Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Istighfar itu penting bagi kehidupan kita di dunia ini dan kehidupan kita di akhirat. Kata Ali b. Abi Talib r.a,
"Tidak ada musibah atau bencana yang menimpa melainkan kerana dosa-dosa ."
Dan Allah juga mengatakan hal yang sama,
Kita ini orang yang tidak luput dari dosa-dosa. Entah berapa banyak dosa yang kita lakukan setiap hari. Dosa dari pandangan, dosa telinga, dosa kerana komen, dosa dalam hati dan banyak lagi. Allah mengatakan dalam hadis qudsi ,
"Wahai hambaKu, kalian melakukan dosa di siang hari dan di malam hari , maka beristighfar- lah kepadaKu maka Aku ampuni dosa kalian."
(HR:Muslim: 2577)
Sebab-sebab dosa
Ada tiga hal yang menyebab- kan kita terjerumus dalam dosa-dosa. Iaitu:
1) Dari maksiat yang kita lakukan.
Sulitnya kita menjaga pendengaran, pandangan,
menjaga lisan dan menata hati di zaman ini. Mulut selalu mahu komen, tangan pun sama, juga pendengaran yang boleh menjerumus ke dalam dosa-dosa. Berlainan dengan zaman dulu yang orang jauh dari media. Makin sedikit media, makin sedikit kita jatuh ke dalam dosa. Semakin banyak media semakin senang kita jatuh dalam dosa-dosa.
2) Kita tidak beribadah kepada Allah seperti sepatutnya.
Sesungguhnya kita patut beribadah kepada Allah dengan ibadah yang agung bukan asal-asalan. Tapi siapa di antara kita yang mampu beribadah seperti yang seharusnya? Oleh kerana itu, orang-orang soleh yang mengetahui bagaimana agungnya Allah, mereka beristighfar di penghujung setiap ibadah mereka. Mereka beristighfar di waktu sahur Seperti kata Allah,
Siapa kah mereka itu? Mereka itulah penghuni syurga. . Ketika di dunia mereka solat malam. Dan di penghujungnya mereka ber- istighfar. Kerana solatnya mereka itu belum layak untuk dihadapkan kepada Allah yang maha Agung.
Demikian juga tiap kali selesai solat kita beristighfar 3 kali. Kerana sebenarnya kita tidak beribadah kepada Allah seperti mana yang semestinya. Padahal kita ini diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada Nya , dalilnya,
Oleh kerana kita ini tak beribadah dengan sempurna, maka kita istighfar banyak-banyak.
3) Kita tidak bersyukur sebagaimana sepatutnya.
Setiap nikmat ada pertanggung- jawaban nya. Allah berfirman, di At Takasur,
Setiap nikmat, kesenangan akan Allah tanya. Dan banyak lagi dalil tentang setiap nikmat akan ditanya nanti di akhirat. Sabda nabi s.a.w,
“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat di sisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara:
Tentang umurnya dalam apa ia gunakan,
tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan,
tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu)."
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Kita tidak mampu mensyukuri semua nikmat-nikmat Allah. Oleh itu di antara hikmah bila kita masuk ke tandas atau bilik air , bila keluar kita berdoa 'ghufranaka' . Bermakna 'ampuni dosa-dosa ku'. Kenapa minta ampun selepas selesai masuk tandas? Ulama menafsirkan bahawa kita bersyukur kerana dapat buang hajat. Kerana jika kita tidak dapat membuang najis yang di dalam perut maka berapa banyak mudharat yang akan menimpa diri kita. Jadi bila ia dapat membuangnya , ia satu nikmat.
Dan banyak lagi nikmat yang kita tidak terfikir seperti nikmat kesihatan , nikmat keluarga , boleh melihat , boleh belajar, boleh berzikir, boleh baca quran , boleh solat sunat dan sebagainya, samada nikmat dunia atau nikmat agama, yang kita kurang ber- syukur.
Inilah 3 perkara yang meyakinkan kita bahawa kita ini bergelimang dengan dosa. Iaitu:
1. maksiat
2. Beribadat yang tak sempurna
3. Kurangnya kita bersyukur.
Maka bila kita sedar kita ini bergelimang dengan dosa , kita harus beristighfar kepada Allah swt. Maka benarlah kata nabi s.a.w ,
“Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan di dalam catatan amalnya istighfar yang banyak.” (HR. Ibnu Majah, no. 3818).
