Langkau ke kandungan utama

167) BAGAIMANA MEMAHAMI 'TURUNNYA' ALLAH ?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


        Kami merujuk kepada kitab 'Iktiqad As Salaf Ashabul Hadis''  karangan imam Abu Uthman As Sabuni r.h (373 -447H).  Dalam tajuk 'Iktiqad nuzulnya  Allah'.

        Dalam masalah istiwa Allah di atas arasy, maka ahli sunnah tidak ada perselisihan dalam hal ini. Ahli sunnah mempercayai dan mengimani apa yang dikhabarkan oleh Allah dan nabi s.a.w. Dengan  bahasa yang jelas, makna yang difahami dam method yang lurus dan bersih. Tidak berputar-belit sampai susah difahami.  

         Yang mana itu bertentangan dengan prinsip dalam agama ini yang memang mudah. Mudah dicerna dan dapat diterima. Allah dan rasul menyampaikan dan kita mengimani dan mempercayainya

    Allah telah meyakinkan kita , rasul telah membimbing kita, demikian juga diikuti oleh para sahabatnya , para tabiin dan para imam yang setia dan istiqamah. Tidak terpengaruh dengan cara fikir yang di adoptasi dari luar Islam lalu disebut sebagai  pemikiran Islam . 



Kayakinan as Salaf

       Sekarang kita masuk kepada pembahasan tentang akidah atau keyakinan  assalaf, ahlul hadis atau ahli sunnah yang asli. Bahawasanya ahli sunnah yang asli itu menegakkan sunnah. Dari yang sekecil-kecilnya,   apalagi yang sebesar-besarnya. Yang kecil saja dianggap perkara besar oleh mereka kerana ianya bernilai. Kerana ia sunnah nabi s.a.w. 

      Bukankah sunnah itu kebiasaan nabi sahaja? Ya ia kebiasaan nabi, tetapi ia yang lebih baik dari kebiasaan kita. Ia hanya tradisi nabi? Ya tapi tradisi nabi lebih hebat dari tradisi kita. Tabiat nabi? Tabiat nabi lebih baik dari tabiat kita. Maka sebab itu kita membesarkan nya. Firman Allah,


       Allah yang memuji nabi s.a.w . Maka ahli sunnah yang sebenar itu membenar kan apa yang datang dari nabi s.a.w.  Yang rendah nilainya , yang kurang tentu tidak seperti itu.  Jika yang besar saja  tidak dihargai oleh sesetengah orang, apa lagi yang kecil-kecil. Namun  , adakah wajib mengikut semua sunnah nabi atau haram meninggalkannya? Tidak. Ia kena dimasukkan samada wajib atau sunat, atau haram atau makruh atau mubah. 

       Tetapi dalam masalah mencontohi, kita ambil contoh yang  terbaik. Dalam keyakinan, kita ambil keyakinan yang terbaik iaitu keyakinan yang benar, bukan menurut pendapat seseorang sahaja. 

      Tiada khilaf di kalangan salaf bahawa Allah itu di arasy Nya. Sampai datang pemikiran khalaf. Akhirnya terjadi khilaf yang menjadi keterlaluan hingga mencaci, menghina dan sebagainya kepada pegangan salaf.



Tentang turunnya ar Rabb.

       Berkata Imam As Sabuni r.h  (373- 447 H),  "Keyakinan mereka tentang turunnya Ar rabb swt, "

     Kenapa beliau memilih perkataan Ar rabb? Kerana ia identik dengan rububiyah Allah yang ertinya zat Allah s.w.t. Ar rabbu ertinya yang memiliki, yang memelihara,  atau yang mencipta. Maka, tauhid rububiyah ialah meyakini bahawa tidak ada Pencipta selain Allah.  Kalau perkataan  Allah, ia kalimat ulihiyah yang ertinya  ibadah. Kalau di rububiyah rata-rata umat ini semuanya  selamat. Asalkan dia umat Islam pasti rabbnya satu. Tidak ada yang kata dua. Walaupun ia misalnya menyembelih kerbau lalu dihantar kepalanya ke teluk, tetap ia memakai kalimat laila haillallah. Tetap berselawat atas nabi.


