hati  ialah suka buat baik kepada orang lain.

       Lihat surah al Mujadalah:11

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu."

         Dengan sebab memberi ruang kepada orang yang baru datang dalam  satu majlis sahaja maka  Allah akan lapang hati kita. Maknanya bukan hanya di majlis bahkan didalam kehidupan kita  , jika kita mudahkan hal orang lain maka Allah lapangkan  hati kita. Ini janji Allah. 

7. Meninggalkan Apa yang Sia-sia.

          Apa saja dari pengllihatan, pendengaran, atau percakapan kita yang haram atau yang sia-sia  maka tinggalkan.

       Dengar orang mengumpat, walau tak mengumpat, apa lagi kalau mengumpat!
Dosanya sama saja. Itu sia-sia.

       Atau makan minum yang berlebihan, pergi ketempat yang tak berfaedah, membuang masa,  itu semua sia-sia. Iaitu tak memberi faedah kepada akhirat kita.

       Bersederhana dalam segala itu melapangkan hati. Berlebih-lebihan itu memberatkan hati.


Kesimpulan.

          Kesusahan, sakit, kehilangan atau apa saja musibah itu tak dapat di elakkan. Hanya mereka yang berilmu dan faham dengan kadar Allah saja yang akan lapang hatinya dalam melalui semua itu.



Padang Jawa.
5/7/23

  

        
            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...