Iaitu di hari kiamat ia dapati dalam catatannya banyak istighfar.
Kebiasaan nabi
Istighfar adalah kebiasaan nabi s.a.w. , sabda nabi,
Dari al-Gharr al-Muzanny RA, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya hatiku telah lalai, aku beristighfar dalam sehari sebanyak seratus kali." (HR Muslim)
Iaitu untuk nabi mengembali- kan kelalaian yang dirasakannya. Sabda nabi lagi,
"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah (memohon) ampun kepada-Nya, Kerana sesungguhnya aku bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari." (HR: Muslim)
Bila nabi pun banyak ber- istighfar, maka bagaimana lagi dengan kita. Inilah satu sunnah nabi yang patut kita hidupkan pada diri kita untuk kebaikan kita di alam barzakh, di padang mahsyar mahupun di akhirat.
Makna istighfar.
Secara bahasa , ia diambil dari perkataan istaf 'ala iaitu maknanya meminta. Istigh far maknanya memohon maghfirah. Maghfirah itu pula diambil dari perkataan assitr yang bererti menutup dan dari perkataan al wiqayah yang bererti melindungi.
Oleh itu mighfirah itu ertinya topi askar. Iaitu sifatnya menutup dan melindungi. Oleh itu astaghfir itu maknanya 'Aku mohon maghfirah dari Allah'. Iaitu 'Ya Allah aku mohon ditutupi aibku dan dosa-dosaku, di dunia dan di akhirat'. Kita mohon ditutup aib kita di dunia yang mana jika orang tahu aib kita, pastilah kita stress hidup hingga boleh membawa hal yang buruk dan lebih penting kita mohon ditutup aib kita di akhirat.
Dan kita mohon dilindungi dari dampak dosa-dosa yang kita lakukan di dunia mahupun di akhirat. Kerana dosa pasti ada dampaknya samada kita sedari atau tidak disedari. Dampak di dunia atau dampak di akhirat nanti. Disebabkan dosa , kita tidak khusyu' dalam solat, kedekut kepada fakir dan sebagainya. Kita mohon Allah lindungi kita sebagai mana topi askar melindungi kepala askar.
Beza istighfar dengan taubat.
Kedua-duanya berbeza sebab nabi berkata,
"Ya Allah ampunilah dosaku dan terimalah taubatku......."
Bila ada perkataan 'dan" maka istighfar dan taubat itu berlainan makna. Dikuatkan lagi dengan firman Allah swt,
" Istighfarlah kepada rabb kalian lalu bertaubatlah". Ini semua menunjukkan istighfar itu berbeza dengan taubat. Apa perbezaannya?
Taubat bermakna meninggal- kan dosa tersebut. Manakala istighfar, orang boleh beristighfar walaupun ia belum meninggalkan dosa itu. Adapun taubat itu ia meninggalkan dosa tersebut. Maka taubat itu adalah puncak kepada istighfar.
Manakala syarat taubat ia perlu:
1. Meninggalkan dosa itu
2. Menyesal
3. Dan berazam tidak ingin kembali lagi.
Manakala dengan ber istighfar belum tentu ia meninggalkannya. Seperti yang biasa kita lakukan. Seperti bila kita menonton yang haram lalu istighfar, atau kerja di tempat riba lalu ia istighfar. Dia belum lagi berhenti, maknanya ia belum bertaubat. Ini istighfar yang rendah manakala istighfar yang terbaik ialah ia bertaubat iaitu ia meninggalkan dosa-dosa tersebut.
Lafaz-lafaz istighfar
Terbahagi kepada dua:
1. Lafaz-lafaz yang singkat
2. Lafaz-lafaz yang panjang.
Lafaz yang singkat misalnya,
3)
Mana saja yang kita ingin amalkan tidak mengapa.
Adapun lafaz yang panjang antaranya iaitu:
1) Sayyidul istighfar
Dikatakan ini lafaz istighfar yang terbaik. Ditetapkan kita membacanya di waktu petang dan waktu pagi. Tapi boleh saja membacanya bila-bila pun. Kenapa ia dipanggil penghulu istighfar? Kerana di dalamnya terdapat pengakuan kita tentang kerendahan diri kita, mengakui dosa-dosa kita dan mengakui kebesaran Allah. Iaitu pengakuan agungnya Rabbul 'Alamin dan pengakuan dosa-dosa seorang hamba.
