Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Haluan sendiri Anak-anak yang ayah kasihi, akan tiba suatu masa nanti kamu tidak lagi sentiasa berada di bawah jagaan ayah dan ibu. Kamu akan membawa haluan sendiri, membuat keputusan sendiri, memilih sahabat sendiri dan menentukan arah kehidupan kamu sendiri. Ayah mungkin tidak mampu menemani setiap langkah kamu. Ayah juga tidak mampu menghalang semua kesusahan yang bakal kamu temui. Namun, ayah berharap segala didikan, nasihat dan kasih sayang yang pernah dicurah kan akan menjadi bekalan ketika kamu berhadapan dengan dunia yang penuh dengan ujian. Jika suatu hari nanti ayah sudah tiada di sisi, ingatlah tujuh pesanan ini. Bukan kerana ayah tahu segala-galanya, tetapi kerana ayah mahu kamu menjalani kehidupan dengan maruah, kebijaksanaan dan hati yang sentiasa dekat dengan kebaikan : 1. Jangan pernah berbohong Anak-anak, kejujuran ialah asas ke...