Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Suasana di rumah Anak yang lembut tutur katanya, tenang sikapnya dan menghormati orang lain tidak terbentuk hanya kerana kita menyuruhnya menjadi begitu. Keperibadian anak banyak terbentuk daripada suasana yang dia lalui setiap hari di rumah. Anak belajar bukan sahaja melalui nasihat, tetapi lebih banyak melalui apa yang dia lihat, dengar dan rasakan daripada ibu bapanya. Ini antara sebab yang membentuk akhlak dan budi bahasa anak: 1. Anak yang baik tidak datang daripada selalu dijerit Jika kita mahu anak bercakap dengan lembut, tetapi setiap kali dia melakukan kesalahan kita menjerit, dia akan belajar bahawa suara yang kuat adalah cara untuk mendapat kan apa yang kita mahu. Jeritan mungkin membuat anak diam pada ketika itu, tetapi tidak semestinya mengajarnya cara mengawal emosi. Sebaliknya, apabila ibu bapa menegur dengan tenang dan tegas, anak bel...