2) Yang dibaca dalam rakaat akhir sebelum salam.
Iaitu bacaannya,
Keutamaan istighfar
Kata ibn Taimiyah, "Bahkan istighfar itu lebih penting dari seluruh doa".
Antara keutamaan istighfar ialah:
1. Nabi banyak beristighfar.
Itu menunjukkan istighfar sangat utama. Sabda nabi s.a.w,
“Beruntunglah bagi orang yang mendapat kan di dalam catatan amalnya istighfar yang banyak.” (HR. Ibnu Majah, no. 3818).
Nabi mengatakan orang yang banyak istighfar itu beruntung iaitu masuk syurga.
2. Istighfar disebut dalam hampir seluruh gerakan solat
Dalam solat isinya hampir semuanya ada istighfar. Contohnya dalam ruku' dan sujud nabi membaca,
Dalam duduk antara dua sujud, kita membaca,
Setelah tasyahud, kita beristighfar sebelum salam dengan membaca,
Selepas salam, kita beristighfar lagi,
Dibaca 3 kali selepas salam. Maka solat ialah ibadah yang terbaik yang isinya istighfar. Oleh itu istighfar lebih utama daripada doa-doa yang lain.
3) Menghalang azab kubur
Suatu ketika nabi s.a.w menguburkan jenazah, lalu nabi bersabda,
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ
Artinya: "Apabila Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah selesai dari menguburkan mayit, beliau berkata,
'Mintakanlah ampunan untuk saudara kalian, dan mohonkanlah keteguhan untuknya, kerana sesungguhnya sekarang ia sedang ditanya."
(HR Abu Dawud dan Al-Hakim)
Ketika nabi mengaitkan istighfar dengan soalan munkar dan nankir, orang yang tidak dapat menjawab akan siap dengan azab, bermakna istighfar mempunyai pengaruh kepada azab kubur.
Oleh itu nabi meminta para sahabat nya memohon ampun kepada ahli kubur. Contohnya ketika Najashi meninggal dunia di Habsyah, lalu nabi menyeru supaya mohon keampunan baginya. Begitu juga dalam peristiwa perang Muktah, bila Zaid bin Haritsah syahid meninggal dunia nabi berkata, mohon ampun baginya. Nabi tidak suruh mohon yang lain kecuali mohon ampun untuknya.
Kemudian bila Jaafar bin Abi Talib juga syahid, maka nabi juga menyuruh memohon keampunan untuknya. Kemudian bila Abdullah bin Rawahah juga syahid nabi menyuruh juga mohon keampunan baginya.
Oleh itu istighfar itu luarbiasa dalam menghalang dari azab kubur.
4) Doa yang dipilih oleh malaikat untuk orang beriman.
Mengenai hal ini Allah berfirman dalam surah Mukmin/Ghafir,
Malaikat yang mulia pun memohon ampun bagi orang beriman.
5) Makhluk-makhluk juga memohon keampunan bagi orang beriman
Mengenai hal ini nabi bersabda,
"Sesungguhnya para Malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana ridha dengan apa yang diperbuat- nya. Dan bahawasa nya penghuni langit dan bumi serta ikan yang ada di lautan itu sentiasa memintakan ampun kepada orang yang ‘alim (berilmu)."
(HR: Abu Daud dan Tirmizi)
Semua makhluk di laut dan di darat memohon istighfar bagi mereka. Jadi, istighfar ini satu doa yang luar biasa .
6) Nabi menyuruh Umar r.a memohon ampun baginya dari Uwais al Qarani
Diceritakan, Rasulullah SAW menyampaikan kepada Umar RA bahwa akan datang seorang pemuda bernama Uwais dari Yaman suku Qaran Kabilah Murad, dan beliau menjelaskan tanda-tanda fiziknya.
Rasulullah kemudian bersabda, apabila pemuda tersebut meminta kepada Allah SWT, maka doanya tidak pernah tertolak. Untuk mendapatkan doanya, Umar RA pun mencarinya dan menanyakan kepada kabilah-kabilah Yaman ketika mereka datang atau lewat Madinah.
Setelah berhasil menemukannya, Umar RA lalu minta Uwais Al-Qarni untuk berdoa kepada Allah SWT. Uwais pun langsung mendoakannya.
