Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,
Kita sedang membahaskan kitab Aqidatus salaf wa Ahlul Hadith oleh al imam Abu Uthman as Sabuni (361-435H) . Iaitu tentang akidah salafussoleh. Dan mensyarah kitab ini kembali menjadi penting kerana tidak sedikit dari ahlu bathil dan ahlu attakwil , mereka juga membaca kitab ini tetapi dengan kefahaman yang berbeza dari apa yang dikehendaki oleh penulisnya.
Tapi ini tidak aneh dan tidak ganjil kerana jangankan kitab ulama, bahkan kitab Allah dan Sunnah nabi s.a.w juga ditakwil , sehingga tidak ada lagi dengan maknanya yang asli , semuanya di takwil.
Seperti, ada di antara ahli takwil berkata bahawa aqidah ini bukan seperti akidah assalaf tetapi akidah ahlul kalam. Iaitu di atas takwil. Kita mohon kepada Allah supaya kita dapat memahami sesuai dengan apa yang ditulis oleh penulis kitab ini.
Makna yang asli
Perlu diingatkan, bahawa perkataan-perkataan itu difahami pada asalnya dengan makna aslinya bukan makna takwil. Yang kalau mengikut ilmu nahu iaitu 'Tak perlu kalimat lain untuk menjelas kannya, kalau perlu kalimah lain untuk menjelaskan-nya itu dipanggil takwil atau tafsir'.
Kalau takwilnya sahih, hasilnya sahih. Tetapi kalau takwilnya fasik, maka maknanya fasik pula. Maka bila ulama salaf mengingatkan supaya jangan mentakwil, maknanya jangan mentakwil dengan cara yang rosak. Tapi kalau takwil dengan makna tafsir seperti judul kitab at Thabari, Jamiul bayan fi takwili ayati Quran. Sebahagian orang yang membaca judul ini mengatakan yang imam at Thabari ini ahli takwil.
Lebih lucu lagi bila membaca hadis nabi ketika beliau mendoa kan Abdullah ibn Abbas r.a, sabda nabi s.a.w,
“Ya Allah, fahamkanlah dia terhadap agama dan ajarkanlah (ilmu) takwil kepadanya.” (HR. Ahmad dalam al-Musnad 1/328 dengan sanad yang hasan)
Lalu kata mereka nabi mendoa kan ibnu Abbas menjadi ahli takwil. Ini kalau tidak jahil bererti gagal faham dalam hadis nabi s.a.w.
Bahasa asli
Asalnya, bila seseorang berbicara samada melalui tulisan atau lisan, pasti bahasa yang digunakan ialah bahasa yang umum. Bukan bahasa teka-teki, iaitu bahasa yang ditakwil. Ini hukum asalnya. Semua orang berbicara dengan bahasa asli.
Kalau perbahasan ini mengguna kan bahasa takwil, maka setiap orang akan memahaminya dengan kefahaman yang berlainan. Ini takwil begini, itu takwil begitu. Akhirnya semua tidak faham. Oleh itu, bahasa yang digunakan adalah dengan makna yang asli.
Oleh itu kita memahami kata imam ini nanti sesuai dengan lafaznya. Kecuali jika ada ia menjelaskan maksud yang tertentu. Demikian juga al quran, bahasanya terang dan jelas ( mubin). Iaitu makna mubin itu dengan 2 syarat:
1. Orang yang berbicara mampu menerangkan apa yang ia ingin sampaikan.
2. Pembaca/ penerima terus faham apa yang di sampaikan
Kalau perlu pemahaman yang lain, maka bukan itu yang ia maksudkan, bereri tidak ' mubin'.
Diminta menulis
Asalnya, semasa imam as Sabuni lalu dikota tempat ibnu Jarir at Thabari , hendak menuju ke Mekah, beliau diminta menuliskan satu bab berkenaan akidah. Sebabnya, orang Khurasan itu tidak menerima akidah ibnu Kullab, Ashairah atau Jahmiah kerana mereka hanya kenal kepada akidah ahli sunnah wal jamaah.
