Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. "
(Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)
Kebanyakan ahli syurga adalah orang-orang miskin. Tapi bukan syarat masuk syurga itu mesti miskin. Tidak. Ramai saja orang kaya penghuni syurga, contohnya nabi Sulaiman, Usman b Affan r.a, Abdul Rahman b Auf r.a, Abu Bakar asiddiq r.a juga kaya raya. Dan ramai lagi.
Terus, kenapa penghuni syurga ramainya orang miskin?
Kerana ramai orang yang diuji dengan kekayaan tidak lulus. Dan ramai orang yang diuji sabar dengan kemiskinan, ia lulus. Firman Allah,
Kerana kekayaan, banyak orang berlaku melampaui batas. Betapa banyak orang yang sombong gara-gara kaya. Betapa banyak orang menzalimi orang lain, menghina orang lain gara-gara kaya. Kerana ia melihat dirinya serba cukup dan sempurna.
Sabda nabi s.a.w,
" Dan orang yang memelihara kuda kerana bongkak, sombong, dan membanggakan diri terhadap orang lain, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya."
( HR Bukhari: 1150)
Dengan kuda saja boleh membuat pemiliknya sombong. 'Kuda saya hebat'. Itu menyebab kan ia angkuh. Itu kuda. Belum kereta mewah, belum motor mewah, belum rumah mewah lagi, dengan gayanya dan aksinya. Ramai orang gagal dengan kekayaannya.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Padang Jawa.
4/5/25
Ulasan
Catat Ulasan