Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keampunan

153) BAGAIMANA MEMENAFAATKAN RAMADHAN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,                             Sesungguhnya bertemu dengan bulan ramadhan adalah satu perkara yang sangat besar kerana adanya di dalamnya kesempatan diampuni dosa-dosa dan diangkat darjat setinggi-tingginya oleh Allah swt.                   Mengenai diampuninya dosa-dosa, banyak sabdaan nabi mengenainya, antara nya,       “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]         Di sini nabi mensyaratkan dua perkara iaitu beriman , iaitu berpuasa kerana perintah Allah swt  dan kedua, pengharapan  , iaitu bersemangat untuk mendapat keampunan dari Allah bukannya merasakan itu beban.  Jika demikian, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.     ...

146) APA KEPENTINGAN MENGETAHUI BAHAYA SYIRIK?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Jika kita sudah mempelajari apa kepentingan tauhid dan apa makna tauhid, maka mempelajari lawan kepada tauhid itu akan  menambah kefahaman kita kepada tauhid.  Lawan kepada tauhid ialah syirik .           Seperti kata pepatah , " Bila mengenal lawan , segala perkara menjadi semakin jelas."   Dengan mengenal syirik maka kita lebih faham lagi mengenai tauhid. Dengan mengenal bid'ah kita lebih faham tentang sunnah. Oleh kerana itu untuk kita lebih mengenal tauhid maka kita mesti mengenal apa itu syirik dan jenis-jenisnya. Bila kita mempelajari syirik secara terperinci maka kita akan mengenal tauhid secara terperinci pula.  Adapun mempelajarinya secara kasar sahaja, maka kurang menafaatnya terutamanya di zaman kita ini.        Masyarakat kita,  kalau ditanya tentang syirik , tidak ada yang suka dengan   syirik. Tetapi ramai di antara mere...

142) APAKAH KEPENTINGAN ISTIGHFAR?

Bismillah. Assalamu'alaikum,           Istighfar itu penting bagi kehidupan kita di dunia ini dan kehidupan kita di akhirat. Kata Ali b. Abi Talib r.a,      "Tidak ada musibah atau bencana yang menimpa melainkan kerana dosa-dosa ."             Dan Allah juga mengatakan hal yang sama,           Kita ini orang yang tidak luput dari dosa-dosa.      Entah berapa banyak  dosa yang     kita lakukan setiap hari. Dosa dari pandangan, dosa telinga,   dosa kerana komen, dosa dalam hati dan   banyak lagi. Allah mengatakan    dalam hadis qudsi ,       "Wahai hambaKu, kalian melakukan dosa di siang hari dan di malam hari  , maka beristighfar- lah kepadaKu maka Aku ampuni dosa kalian." (HR:Muslim: 2577) Sebab-sebab dosa         Ada tiga hal yang menyebab- kan kita terjerumus dalam...