Di mana akidah ahli sunnah wal jamaah itu berpandukan al kitab dan assunnah. Jikalau ahli sunnah ia pasti membela sunnah. Mana- kala ahli bid'ah pasti akan membela bid'ah. Jadi, bila seseorang itu selalu dengan sunnah, sunnah, maka ia dikatakan ahli sunnah. Kalau seseorang itu selalunya dengan bid'ah, maka ia tentu dikatakan ahli bid'ah. Itu secara kasarnya.
Dari sikap seseorang kita tahu . Jika ia selalu mengatakan yang sunnah, itu ahli sunnah. Jika selalu mengatakan yang bid'ah, maka ia ahli bid'ah.
Akidah yang sahih
Siapa yang mengenal pokok akidah yang sahih, maka ia akan mengenal mana yang tidak sahih. Tapi jika seseorang tidak mengenal akidah yang sahih, maka ia pun tidak tahu mana yang tidak sahih. Ibaratnya , siapa yang kenal sunnah pasti kenal bid'ah. Tapi siapa yang tidak kenal sunnah maka ia tak kenal bid'ah. Jadi bercampur semuanya, sunnah dikatanya bid'ah, bid'ah dikatanya sunnah.
Oleh sebab itu, kenali bagaimana assunnah itu sebenar nya. Kenali bagaimana akidah assalaf itu. Sebahagian orang mengatakan , bukankah di zaman salaf itu ada pendapat ini, pendapat ini, mana yang hendak dipegang?
Tidak semua yang hidup di zaman salaf itu salafi dia. Tidak semua yang hidup di negeri sunnah itu ahli sunnah dia. Tapi, yang menentukan ialah ilmunya tadi. Seperti sekarang orang berjanggut, boleh kah semua yang berjanggut itu ahli sunnah? Tidak, orang komunis juga berjanggut. Penyanyi juga berjanggut. Yang ditanya ialah ia berjanggut sebab apa?
Begitu juga orang yang mengaji (belajar) , tidak semua yang mengaji itu dapat hidayah . Tapi kalau tak mengaji bagaimana nak dapat hidayah?
Angin-angin bid'ah
Imam as Sabuni diminta mengarang kitab sunnah kerana angin-angin bid'ah mulai masuk ke daerah mereka. Ingat, banyaknya kitab ditulis oleh ulama disebabkan banyaknya timbul kerosakan. Di zaman nabi semuanya lurus, cukup dengan alquran dan sunnah , tak perlu kitab-kitab. Di zaman nabi tak perlu kitab nahu-sorof kerana orang-orang di pasar dengan orang-orang berilmu hampir sama bahasanya. Tetapi bila bahasa pasar menguasai ahli ilmu , maka ditulislah kitab-kitab kaedah bahasa Arab.
Kenapa di zaman imam Syafie tak ditulis banyak kitab akidah secara spesifik? Itu bukan bermakna imam Syafie tak faham akidah tetapi di masa beliau , murid-muridnya tak tercampur dengan fahaman yang menyimpang. Ilmu kalam sudah lahir, tapi tidak ada yang mahu belajar di sana kecuali dengan sembunyi-sembunyi.
Anak murid imam Syafie yang digelar Syafie asshalith, setiap Jumaat mengingatkan anak murid nya dan orang-ramai supaya tidak belajar dengan Al Bakillani kerana walaupun ia orang hebat tetapi ia berfahaman ahli kalam. Dimana belajar ilmu kalam itu, yang jelas jadi kelam, yang nyata jadi abu-abu. Bagaimana hendak memegang sesuatu yang tidak jelas?
Penyimpangan akidah
Oleh itu diingatkan , bermulanya penyimpangan dalam ibadah itu dimulai dengan penyimpangan akidah. Bila ia suka menakwil dalam akidah , pasti dalam ibadah lebih ia takwil lagi.
Oleh itu banyak buku fiqh dan usul fiqh yang tercemar dengan muktazilah. Kerana fahamannya sudah tercemar dengan muktazilah. Sebab itu kita dapati usul fiqh imam Syafie contohnya, tidak sama dengan uqul fiqh sebahagian pengikutnya. Di mana ia telah tercemar dengan fahaman muktazilah. Sehingga itu dianggap kaedah yang sistematis.
Inilah alasannya kenapa imam as Sabuni menulis, kerana sudah ada bibit-bibit penyimpangan akidah . Maka, supaya umat dipagar , maka ditulislah kitab akidah assalaf.
