Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Musyrikin Mekah adalah kaum yang sesat kerana antaranya ia mengatakan bahawa malaikat itu anak perempuan Allah. Padahal mereka sendiri mem bunuh anak-anak perempuan mereka kerana malunya mereka. Pendirian dusta mereka ini akan ditanya oleh Allah nanti.
Bila diberitahu mereka ini sesat, mereka kata pula perbuatan mereka itu semua kehendak Allah juga. Maka Allah mencabar mereka dari mana mereka mendapat ilmu mengenainya.? Di manakah kitab pegangan mereka? Semua nya tidak ada, akhirnya mereka mengatakan mereka hanya memegang apa yang dipegang oleh datuk nenek moyang mereka dulu.
Jadi , petunjuk atau hidayah orang yang sesat itu ialah kata-kata nenek moyang mereka dulu. Dari manakah petunjuk yang sebenar? Lihat surah al Zukhruf: 23,
Tugas para rasul ialah memberi bashiran dan naziran. Dalam ayat di atas Allah sebut pemberi amaran (naziran) sahaja , tak disebut bashiran, kenapa? Kerana bila penduduk Mekah sudah melakukan kesyirikan , tidak tunduk pada perintah Allah, maka perkara pertama yang perlu dibuat oleh rasul ialah membetulkan kerosakan yang ada. Maka mereka perlu diberi amaran. Bila sudah betul , sudah baik barulah di khabarkan dengan khabar gembira (bashiran).
Bila sesuatu penduduk itu masih lagj dalam kesyirikan, kesesatan, maka tugas rasul pada masa itu ialah memberi amaran dengan azab dari Allah akibat perbuatan mereka yang dibenci oleh Allah itu.
Tapi bila dakwah disampaikan oleh nabi s.a.w kepada kaum musyrikin, apa tindak balas mereka? Allah mengatakan bahawa orang yang mewah, pembesar di kalangan mereka berkata bahawa mereka adalah mengikut jejak-jejak datuk nenek moyang mereka sahaja.
Jawapan begini sudah biasa diterima oleh para rasul sebelum nabi Muhammad s.a.w lagi. Jadi , Allah memberitahu nabi, itu perkara biasa dan tak perlu pelik dan risau.
Orang-orang bawahan hanya mengikut saja. Seperti juga zaman ini, ahli jkk , imam dan dan bilal hanya mengikut saja apa kata orang atas. Dia tak kira bid'ah kah atau hadis dhaif kah? Seperti doa berkat bulan rajab, syaaban dan ramadhan. Ianya berpunca dari hadis yang amat dhaif yang bermaksud ia bukan berasal dari nabi. Sebab itu, masa bulan ramadhan ramai solat. Habis ramadhan wal hasil balik asal.
Begitu juga puasa rajab. Nabi tidak berpuasa penuh pada bulan ini. Hanya ramadhan saja nabi berpuasa penuh sebulan. Jadi jangan lah berpuasa penuh bulan rajab.
Begitu juga bila nak masuk bulan ramadhan, buat kenduri 'masuk ramadhan'. Ini juga tidak ada dalil kecuali amalan orang dulu-dulu sahaja.
Bila terjadi begitu, apa yang Allah suruh nabi katakan kepada kaum musyrikin? Lihat ayat 24: az Zukhruf,
Walaupun nabi mengemukakan bukti dari ayat-ayat tuhan, tapi kaum musyrikn tetap ingkar, tidak mahu mendengar. Kenapa mereka tak mahu menerima?
Sebabnya ada dua:
1. Langsung tiada ilmu ( jahil)
Iaitu mereka membuat penilaian tanpa ilmu. Hanya berpegang kepada apa yang dipegang selama ini.
2. Ada perasaan sombong ( kibr)
Walaupun kadang ia tahu hukum sesuatu, sebab dia ada kepentingan maka ia teruskan juga.
Contohnya kalau ia tinggal jadi tekong tahlil, hilanglah upah selama ini.
Bawa dalil yang sahih pun tidak akan diterima. Masuk saja bulan rajab, mulalah ikat batu nisan walau pun tiada dalil. Katanya ikut orang dulu-dulu. Kononnya itu tanda ada orang ziarah kubur itu, maka senanglah hati orang dalam kubur.
Akibat penolakan itu
Apa yang Allah tetapkan kepada mereka yang mendustakan para rasul, dan tidak menerima amarannya? Allah jawab dalam surah di bawah,
Allah mengingatkan manusia tentang kesudahan orang yang menentang Allah dan rasul . Ingatlah peristiwa Kaum nabi Lut, kaum nabi Saleh dan lain-lain yang menentang rasul mereka.
Allah suruh lihat bagaimana kesudahannya. Bukan suruh kaji bila berlaku? Di tempat mana? Dan siapa nama mereka ?. Allah suruh perhatikan bagaimana kesudahannya. Iaitu dengan mengambil iktibar dari kesudahannnya , ambil pengajaran.
Kalau di masa sekarang pun kita tolak hadis-hadis sahih, dalil ayat quran, maka Allah tak segan untuk azab kita dengam bermacam-macam cara. Lihat saja sekarang , bunuh sana, bunuh sini setiap hari.
