Bismillah. Apa maksud perkara ghaib? Perkara ghaib ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat, didengar, atau diketahui oleh pancaindera dan akal manusia secara sendiri, kecuali jika Allah memberitahukan nya. Bolehkah seseorang berkata ia mengerahui sesuatu yang ghaib? Manusia tidak boleh berkata atau mengetahui perkara ghaib secara mutlak, kecuali jika Allah memberitahu perkara itu melalui wahyu atau tanda-tanda tertentu. Dalil Al-Qur’an 1. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib (Surah Al-An‘am 6:59) “Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya selain Dia.” Ini dalil jelas bahawa perkara ghaib mutlak hanya milik dan diketahui oleh Allah. 2. Nabi pun tidak tahu hal ghaib kecuali yang Allah wahyukan (Surah Al-A‘raf 7:188) “Katakanlah (wahai Muhammad): dan sekiranya aku mengetahui perkara ghaib, tentu aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak a...