      Jadi, dalam masalah rububiyah jika ditanya kepada mereka, tidak mahu mereka syirik.  Tidak ada yang meyakini Allah itu 2 atau 3 atau ada tuhan selain Allah. Tapi bila menyembelih kepada selain Allah, katanya tak mengapa sebab dakwanya itu sebagai perantara saja.  Semuanya berlaku atas izin Allah katanya. Lihat, penyimpangan sudah bermula.

       Maka , Syeikh memilih kalimat ar Rabbu  yang  menggambarkan  zat iaitu yang turun itu benar-benar  zat Allah swt.  Itulah yang diyakini oleh para ahli sunnah. Kajian Ahli sunnah tidak membuat orang gila.  Yang mengajak kepada bukan  sunnah itu lah ramai yang gila. Sebab apa?. Kerana kata Allah, 


          Zikir itu membuat orang tenteram hati. Kalau dengan berzikir jadi gila , apa yang tenteram nya? Walau pun atas nama cinta, Majnun-laila.  Maka wali di kalangan ahli sunnah tidak ada yang gila baru jadi wali.



Ahli takwil

    Keyakinan mereka tentang turunnya ar Rabb,  turunnya Allah, nuzulillah,  bagi ahli takwil ialah yang turun itu adalah rahmat Allah atau fadhlullah. Tapi hadis menyatakan turunnya Allah  ke langit pertama. Jadi, kalau rahmat yang turun, maka ia terhenti di langit pertama sahaja, maka rugi kita.  Padahal kita mahu ianya sampai kepada kita di bumi ini.  Jadi , hadis turunnya Allah kelangit pertama tiada maknanya kepada ahli takwil. Kerana ia hanya sampai di langit pertama sahaja. Tidak turun ke bumi. Sepatutnya di pertiga malam turun rahmat Allah ke bumi bukannya ke langit pertama sahaja. 

        Mungkin mereka terlupa bahawa  ini boleh menyebab kan mereka diketawakan kerana jika  ditakwil rahmat yang turun,  hanya turun dilangit pertama sahaja  jika mengikut fahaman seperti mereka. Itu tidak ada menafaatnya.

Hadis itu berbunyi, 

    "Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir,"
(HR: Bukhari, Muslim)


Sampai di langit sahaja

      Lalu diertikan bukan Allah yang turun tapi rahmat Nya. Maka bererti rahmat turun hanya sampai ke langit pertama sahaja. Maknanya tak sampai ke bumi atau tak sampai kepada manusia. 
       
       Sebab itu Allah kata Dia turun untuk kabulkan doa orang yang berdoa di saat itu   . Tapi kalau rahmat yang turun , ia tersangkut di langit pertama sahaja, Itulah buruknya takwil itu. Sehingga ia mengosongkan nas yang suci  yang sepatutnya maknanya membuat  kita ta'zim kepada Allah.


       
Berkata Imam as Sabuni r. h,
     "Ashabul hadis menetapkan turunnya Rabb , Allah taala setiap malam ke langit yang terendah ( terdekat)"

     Langit yang terdekat pun amat jauh sehingga syaitan pun tidak mampu naik keatas lagi kerana ia dijaga oleh para malaikat. 


Bukan pendapat
      
      Ketika kita mengatakan ' Allah turun' , itu bukan pendapat, tetapi rasul s.a.w yang mengatakannya. Dan ulama dari kalangan sahabat pun menyampaikan begitu juga. Itulah yang dikatakan oleh Abu Hurairah, Ibn Abbas , Abu Said al Khudri dan lainnya. Kita pun tahu dari ulama yang meriwayatkan dari para sahabat. 


