Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel balasan

253) APAKAH MAKSUD SEIMBANG DUNIA AKHIRAT?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Apakah yang dimaksudkan seimbang dunia dan akhirat dalam Islam?      Keseimbangan antara dunia dan akhirat adalah antara keindahan unik Islam yang tidak ada dalam banyak falsafah lain. Islam tidak memisahkan agama dari kehidupan, bahkan mengajar umatnya agar berjaya di dunia dan akhirat secara seiring. Keindahan Keseimbangan Dunia dan Akhirat dalam Islam meliputi: 1. Islam Tidak Melarang Menikmati Dunia Allah berfirman:  “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia...” (Surah al-Qasas: 77) Maknanya :     Islam menggalakkan kita berusaha, bekerja, berniaga, dan menikmati rezeki halal — asalkan tidak melupakan akhirat. 2. Dunia Sebagai Ladang Akhirat Nabi SAW bersabda: > “Dunia ini adalah ladang bagi akhirat.” (Hadis hasan) Allah juga berfirman mengenainya dalam 99: ...

158) BAGAIMANA ALLAH MEMBALAS SETIAP PERBUATAN MANUSIA?

Bismillah. Assalamua'alaikum.     Sesuatu balasan adalah sesuai dengan amal.   Kerana banyaknya dalil dalam hal ini maka ia menjadi satu kaedah bahawa ini adalah satu sunnatullah yang menjadi sunan al kauniah yang pasti berlaku. Sepertimana kita mengetahui bagaimana berlakunya  kepada benda-benda seperti air yang sentiasa mencari tempat yang le bih  rendah sifatnya.  Atau udara menempati setiap ruang dan sebagainya. Inilah aturan Allah berkenaan dengan benda-benda  di alam semesta.         Begitu juga sesuatu balasan sesuai dengan amal atau   al jaza' min jinsil amal.   Ini adalah aturan yang Allah letakkan dalam kehidupan. Aturan ini tidak akan meleset atau berubah.  Di mana siapa yang melakukan kebaikan dia akan mendapatkan balasannya. Dan siapa yang melakukan keburukan dia akan mendapatkan balasannya juga. Allah berfirman, " Balasan yang setimpal".       Maka bi...