Di zaman imam Malik dan yang sezamannya, tidak banyak ditulis kerana penyimpangan tidak dominan. Tetapi selepas 400 atau 500 tahun hijrah, mulailah penyimpangan akidah berlaku dengan bahayanya.
Allah di atas arasy
Dulu jarang ada orang mem- bicarakan Allah istiwa di atas arasy. Tetapi bila orang mula mengatakan siapa yang mengatakan Allah di atas arasy, bererti ia sesat atau mujassimah, maka terpaksalah kita menjelaskan ke umat , supaya siapa yang tidak kukuh akidahnya dapat dikukuhkan dengan ilmu akidah ini.
Fitrahnya seseorang bila berdoa pasti naik ke atas . Bila sudah letih mencari solusi pasti akan menengadah keatas. Bahasa lisan kita juga selalu keatas. Tangan juga menunjuk keatas. Itu fitrah.
Tapi bila masuk ilmu-ilmu yang di luar ilmu Islam lalu diIslamisasi, ibarat menapis ada juga yang lolos. Sepatutnya ilmu Islam tak perlu lagi dicampur dengan ilmu yang lain. Ilmu Islam sudah lengkap, firman Allah,
Kalau kita mahu jujur , yang telah dikatakan nabi itu sudah terang sekali. Tapi bila belajar ilmu Islam , tanpa ilmu yang diIslamisasi kita rasa tidak cukup. Kenapa? Kerana kita belum yakin dengan ilmu kita sendiri. Belum yakin apa yang dibawa nabi s.a.w dapat menyelesai kan segala masalah umat.
Cukup dengan quran dan sunnah
Begitulah dulu di zaman imam Ahmad, sebahagian orang tak cukup dengan hanya quran dan sunnah, katanya tak sempurna kefahaman . Lalu, apakah nabi dulu menegakkan agama dengan fikiran atau dengan quran-hadis?
Begitu juga mereka yang mendebat imam Syafie, katanya kita mesti gunakan akal ( logik) dalam memahami akidah. Tapi logika mereka bukan cara yang asli. Tetapi logika yang diambil dari fahaman yunani kuno lalu diIslamisasikan. Akhirnya se pandai- pandai menapis, ada juga yang bocor masuk ke dalam fahaman Islam yang asli. Sedang kan Allah swt sudah tinggalkan agama ini dalam keadaan terang dan menerangkan.
Ahli hadis
Berkata al imam as Sabuni,
" Dari Allah lah datangnya taufik " , iaitu dibimbing untuk mendapat kebenaran dan diberi kekuatan melaksanakannya. Dan,
" Sesungguhnya ashabul hadis, " iaitu maksud ahli hadis itu seperti kata imam Ahmad,
"Semua orang yang selalu menggunakan hadis".
Ada ahli hadis yang pakar tentang hadis, faham membezakan yang sahih dan yang tidak sahih, tetapi tidak menjadikan hadis sebagai timbangan atau sebagai dalil, tetapi lebih menggunakan fikiran .
Misalnya dalam bab akidah. Di antara orang yang ahli, pakar, dan sanadnya lebih banyak dari kita, mereka membezakan hadis mutawatir dengan hadis ahad dalam masalah akidah. Mutawatir itu iaitu ia diriwayat ramai orang dalam tingkatan sanadnya, maka diterima dalam bab akidah. Sedangkan bila hadis ahad iaitu perawinya tidak seramai hadis mutawatir, maka hadis ini dalam bab akidah tidak dijadikan hujah.
Siapa mereka itu? Iaitu ulama hadis. Bererti seperti kata imam ibnu Rajab , " Berapa banyak orang yang meriwayatkan hadis, dan berilmu tentang hadis tetapi tidak mengikut manhaj ahli hadis. "
Analoginya, betapa banyak orang yang faham tentang akidah ahli sunnah, tetapi ia tidak mengikut akidah ahli sunnah. Kalau jujur dia meneliti, ia faham ini akidah Ahmad , ini akidah Syafie, tapi dia meninggalkan akidah ini, lebih memilih akidah yang dominan atau akidah majoriti hari ini. Nak dikatakan majoriti juga tak benar, sebab orang-orang awam kalau tidak di fahamkan dengan teori-teori itu, mereka sebenarnya mengikut fitrah.
