Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. " (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih) Kebanyakan ahli syurga adalah orang-orang miskin. Tapi bukan syarat masuk syurga itu mesti miskin. Tidak. Ramai saja orang kaya penghuni syurga, contohnya nabi Sulaiman, Usman b Affan r.a, Abdul Rahman b Auf r.a, Abu Bakar asiddiq r.a juga kaya raya. Dan ramai lagi. Terus, kenapa penghuni syurga ramainya orang miskin? Kerana ramai orang yang diuji dengan kekayaan tidak lulus. Dan ramai orang yang diuji sabar dengan kemiskinan, ia lulus. Firman Allah, Kerana kekayaan, ban...