       Lalu datang ulama belakangan yang belajar entah dimana,  iaitu dari ilmu Aristotle, Pluto, lalu ilmu itu diberi nama mirip Islam. Sampai hari ini betapa banyak ilmu bukan Islam di cocoklogi kan kepada Islam, diajar kan oleh pensyarah Islam  dipelajari oleh mahasiswa Islam, jadilah ia  ilmu Islam. Misalnya, psikologi. Diambil dari yahudi. Dianalogi kita dengan haiwan. Itulah dasar ilmu psikologi itu , sesudah itu dipelajari oleh mahasiswa Islam. Diajar oleh profesor Islam. Akhir nya jadilah ia  psikologi Islam.  Sampai ke hari ini, padahal teorinya ialah teori non muslim. 

       Sama juga pemikiran falsafah. Diambil dari falsafah yunani, lalu diajar oleh profesor muslim, dipelajari oleh mahasiswa muslim, lalu dipanggil falsafah Islam. Tidak semua yang langsung bertentangan. Ada yang sesuai ada yang tidak. Tapi banyak yang bertentangan. Orang itu menggunakannya kepada yang bersifat konkrit (nyata) tapi kita menggunakannya kepada yang bersifat abstrak.  Iaitu kita menggunakan kepada sesuatu yang tak dapat dianalogi atau dikiaskan.


     Sehingga jadi kacau pegangan umat Islam gara-gara menggunakan method orang bukan Islam. Cara berfikir kita ialah al quran dan sunnah. Asal saja  dari Allah dan rasul ia pasti benar.  Kalau dari Allah dan rasul pun  harus dicerna hingga lumat, baru dipakai seperti ayat 'arrahmanu 'alal arsyistawa' , dicerna sehingga jadilah 'arrahmanu 'alal 'arsyistaula'. 



Tidak mentasybihkan ( menyamakan)

         Maka syeikh as Sabuni mengatakan, "Ashabul hadis menetapkan nuzul nya Rabb s.w. t  di sepertiga malam di langit pertama, tanpa mentasybihkannya". Iaitu tidak ada yang serupa dengan turunnya Allah swt. Kalau ada ahli takwil dan ahli ta'dhil menisbatkan  ke ulama salaf bahawa Allah turun seperti turunnya  mereka , maka ini samada ianya dusta atau  diambil dari golongan sesat lalu ditempel kepada golongan selamat. 
        
       Sampai hari ini,  bila Syekhul Islam membahagi kan tauhid kepada 3 iaitu rububiyah, uluhiyah dan asma wa sifat, jelas dalil nya ada dalam al  Fatihah,   tapi bagi ahli sesat dikatanya ini trinitas. Sedangkan  kita mahu menghindari syirik, dikatanya syirik?  Bila ada orang mempertuhankan selain Allah, maka dia membuat klasifikasi ini supaya jangan ada masuk sedikit pun syirik dalam tauhid kita.

         Maka ahli sesat selalu menolak pembahagian tauhid ini, sebab apa?  Sebab doa itu kata nabi adalah ibadah, bagi mereka itu bukan ibadah sehingga boleh berdoa kepada selain Allah. Boleh berdoa kepada wali kerana bagi mereka itu bukan doa tetapi nida' ( iaitu satu konsep nahu). Iaitu nahu menjadi dalil mereka. Padahal al quran menyebutkan,


           Di sini Allah menyuruh berdoa kepadaNya. Bukan kepada yang lain. Siapa yang tidak mahu berdoa kepada Allah, maka jahannam tempatnya. Maka doa itu satu ibadah kepada tuhan. Tetapi mereka mengatakan bukan semua doa itu ibadah. Sehingga menyeru kepada wali fulan yang sudah mati, syeikh fulan yang telah hilang, itu dibolehkan kata mereka.

         Maka bila kita ajukan tauhid uluhiyah, mereka kepanasan ,sebab apa? Sebab yang demikian  jadi syirik,  bagi
mereka tidak dianggap syirik. 


      " Tanpa menyamakannya dengan turunnya makhluk".  Kita tidak pernah menyamakan itu. 