Allah di mana?
Kalau ditanya nenek-nenek di kampung yang tak belajar ilmu kalam, kalau ditanya Allah dimana? Pasti menunjuk ke atas. Tinggi katanya, ilmu kita tak sampai di situ. Itulah akidah salaf. Bahawasa nya Allah itu tinggi. Bagaimana tingginya, ilmu kita tak sampai. Inilah akidah yang benar.
Inilah keyakinan orang-orang yang di kampung sebelum masuk nya ilmu-ilmu kalam. Sebab itu kita dapati, diseluruh negara, di seluruh bangsa, bahasanya seragam. Ketika ditimpa musibah , mereka berkata, " Ingatlah yang di atas. Jangan lupa pada yang di atas. "
Maka jika ada orang mengata kan akidah Asyairah majoriti di dunia ini, itu claim tanpa bukti. Bak kata syair, ' Semua orang mengaku ada hubungan dengan Laila, tapi Laila hanya mengakui seorang saja'. Faham? Ini syair yang menjadi tamsilan para ulama.
Bahkan orang yang mengingkari Allah di atas, ia selalu menunjuk-nunjuk ke atas. Maka, jangan perangi fitrah sendiri.
Mengamalkan hadis
As habul hadis adalah orang yang mengamalkan hadis, bukan memilah-milah hadis. Sedang ahlul kalam memilah antara hadis ahad dan hadis mutawatir . Ini bukan manhaj ahlul hadis. Ahlul hadis sejak zaman nabi, kalau hadis itu sahih dari nabi, ia jadi hujah dalam akidah, dalam hukum dan dalam apapun dalam agama ini.
Cuma lucunya mereka ( ulama tersebut) yang mengatakan hadis ahad tak dipakai dalam akidah, tapi bila ada yang sesuai dengan nafsu, hadis palsu pun ia pakai. Sebab apa? Sebab sesuai dengan nafsu, maka syarat-syarat diabaikan.
Seperti bila hendak memulakan bacaan kitab-kitab mantik, hadis apa yang dibaca dulu? Iaitu,
' Agama itu adalah logik, siapa yang tak berlogik , ia tak berakal, maka tiada agama baginya.' Inilah mukaddimah ilmu mereka. Padahal itu hadis palsu.
Jadi sudah tahu beza antara ahlul hadis dengan yang bukan? Di mana ahlul hadis itu mengamal kan hadis, sedangkan yang bukan ahlul hadis, walaupun ia pakar hadis, meriwayatkan banyak hadis, ulama hadis tetapi menyimpang dari manhaj ahli hadis.
Berpegang teguh
Kemudian imam as Sabuni berkata, " Yang berpegang teguh kepada al kitab dan as sunnah."
Jadi ahli hadis itu berpegang teguh pada al kitab dan sunnah bukan pada akal dan pemikiran.
Wahdaniyah Allah
" Semoga Allah menjaga yang hidup diantara mereka. Dan memberi rahmat kepada yang sudah meninggal di antara mereka. Mereka mengimani, bersaksi bahawa Allah itu bersifat wahdaniyah (esa)."
Jadi , ashabul hadis itu meyakini tauhidullah, mentauhidkan Allah swt. Kenapa di mulai dengan ini? Kerana nanti akan ada tuduhan ada trilogi dalam akidah ahlu sunnah wal jamaah. Iaitu menjadikan tauhid menjadi tiga, seperti trinitas kristian, kata mereka.
Bila tidak mengerti, akhirnya menuduh. Kalau mengerti , cuba baca al Fatihah , walau tiap hari dibaca tetapi kalau tak difahami maka begitulah hasilnya. Lihat,
Ini ertinya mentauhidkan Allah dalam hal rububiahNya (ketuhanan), rabbul 'alamin.
Ini di panggil sebagai tauhid nama dan sifat Allah.
Ini pun sama juga, Allah bersifat berkuasa di hari kiamat nanti.