Kisah tersebut termaktub dalam hadits riwayat Muslim dan Ahmad. Dalam hadits riwayat Muslim disebutkan, Umar berkata,
"Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik tabi'in itu adalah orang yang bernama Uwais, ia memiliki orang tua, dan padanya terdapat kusta. Suruhlah dia untuk memohonkan ampun untuk kalian."
Sementara itu, dalam riwayat Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia (Uwais), mintalah doa dan istighfarnya. Dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi."
Nabi meminta Umar mohon istighfar dari Uwais. Ini menunjukkan bahawa istighfar adalah doa yang istimewa di sisi Allah.
7) Mengangkat darjat di syurga
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)
Jadi , istighfar itu menakjubkan. Dengannya dapat mengangkat darjat ibubapa di syurga.
8) Allah menyuruh nabi s.a.w beristighfar bagi dirinya dan kaum mukminin
Ia dinyatakan dalam surah Muhammad:19,
9) Istighfar dianjurkan di penghujung ibadah
Oleh itu nabi beristighfar setiap selepas solat 3 kali. Allah menyatakan salah satu sifat ahli syurga itu ia beristighfar di waktu sahur. Firman Allah,
Beristighfar di waktu sahur itu bermaksud di penghujung ibadahnya, supaya tidak ada rasa bangga dan sombong.
Nabi juga setelah berdakwah 23 tahun, Allah suruh beristighfar. Dengan hasil yang luar biasa dengan sahabat-sahabat yang luar biasa. Sebelum mati nabi gembira melihat sahabat-sahabatnya solat subuh berjemaah. Tapi adakah nabi ujub dengan semua itu? Tidak. Malah Allah suruh nabi beristighfar. Allah berfirman,
Bila sudah ramai orang masuk Islam, apa yang Allah suruh nabi buat? Iaitu beristighfar. Maka di penghujung hayat nya nabi banyak beristighfar.
Dengan kejayaan rasulullah itu tidak pernah nabi mendabik dada menyatakan itu kejayaannya, ini kejayaannya. Tidak ada ujub.
Begitu juga ketika berhaji. Puncak haji itu wukuf di arafah. Di situ apa yang kita disuruh? Iaitu meminta ampun kepada Allah s.w.t. Allah turun ke langit dunia untuk mengampunkan hamba-hambaNya di waktu itu. . Firman Allah,
Jadi, istighfar adalah zikir yang sangat penting , yang sangat diperhatikan dalam syariat kita.
Kebaikan di dunia
Selain kebaikan di akhirat, istighfar juga ada kebaikan untuk dunia kita. Tidak ada kesusahan , musibah , kesedihan dan sebagainya melainkan adalah kerana dosa-dosa. Apa saja yang menimpa kita, yang menyedihkan kita, maka cara mengubatnya adalah dengan istighfar.
Oleh sebab itu ketika nabi Nuh mendakwahkan kaumnya, ia menyuruh kaumnya beristighfar. Seperti diceritakan dalam al quran surah Nuh,
Dari ayat di atas, ada 5 kebaikan duniawi yang dijanji kan Allah bagi mereka yang beristighfar. Begitu juga bila orang mengadu kepada Hassan al Basri mengenai kesusahan mereka, lalu apa jawapan Hassan al Basri?
Diceritakan pada satu hari, seorang lelaki telah datang mengadu kepadanya kerana berdepan masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”
Seterusnya beliau didatangi seorang yang menceritakan masalah yang dilaluinya kerana ketiadaan zuriat. Sekali lagi Imam Hasan menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”
Kemudian datang pula seorang lelaki merintih mengenai kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Jawapan sama diulangi dengan penuh hikmah, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Jawapan Hasan al-Basri menghairan kan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”
Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.”
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Maka, setiap masalah yang kita hadapi, maka beristighfarlah. Seperti Allah meyelamatkan nabi Yunus ketika ia ditelan ikan paus , lalu nabi Yunus memohon ampun katanya,
Istighfar membuka banyak kebaikan dunia dan ukhrawi. Ibnu Taimiyyah bila ia merasa fikirannya buntu, ia ber istighfar sebanyak-banyaknya sehinggalah datang ilham dari Allah kepada masalahnya.
Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang banyak beristighfar.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
20/1/24
Ulasan
Catat Ulasan