Bismillah. Assalamu'alaikum, Setelah nabi Sulaiman a.s mendapati seekor burung hud-hud tiada dalam perbarisan, maka nabi Sulaiman tertanya-tanya ke mana ia pergi. Burung hud-hud pun memberitahu nabi Sulaiman a.s sebab ia tidak hadir dalam perbarisan tenteranya ialah kerana ia telah melihat satu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita, dan mereka semua menyembah selain Allah iaitu menyembah matahari. Jadi, bila nabi Sulaiman mendengarnya, beliau mahu pastikan adakah ia benar atau tidak. Maka nabi Sulaiman pun perintahkan burung hud-hud untuk tindakan selanjutnya seperti dalam firman Allah dalam surah an Naml: 28 dibawah, Nabi sulaiman mengarahkan burung hud-hud membawa surat nabi Sulaiman kepada ketua kaum itu iaitu ratu Balqis. Iaitu untuk mendapat kepastian hal yang sebenar....