Tidak menentukan bagaimana

Kata syeikh As Sabuni lagi,
    " Tidak pula menyerupakan  dan tidak pula menentukannya cara apa".  Kerana ilmunya tidak ada pada kita. Kerana mengetahui cara harus dengan  melihat  , atau melihat sesuatu yang sama dengannya. Sedangkan kita tidak pernah melihat Allah, atau melihat sesuatu yang sama denganNya. Dan tidak diberitahu  kepada kita yang Allah itu turun seperti apa. Tidak ada. 

       Itu rahsia Allah swt. Kalau Kiamat pun Allah rahsiakan kepada kita , sedangkan itu makhlukNya, maka zat Allah lebih berhak Allah rahsiakannya. Kalau Allah tunjukkan cara bagaimana Ia turun dalam quran atau dalam hadis misalnya  , setelah itu masih juga kita menolak Allah turun, maka tidak ada alasan lagi untuk menolak Islam. 

      Tetapi sekarang bila tak dijelaskan, maka ada syubhat untuk menyelamatkan. Maka kita tidak boleh mengkafirkan orang yang berpegang pada syubhatnya. Ia masih berlindung di balik syubhat. Maka kalau kita meminjam keyakinan mereka itu,  maka nabi boleh datang ke majlis ilmu kita bila-bila masa. Iaitu dengan membaca selawat tertentu.  Maka jika nabi hadir  ayuhlah kita cuba selesaikan masalah ini. 

       Ini kan masalah yang lama? Sampai hari ini tak selesai-selesai. Sebelum lahir ilmu kalam , damai. Sebelum lahir muktazilah, damai. Bila lahir ilmu muktazilah mulalah terjadi  kacau. 

        Mengapa Imam Ahmad misalnya,  sehingga 3 khalifah memenjara dan menyiksa beliau kerana tauhid ini? Sampai kencing berdarah, gara-gara  tauhid ini?  Beliau berpuluh tahun mencari dan menghafal ribuan hadis. Bila berlaku khilaf antara beliau dengan muktazilah, ahli sesat, tetapi muktazilah menuduh imam Ahmad firqah yang sesat. 

       Imam Ahmad itu dituduh aliran meyeleweng ketika itu sebab apa? Kerana yang  berkuasa dekat dengan kaum muktazilah. Mahkamah agungnya Ibnu Abi Duad itu dari golongan muktazilah. Hingga hakim-hakim diangkat oleh beliau, sehingga 70 orang hakim zaman itu menandatangani  bahawa imam Ahmad itu sesat dan menyesatkan. 
.
        Imam Syafie  , imam Ahmad dan as Sabuni menyatakan Allah yang turun itu. Tetapi muktazilah menyatakan yang turun itu rahmat., kurnia. Perkataan nazala rabbu itu bermaksud zat Allah. Tetapi bagi muktazilah itu tak masuk akal. Gara-gara tak sesuai di fikiran , mereka menolak turunnya  zat Allah. Bukan kerana taat, orang taat itu cepat menerima.


Nabi tak menjelaskan

       Seterusnya,  " Dan tidak tahu bagaimana cara turunnya Allah" . Itu bukan urusan kita. Kerana nabi tidak menjelaskannya, Allah juga tidak memberitahu bagaimana turunNya. Tapi nabi menyataka  bahawa Allah turun. Bagaimana? Tidak diketahui. Adakah serupa seperti turunnya makhluk? Tidak. Kerana Allah mesti berbeza dengan makhlukNya. Sebagaimana zatNya berbeza maka sifatNya juga mesti berbeza. 


Kata as Sabuni lagi 
     " Tetapi kita menetapkan sepertimana ditetapkan oleh rasul s.a.w sendiri". Dalilnya apa? Iaitu rasulullah sendiri. Apa dalil orang yang menolak? Iaitu tak sesuai dengan pemikiran, tak masuk akal. 

        Kata mereka, kalau Allah turun, bererti Ia meninggalkan arasy. Maka arasy kosong.  Ini pendapat siapa? Ini adalah  dari fikiran. Bukan dalil. Kenapa dia memikirkan seperti itu ? Sebab ia membandingkan nya dengan   barang. Kalau turun maka tempat itu jadi kosong. Iaitu mereka menyamakan Allah dengan makhluk. 

     Jika ahli sunnah,  ia lain . Siapa yang kata Allah turun? Nabi s.a.w. yang kata. Siapa yang kata Allah datang? Allah sendiri dan nabi s.a.w. Jelas dalilnya. Tetapi mereka tidak. Mereka bergantung kepada pemikiran. 


Muktazilah

      Muktazilah, mereka langsung berani. Katanya Allah tak ada sifat. Bahkan sifat wujud pun tidak ada. Maka muktazilah mengatakan sebenarnya Allah itu tidak ada. Sebab apa? Sebab jika Allah ada sifat maka itu sama seperti makhluk. Ilmu sifat Allah, tetapi manusia juga berilmu. Oleh itu mereka tolak Allah berilmu. Jika  Wujud sifat Allah, manusia pun wujud. Maka bila mereka tolak Allah itu wujud bermakna mereka tolak Allah sama sekali. Itulah akibatnya jika  menolak sifat Allah. Maka mereka dalilnya ialah hawa. 

      Suatu waktu, Jaan bin Dirham dikisas atau dihukum oleh Amir waktu itu iaitu Khalid bin Abdil Qasim. Puncanya dia menanyalan bagaimana, bagaimana kepada imam Wahab bin Munabbih, seorang ulama tabiin yang asalnya ulama ahli kitab yang masuk islam. Murid Abu Hurairah r.a. Lalu dikatanya kepada Jaan bin Dirham, " Ya Jaan aku yakin kamu ini sesat. " Kerana ia menafikan sifat-sifat Allah swt. Kenapa.? Kerana ia fikir kalau begini mesti begini kalau begitu maka Allah itu begitu. Iaitu ia merumuskan ALLAH dengan rumus makhluk semua nya. 

        Kalau di atas mesti menempati yang di bawah. Kalau pindah mesti kosong tempat asalnya.  Kemudian , mesti menempati sesuatu tempat. Ini semua rumus untuk makhluk. Sebenarnya ia tahu bahawa Allah tidak dihukum dengan waktu, tak dihukum dengan tempat.  Lalu bila  dalam sifat Allah mengapa ia hukum kan dengan waktu dan tempat? Seharusnya jangan dihukum dengan waktu dan tempat. Kalau Allah turun. Turun selesai. Kenapa di tanya bagaimana? Itu melanggar kaedah waktu dan tempat. 


Manhaj Salaf

           Maka oleh itu tidak ada manhaj seperti manhaj salaf. Berilmu , hikmah dan selamat. Apa sebabnya? Sebab sandaran kita jelas. 

        Bila anda kata Allah turun, kenapa anda berani kata? Kerana nabi yang kata.  Allah datang, siapa yang kata? Allah yang kata. Kalau kita tanya pula kenapa anda tak mahu kata Allah itu turun? Di jawabnya, "Akal saya". Kalau begitu akal saya kata tidak. Maka, kalau begitu akal mana yang patut diterima?  Apa ukuran nya bagi akal siapa yang diterima? Akhirnya terjadilah perang ..

       Sedangkan  kita,  jelas  sandaran kita iaitu rasul s.a.w. Maka, mahu ikut akal atau wahyu? Dengan ikut akal maka setiap orang pasti berbeza akalnya.

     Jika kita mahu  memahami seseorang , kita memahami dari ucapannya atau apa yang ada  di fikiran kita? Mesti dari ucapannya. Oleh itu untuk memahami Allah mesti dari ucapanNya , bukan dari fikiran kita. 

     Kalau  kita tolak ucapan seseorang maka akan  banyaklah  kita menuduh orang. Jika seseorang  bercakap sesuatu, tapi kita palingkan maknanya, menurut fikiran kita. Itu menghilangkan maksud orang yang bercakap tanpa bertanya kepadanya . Sedangkan Allah dan rasul bercakap dengan bahasa yang difahami. Bukan bahasa yang tidak  difahami. 



       Oleh  itu sandaran kita jelas. Bila kita kata Allah bertangan, siapa yang kata?  Allah yang kata. Kata Allah,


        Di dalam ayat ini Allah kata Ia mencipta manusia dengan tangan Nya. Tapi mereka kata tak mungkin Allah bertangan. Siapa yang berkata seperti itu?  Antaranya ialah Jahm bin Safuan, Wasil bin Atha' ( muktazilah), Jaan bin Dirham, ibn Kullab dan seterusnya.

Siapa ulama'?

       Kata mereka , kita harus memahami melalui ulama. Maka adakah bukan ulama nabi kita itu? Adakah bukan ulama Abu Bakar, Umar,  Uthman, Ali dan Abu Hurairah? Kemudian adakah bukan ulama Urwah bin Zubair, Nafi' bukan ulama? Kemudian imam Malik, Syafie bukan ulama?  Bahasa mereka sama semuanya dalam hal tersebut.

        Lalu mereka mencari ulama di abad ke4 yang tidak mengikut kefahaman yang selari dengan fahaman nabi dan para sahabat. Kalau kita mengikut hadis bermaksud mengikut ulama kerana ulama lah yang menyampaikannya. Kalau di kalangan sahabat yang meriwayatkan  hadis rata-ratanya ulama walau bukan semuanya ulama besar. Periwayat hadis yang besar ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Umar,  Aisyah, Abdullah bin Abbas , Abu Said al Khudri, Uthman bin Affan,  dan sebagainya. 

        Lalu kita terima ilmu itu dari mereka. Kemudian di salin oleh tabiin. Seperti Said b Musayyab, Urwah b Zubair,  dan seterusnya. Kemudian  generasi setelàh mereka. Iaitu imam Malik , az Zuhri, al Auzai, Sufian Atsauri, Sufian b Uyainah, Waqi' dan lain-lainnya. Kemudian generasi setelahnya iaitu Ahmad bin Hanbal, Ishak b Ruwaih, al Laits, al Muzani, dan lain-lain lagi, semua mereka ulama. Kemudian disambung kepada generasi setelahnya. 

       Jadi belajar hadis dari ulama hadis sama seperti belajar dari ulama besar. Tapi bagi mereka ulama itu mesti sefaham dengan fahaman  mereka. Kalau tidak, harus belajar lagi di pondok. 


Kembali ke hadis

       Seterusnya kata imam as Sabuni, 
"Dalam masalah ini kembali yang terakhir ialah  kepada hadis nabi s.a.w".  Kerana namanya ashabul hadis tentu kembali ke hadis. Begitu juga ahli sunnah kembali kepada sunnah. Bukan ke akal, bukan  ke perasaan. Itu dipanggil ahlu aqli wa ra' yi. Atau ahlul hawa.  Semakin besar kembali ke akal semakin  besar ia dipanggil ahlu aqli. Semakin besar kembali ke hadis, semakin besar ia menjadi ahli hadis. Semakin besar berpijak kepada sunnah nabi  , semakin besar ia menjadi ahli sunnah. 

Seterusnya,
           " Mereka memahami hadis yang sahih mengenai Allah adalah  seperti zahirNya."  Iaitu ia tidak dibelok-belokkan. Dilancarkan tidak diberhentikan.  Tapi ahli takwil tidak mahu begitu. Mereka kata ia harus ditakwilkan. Ia harus di jelaskan oleh ulama.  

        Tetapi mereka lupa bahawa hadis itu datangnya dari ulama yang paling alim. Kemudian diriwayatkan oleh ulama sahabat, kemudian diriwayat oleh ulama tabiin, tak diubah maknanya dan tak diubah lafaznya. Mereka meyakini seperti itu.

        Kemudian kepada ulama tabiut tabiin, kemudian ulama seterusnya hingga lah kepada ilam Abu Usman as Sabuni ini.  As Sabuni meriwayatkan dari al Hakim an Nisaburi. Al hakim meriwayatkan dari gurunya ibnu Khuzaimah. Yang digelar Imam kepada para imam. Sebab murid-muridnya ramai yang menjadi imam kepada kaum muslimin . Kerana tinggi ilmunya.

      Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari gurunya Ahmad an nisaburi murid imam Muslim.  Jadi hadis ini sampai kepada kita melalui para ulama. Sehingga tak perlu lagi saringan ulama selepas itu. 
        
        Semua mereka memahami hadis ini sepertimana difahami oleh nabi s.a.w. Datang ulama abad ke 4 memahami hadis ini dengan   cara yang berlainan dari yang difahami oleh rasulullah dan para sahabat dan ulama yang mengikutnya. Inilah frame yang dibangunkan  untuk menyesatkan umat. Walaupun mungkin mereka  tidak sengaja. 
          
        Tidak ada orang yang sengaja mahu sesat. Siapa yang tahu sesuatu itu sesat? Iaitu orang yang tahu jalan. Kalau kita biasa mandi  air jernih,  air keruh cepat kita nampak.  Tapi bila kita katakan mereka sesat, ia sombong pula dengan kita. Bahkan dibuli pula kita.


Ilmu dari quran dan sunnah

       Kata ibnu Qayyim, " Siapa yang mengambil ilmu dari ainul ilm ( quran dan  sunnah)  maka ia sabit kukuh. Siapa yang mengambil ilmu dari aliran-aliran,  ia akan ditenggelamkan dalam gelombang syubhat. Dia akan terpengaruh oleh cantiknya retorika , akhirnya bingung mana pendapat yang harus dipilih".

      Datangnya Allah tidak sama dengan datangnya makhluk.  Apakah kita mahu menunggu kiamat baru hendak mempercayainya begitu? Orang juga mengingkati Allah ber bicara dengan suara dan huruf.  Kerana mereka memakai fikiran sendiri. Tetapi kita memakai quran dan hadis. Kita memakai sunnah kerana kita ahli  sunnah bukan ahli bid'ah. Sebab itu kita kembali ke sunnah nabi s.a.w . 

    

       Diriwayatkan oleh Muslim dari Ady bin Hatim bahwa Rasulullah SAW bersabda,         
         “Siapapun diantara kalian akan diajak berbicara oleh Allah tanpa ada perantara penerjemah."


       Ahli kalam mengatakan Alllah tidak berbicara, kalau berbicara , Dia ciptakan makhluknya berbicara atas nama Allah. Ini menghina Allah. Seolah-olah Allah lebih hina daripada patung yang dihancurkan nabi Ibrahim dulu. Bila nabi Ibrahim ditanya siapa yang hancurkan berhala itu? Maka Nabi Ibrahim jawab , cuba tanyakan patung yang besar sekali .  Nabi ibrahim bermaksud supaya mereka faham bahawa tuhan mereka tidak boleh berbicara. Sebaliknya tuhan Ibrahim itu berbicara. 
 
        Barulah mereka sedar tuhan mereka tak boleh berkata. Tetapi dek kerana hawa nafsu lebih diikuti, maka Ibrahim a.s juga yang disalahkan. Inilah juga berlaku bila orang memakai adat yang sudah lama diamalkan. Bila ditegur ianya salah, katanya ia sudah lama diamalkan oleh nenek moyang. Inilah juga alasan sejak nabi Nuh sampai nabi Muhamma s.a.w


Amalan nenek moyang

         Sekarang yang mengingkari sunnah itu pun begitu. Katanya kalau ada amalan yang tak sama dengan nenek moyang janganlah diterima. Itu perosak adat. Masakan nenek moyang kita tidak berilmu, katanya. 

      Kata seorang penyair jahiliah dulu, "Berapa banyak rumah yang aku tinggali, tapi hati terpaut dirumah pertama."

       Kalau begitu, memang hendak merubah itu susah , kecuali sampai Allah menghendaki.

Semoga bermenafaat.





Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
26/5/24



          
       
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...