Bismillah. Assalamu'alaikum, Musyrikin Mekah adalah kaum yang sesat kerana antaranya ia mengatakan bahawa malaikat itu anak perempuan Allah. Padahal mereka sendiri mem bunuh anak-anak perempuan mereka kerana malunya mereka. Pendirian dusta mereka ini akan ditanya oleh Allah nanti. Bila diberitahu mereka ini sesat, mereka kata pula perbuatan mereka itu semua kehendak Allah juga. Maka Allah mencabar mereka dari mana mereka mendapat ilmu mengenainya.? Di manakah kitab pegangan mereka? Semua nya tidak ada, akhirnya mereka mengatakan mereka hanya memegang apa yang dipegang oleh datuk nenek moyang mereka dulu. Jadi , petunjuk atau hidayah orang yang sesat itu ialah kata-kata nenek moyang mereka dulu. Dari manakah petunjuk yang sebenar? Lihat surah al Zukhruf: 23, ...