Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit

428) PUISI : BILA SAKIT MENYAPA DIRI

Bismillah. Alhamdulillah. Bila Sakit Menyapa Diri Bila sakit menyapa diri, Langkah perlahan, suara sepi, Tiap nafas jadi erti, Bahawa nikmat itu bukan milik pasti. Sakit mengajar erti lemah, Di sebalik tubuh yang dulu gagah, Mengajak hati tunduk dan pasrah, Bahawa segalanya datang dari Allah. Dalam denyut perit yang terasa, Ada kasih Tuhan tak terkira, Mungkin ini jalan untuk kita, Kembali dekat, kembali sedar. Sakit bukan sekadar derita, Tapi pintu rahmat Yang Esa, Menghapus dosa, menyucikan jiwa, Mengajar kita, hidup ini hanya sementara. Bila sakit menjengah hati, Syukur dan sabar menjadi penawar diri, Kerana di sebalik luka yang tak terlihat ini, Tersimpan hikmah yang menanti. Namun dalam sunyi malam yang panjang, Terbit doa dari jiwa yang tenang, Air mata jadi teman yang setia, Mengadu pada Tuhan, Pemilik Segala. Setiap denyut, setiap rasa, Menjadi saksi sabar manusia, Dan di hujung segala bicara, Terkandung harapan, sinar bahagia. Sakit mengajar erti mengha...

244) APA PESAN ALLAH KEPADA YANG SAKIT, MISKIN DAN TIADA ANAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum,         Pernah ada tiga orang datang kepada imam  Hasan al Basri r. h  (110H). Hasan al Basri ini ulama tabiin. Jika orang merasa imannya lemah, rasa jauh dari Allah,  akan datang kepada Hasan al Basri, kerana bicaranya hanya bab kuburan, syurga  dan neraka. Banyak bicara sekitar itu. Dan banyak mengembalikan orang kepada Allah swt. Iaitu bertaubat.  Sakit       Kemudian  tiga orang itu datang serentak ke majlis ilmunya. Yang pertama mengatakan , saya ini sudah lama kena penyakit. Sudah berubat kesana-sini tapi tak pernah sembuh. Apa saranan tuan? Kata Hasan al Basri, perbanyakkan istighfar.  Bukan hanya istighfar  tapi banyakkan,  ulang dan ulang. Semasa duduk,  semasa baring, terus lakukan.  Mohon ampun pada Allah. Lalu orang itu pulang.  Miskin        Datang orang kedua katanya, saya sudah lama  bekerja tapi tak...