Hanya kepadaMu kami beribadah dan meminta pertolongan. Ini namanya tauhid ibadah atau tauhid uluhiyah. Jadi, pecahan tauhid kepada tiga kategori itu ada dalam surah al Fatihah. Itu pecahannya sahaja, Tuhan tetap Esa.
Trinitas?
Ini setiap hari dibaca dan mudah sekali. Tapi dengan serampangan mereka menuduh tauhid kategori rububiah, uluhiyah dan nama dan sifat Allah sebagai trinitas?
Ini kerana kalau bukan sebab kebencian dalam hati atau kejahilan yang dipelihara, maka ia tak patut diucapkan oleh seorang muslim kepada saudara muslim nya yang lain.
Tapi katanya, kita ini suka mengkafirkan. Tapi yang ini sama macam mengkafirkan. Memang banyak orang berteriak pencuri , pencuri, tapi yang berteriak itulah pencuri!
Latarbelakang menuntut ilmu
Sebabnya kenapa jadi begitu? Kerana mereka tidak faham latarbelakang bagaimana ulama dulu menuntut ilmu. Iaitu semua akidah yang diambil dari quran dan hadis itu diimani. Tak dipakai teori-teori ilmu kalam tadi. Bila al quran menyebut,
Allah di atas?
-Ya, diatas.
Allah ada tangan ?
-Ya , ada tangan.
Dan mereka secara fitrah, faham dan tak perlu ilmu-ilmu tambahan. Tapi setelah berlaku percampuran dengan bangsa-bangsa lain selain Arab, maka banyak di antara ilmu-ilmu itu bercampur lalu dikira itu ilmu yang sesungguhnya.
Sama juga ada yang mengata kan ulama tafsir itu belum menafsir quran dengan komprehensif. Sedangkan dia satu kitab tafsir pun belum habis mengaji. Akhirnya , katanya itu perkataan gurunya yang pakar dalam hal internasional. Kalau begitu, bolehkah ahli ekonomi mengadili kerja-kerja seorang arkitek? Boleh? Bila bukan bidangnya?
Bukti mengesakan Allah
Kemudian, " Bersaksi bahawa Allah itu bersifat wahdaniyah, dan bersaksi akan kenabian dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w"
Apa makna mentauhidkan Allah itu? Iaitu tidak cukup mengakui Allah itu Pencipta, Menghidupkan, Mematikan saja. Kalau sebatas itu, kaum musyrikin mengakui itu juga. Itu bukan cerita kita, tetapi alquran yang cerita. Al quran yang nyatakan dalam al Ankabut : 61,
Semuanya mengakui itu. Orang jahiliyah dulu naik haji apa yang diucapkannya? Iaitu,
Orang jahiliyah dulu pun membaca ini tetapi mereka tambah dengan ,
La syrikalak illa syarikanhu walak
Maka , kita katakan bahawa ada bid'ah yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam. Ini salah satunya.
Kata mereka,
' Aku terima panggilan Mu, tidak ada sekutu dengan Mu. '
Tetapi ditambah oleh mereka kaum jahiliyah,
" Tidak ada syirik kecuali syirik yang milikMu jua.'
Dengan itu mereka syirik atau tidak? Syirik. Hanya menambah satu kalimat mereka terkeluar dari tauhid. Maka, di antara bid'ah ada yang menyebabkan orang terkeluar dari Islam. Kerana ini pula, orang mengatakan , sifulan itu mengkafir kan orang saja kerjanya.
Jadi, makna wahdaniyah itu bukan saja mengakui dengan hati tapi harus terbukti dengan amal applikasi. Maka beribadah tidak akan tunduk dan ruku' kecuali kepada Allah. Ini tauhid. Dan keyakinan tidak mensifati Allah kecuali apa yang Ia sebutkan tentang diriNya. Tak boleh kita memberi sifat bagi Allah apa yang tidak ada dalilnya.
Makna mengakui kenabian
" Dan mengakui bahawa rasul itu adalah benar-benar rasulullah dan benar-benar nabiyullah"
Apa makna mengakui nabi itu sebagai rasul? Iaitu:
1. Setiap berita yang ia sampaikan wajib kita imani. Tidak ada syarat jika sesuai akal saya percaya, tak sesuai akal saya tolak. Orang yang beriman itu tiada keraguan padanya. Kalau masih ragu bererti masih belum beriman.
