Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Kejayaan akhirat Kejayaan di dunia boleh diraih dengan kerja keras, tekun, tidak putus asa dan berstrategi. Tetapi bagaimana pula meraih kejayaan di akhirat? Apakah kejayaan di akhirat itu? Surah Taha ayat 75–76 menjelaskan syarat kejayaan di akhirat, iaitu iman dan amal soleh, serta kepentingan menyucikan diri untuk mencapai darjat tinggi di sisi Allah SWT. Janji Allah Allah SWT berfirman: "Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sebagai seorang yang beriman serta telah mengerjakan amal-amal soleh, maka mereka itulah yang memperoleh darjat-darjat yang tinggi. Iaitu syurga-syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan bagi orang yang menyucikan dirinya." (Surah Taha: 75–76) Dua ayat yang mulia ini merupakan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Se...