Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel disiplin

647) APA YANG MEMBAWA KEMISKINAN KE DALAM RUMAH?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kemiskinan     Kemiskinan bukan semata-mata tentang berapa banyak wang yang ada dalam akaun bank anda.     Ada rumah yang pendapatan nya sederhana, tetapi  hidup- nya tenang, teratur dan sentiasa ada keberkatan.     Ada pula rumah yang pendapatannya besar, tetapi wang sentiasa tidak cukup kerana dipenuhi konflik, pembaziran, kemalasan dan tiada perancangan.    Kadang-kadang, yang menyebabkan sesebuah keluarga terus berada dalam kesusahan bukan kerana kurangnya peluang, tetapi kerana sikap dan suasana yang dibina di dalam rumah itu sendiri. Seperti: 1. Konflik yang berterusan     Bila rumah dipenuhi dengan pertengkaran, marah, sindiran dan permusuhan, tenaga banyak dihabiskan untuk melawan sesama sendiri. Bila ada  pertengkaran, jeritan, tekanan, kekecohan dan masalah yang tidak diselesai- kan   , sukar untuk sesuatu itu berkembang.   ...

417) BAGAIMANA MENDISIPLINKAN ANAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Memarahi dan menghukum   Ramai ibu bapa percaya bahawa memarahi dan menghukum adalah cara paling cepat untuk mendisiplinkan anak.      Namun, hakikatnya, cara itu hanya menanamkan rasa takut, bukan kesedaran. Anak mungkin patuh untuk sementara waktu, tetapi dalam jangka panjang mereka belajar menyembunyikan kesalahan, bukan memperbaikinya.          Satu kajian daripada American Psychological Association menunjukkan bahawa hukuman fizikal dan verbal hanya berkesan dalam jangka pendek, malah kesan sampingannya boleh menyebabkan kebimbangan, rendah diri, dan hilang kepercayaan terhadap ibu bapa. Akibat cara itu, anak tidak belajar disiplin, sebaliknya belajar bagaimana mengelak hukuman.    Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat bukti nyata. Anak yang sering dimarahi kerana tidak mengemas mainannya mungkin berhenti seketika, tetapi keesokan harinya masalah it...