Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Baiknya keislaman Hadis tentang petanda baiknya keislaman seseorang ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Abu Hurairah رضي الله عنه. Teks Hadis: عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ، Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ ï·º: Ù…ِÙ†ْ ØُسْÙ†ِ Ø¥ِسْÙ„َامِ الْÙ…َرْØ¡ِ تَرْÙƒُÙ‡ُ Ù…َا Ù„َا ÙŠَعْÙ†ِيهِ Maksudnya: “Antara tanda baiknya keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.” (Riwayat al-Tirmizi, hadis no. 2317. Imam al-Tirmizi menilainya sebagai hadis hasan gharib.) Huraian Hadis Hadis ini mengajar kita bahawa antara tanda seseorang Muslim semakin baik penghayatan Islamnya ialah apabila dia mula menumpukan perhatian kepada perkara yang ber manfaat dan meninggalkan perkara yang tidak perlu. Iaitu: 1. Tidak sibuk mencari kesalahan orang lain. Dia lebih suka memperbaiki dirinya daripada mencari kekurangan orang lain. Dia sedar ba...