Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Kita sedang membahaskan kitab Aqidatus salaf wa Ahlul Hadith oleh al imam Abu Uthman as Sabuni (361-435H) . Iaitu tentang akidah salafussoleh. Dan mensyarah kitab ini kembali menjadi penting kerana tidak sedikit dari ahlu bathil dan ahlu attakwil , mereka juga membaca kitab ini tetapi dengan kefahaman yang berbeza dari apa yang dikehendaki oleh penulisnya. Tapi ini tidak aneh dan tidak ganjil kerana jangankan kitab ulama, bahkan kitab Allah dan Sunnah nabi s.a.w juga ditakwil , sehingga tidak ada lagi dengan maknanya yang asli , semuanya di takwil. Seperti, ada di antara ahli takwil berkata bahawa aqidah ini bukan seperti akidah assalaf tetapi akidah ahlul kalam. Iaitu di atas takwil. Kita mohon kepada Allah supaya kita dapat memahami sesuai dengan apa yang ditulis oleh penulis kitab ini. Mak...