Bismillah. Alhamdulillah Assalamualaikum, Kebahagiaan Kita sering menyangka bahawa kebahagiaan akan datang apabila keadaan hidup menjadi seperti yang kita inginkan. Seperti kita berkata, “Aku akan bahagia apabila mempunyai lebih banyak wang,” atau “Aku akan bahagia apabila masalah ini selesai.” Namun hakikatnya, kebahagiaan tidak semestinya menunggu keadaan menjadi sempurna. Kebahagiaan ialah pilihan, bukan sekadar keputusan. Tiada siapa yang boleh memberikan kebahagiaan kepada kita sepenuhnya. Pasangan, anak-anak, keluarga, pekerjaan, wang dan kejayaan boleh menjadi sebab kita bersyukur dan gembira, tetapi sumber kebahagiaan yang paling dalam tetap datang daripada cara kita melihat dan menerima kehidupan kita sendiri. Kadang-kadang anda ada mempunyai banyak perkara tetapi masih berasa kosong. Sebaliknya, seseorang yang hidup sederhana mungkin mampu tersenyum kerana dia memilih unt...