Kisah nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim tinggal di Babylon dengan bapanya. Bapanya adalah seorang penyembah berhala, tetapi nabi Ibrahim melarangnya dari menyembah berhala. Bahkan ia menyuruh menyembah Allah sahaja. Ia tidak mahu bersama dengan penyembah-penyembah berhala itu. Lihat az Zukhruf: 25,
Azar ialah nama bapa nabi Ibrahim. Lihat al An'am: 74,
Bila bapa nabi Ibrahim masih juga menyembah berhala , maka nabi Ibrahim menegaskan bahawa itu satu kesesatan yang nyata. Jadi , kata nabi Ibrahim bahawa ia bara' , iaitu berlepas diri dengan perbuatan bapanya dan kaumnya. Ini prinsip orang beriman bila berdepan dengan kebatilan. Walaupun ia sayang kepada bapanya, dalam hal akidah ia tidak bersengkongkol dengan kesesatan. Tidak juga membantunya.
Hubungan dengan musyrikin Mekah
Apa hubungan kisah musyrikin yang mengikut nenek moyang tadi dengan kisah nabi Ibrahim? Iaitu mereka kata ikut nenek moyang, , adakah mereka tahu bahawa nabi Ibrahim itulah nenek moyang mereka? Mengapa mereka tak ikut agama nabi Ibrahim? Di mana nabi Ibrahim sangat anti dengan penyembahan berhala. Kenapa menyembah berhala yang tak dilakukan nenek moyang mereka iaitu nabi Ibrahim?
Nabi ibrahim berlepas diri dari penyembahan berhala, ia hanya menyembah Allah. Lihat ayat seterusnya,
Kerana Allah yang mencipta dirinya dan manusia seluruhnya, dan Allah juga yang memberi petunjuk, maka dengan sebab itu hanya kepada Allah lah dia menyembah. Inilah maksud perkataan,
"Tidak ada sebarang tuhan yang patut disembah kecuali yang patut disembah ialah Allah."
Nabi Ibrahim berlepas diri ( bara') dengan mereka yang menyembah berhala, tetapi ia bersama dengan mereka yang mentauhidkan Allah sahaja.
Maka nabi ibrahim menjadikan kalimat tauhid itu kekal untuk keturunannya supaya keturunannya hanya beribadah kepada Allah. Lihat ayat 28,
Peristiwa nabi Ibrahim berdepan dengan bapanya itu berlaku di Babylon. Iaitu tempat Namrud tinggal. Untuk mengembangkan kalimat tauhid itu, maka dari Babylon, nabi ibrahim bergerak ke Mesir kemudian ke Palestin, kemudian ke Mekah , meninggalkan zuriat di Mekah iaitu nabi Ismail, kemudian kembali semula ke Palestin. Di Palestin lahirlah keturunannya iaitu Ishak, Yaakob , Yusuf, Ayub yang semuanya mendakwahkan kalimah tauhid.
Di Mekah nabi Ismail membiak kan keturunannya hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a. w yang kekal menegakkan kalimah tauhid juga. Namun begitu antara Ismail dan Muhammad s.a.w banyak keturunannya yang tidak kembali kepada kalimah Allah.
Sebab itu bila nabi datang, keadaan mereka menyeleweng walaupun katanya membawa agama nabi Ibrahim. Mereka menyembah patung di Kaabah. Setiap patung itu ada taukehnya sendiri. Bila orang mahu menyembah patung itu, mereka meletakkan duit atau makanan kepada patung itu. Kemudian taukehnya lah yang mengambil semua itu. Itulah asal nya manusia memperdagangkan agama. Sampai lah sekarang, walaupun ada amalan yang bukan dari agama, tetap dipertahankan kerana ada untung yang masuk.
Memberi kesenangan
Walaupun ada keturunan nabi Ibrahim itu tak menyembah Allah , Allah tetap memberi mereka kesenangan kepada keturunan mereka. Allah tak mengazab mereka seperti kaum-kaum yang sebelumnya. Sebab itu keturunan nabi Ibrahim tak terhapus .
Sehinggalah datangnya nabi terakhir bersama kitab al quran yang dibawanya, memberitahu dan mengingatkan semula tentang akidah yang sebenar. Iaitu akidah nenek moyang mereka iaitu nabi Ibrahim. Tapi apakah jawaban orang-orang musyrik itu bila nabi Muhammad mengajak mereka kembali menyembah Allah? Lihat ayat 30,
Walaupun nabi s.a.w membawa kitab suci dari Allah, mengajak kepada kebenaran, tetapi mereka menolak dan menuduh itu semua adalàh sihir dari Muhammad s.a.w. kerana mereka tiada hujah untuk melawan ayat-ayat quran dari nabi tersebut.
Kesimpulan
Bila kebenaran datang dengan hujah dari kitab suci sekalipun , jika manusia itu ada dua sifat , iaitu jahil dan sombong, ia takkan menerima kebenaran itu. Hidayah tidak akan masuk ke hatinya.
Oleh sebab itu bila kita berhadapan dengan hujah atau dalil dari quran atau hadis sahih, maka kita kena letakkan nafsu dan fikiran kita di belakang, dan ikut dalil tersebut. Kena ada dada yang lapang bila berdepan dengan ayat-ayat quran dan hadis sahih, kena dengar dan taat.
Manusia tak boleh berubah kepada kebenaran selagi dia tidak mahu tunduk kepada ayat-ayat quran. Pegangan yang berlandaskan pegangan nenek moyang dan masyarakat bukanlah kebenaran dari Allah. Kebenaran adalah dari quran dan hadis sahih sahaja
Jika kita mahu selamat, jangan degil, atau tidak mahu menerima kebenaran dari al quran.
Dari kuliah Us Yob.
Klang.
22/1/24
Ulasan
Catat Ulasan