Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Pemikiran Setiap manusia mengingin kan kehidupan yang baik, rumah yang bersih, hati yang tenang, akhlak yang mulia dan pengakhiran yang husnul khatimah. Namun, semua itu tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula daripada sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata, iaitu pemikiran. Apa yang sentiasa difikirkan oleh seseorang akan mempengaruhi perasaannya, perasaannya akan mempengaruhi tindakannya, dan tindakan yang diulang-ulang pula akan menjadi habit atau tabiat. Akhirnya, tabiat itulah yang membentuk keperibadian seseorang. Oleh sebab itu, jika seseorang ingin mengubah kehidupannya, dia mesti terlebih dahulu mengubah cara berfikirnya. Pemikiran pintu amal Islam sangat menitikberat kan soal pemikiran kerana pemikiran adalah pintu kepada segala amal. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengu...