Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Berkecil Hati Kita mungkin sudah berkahwin 10 tahun, 20 tahun ,30 tahun atau lebih. Tapi kadang ada suatu perbuatan yang kita lakukan tanpa kita sedari yang membuat pasangan berkecil hati. Maka ia berlanjutan sekian lama, yang mana jika tak diperbaiki boleh meruntuhkan rumahtangga yang dibina. Berikut perkara-perkara yang sering membuat seorang isteri kecil hati, tetapi suami tidak perasan, kerana seorang isteri biasanya diam, pendam, dan tetap berkhidmat walaupun terluka: 1. Perasaannya tidak didengar Isteri kecil hati bila: - dia bercerita , suami buat sambil lewa, - suami tidak beri perhatian, - suami fokus pada telefon atau TV bukan kepada yang isteri katakan Sebenarnya isteri bukan mahu jawapan , tetapi dia mahu didengar. 2. Tidak dihargai atas kerja rumah atau pengorbanannya Isteri buat begitu banyak kerja: -...