2. Taat kepada semua perintah nya. Bukan mencari-cari jalan untuk tidak mentaati.
3. Menghindari larangannya. Bukan mencari jalan untuk melaksanakan apa yang dilarang. Dilarang buat bid'ah, cari jalan supaya jadi bid'ah hasanah. Dilarang membuat ini, berusaha meringankan hukum yang haram jadi makruh.
Kalau itu tujuannya, mengklaifikasi hukum, takut nanti bila berhadapan dengan nabi s.a.w menjadi orang tukang legitimasi, iaitu semua larangan tak mesti ditinggalkan, dan tak semua perintah mesti dilaksanakan.
Seharusnya seorang ulama menghasung umat mengerjakan perintah dan menjauhi larangan. Jangan mencari-cari celah untuk meninggalkan perintah. Itulah yang seharusnya.
Bila tak dapat , tak mampu dilakukan baru kita beri keringanan .Bila ada orang bersalah lalu mengakui kesalahannya, jangan dimarahkan lagi. Diampuni dan beri penekanan esok jangan diulang.
4. Tidak beribadah kepada Allah kecuali yang disyariatkanNya.
Inilah makna secara singkat tentang mengikrarkan nabi sebagai rasulullah s.a.w. itu .
Mengenal Allah melalui wahyu
" Kemudian mereka mengenali rabb mereka dengan sifat-sifatnya yang diucapkan oleh wahyuNya Allah."
Jadi, mengenal Allah itu dengan wahyu. Apa sebabnya? Kerana kalau nak mengenali secara benar ialah dengan cara,
1. Melihat langsung. Cara ini tidak boleh.
2. Melihat yang semisalNya. Atau yang serupa denganNya. Ini juga tidak mungkin.
3. Dengan wahyu yang datang dari Allah sendiri. Dan Allah berbicara pakai bahasa apa? Bahasa Arab yang fasih. Ini yang benar.
Sifat Allah dari wahyu
As Sabuni menulis lagi,
" Tidak mensifatkan Allah kecuali dengan wahyu yang diturunkan, atau yang disaksikan oleh para rasulNya. Berdasarkan berita yang datang berkenaan sifat-sifat Allah tersebut. Dan dinukil oleh para perawi yang tsiqah, yang terpercaya dari nabi. Dan mereka juga menetapkan bagi Allah sifat-sifat yang Ia tetapkan untuk diriNya, dalam kitab al quran dan lisan rasul dan lisan nabi."
" Walaupun mereka mengakui sifat-sifat itu dalam quran dan hadis, tetapi mereka yakinkan bahawa tidak ada persamaan, tasybih, dengan sifat-sifat makhlukNya, "
Allah mencipta Adam dengan tanganNya. Adakah tangan Allah seperti tangan kita? Tidak. Kita tak tahu bagaimana.. Yang penting Allah mencipta Adam a.s dengan tanganNya. Kerana Allah yang sebut. Sepertimana Allah tegaskan dalam al quran,
Maka orang beriman, ahlul hadis mengimani Allah menciptakan Adam dengan tanganNya. Dan menafikan seluruh yang terbayang oleh kita tentang tangan Allah swt. Jadi mengisbatkan tangan bukan akidah mujassimah seperti yang dikatakan oleh orang yang tak faham akidah ahli sunnah wal jamaah.
Mujassimah
Menyebut tangan Allah bererti menyerupakannya dengan tangan makhluk? Tidak. Siapa yang mengatakan begitu bererti ia tak mengenali akidah ahli sunnah wal jamaah. Kecuali akidah ahli kalam.
Kenapa? Kerana siapa yang kenal akidah ahli sunnah dia tau bezanya. Tapi mereka tak kenal perbezaan mujassimah, musyabbihah dengan ahli sunnah, akibat belajar dari fitnah-fitnah.
Kalau kita menetapkan Allah bertangan, itu mujassimah katanya. Dia tak tahu bahawa mujassimah mendefinisikan orang yang mengatakan ' Tangan Allah seperti tangan saya.', atau kata-kata 'penglihatan Allah seperti penglihatan saya'. Itulah yang dinama kan mujassimah.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
15/11/24
Ulasan
Catat Ulasan