Bismillah. Assalamu'alaikum, Apakah perasaan anda bila ramadhan berada di penghujungnya? Adakah anda rasa gembira? Atau sedih? Atau biasa saja? Untuk menilai diri kita sendiri maka lihat surah Al Fathir:32, Umat nabi Muhammad ini Allah telah wariskan al quran. Bila umat nabi Muhammad ini mendapat al quran mereka terbahagi kepada 3 kelompok. Ulama kaitkan ayat ini dengan orang yang ber puasa, mereka terbahagi kepada 3. Iaitu: 1) Yang zalim kepada dirinya sendiri. Iaitu orang yang buat maksiat dan dosanya lebih banyak dari kebaikannya. Orang yang puasa pun begitu, ia puasa tapi dalamasa yang sama ia buat maksiat. Bahkan dosanya lebih banyak dari pahalanya. Dengan buang masanya, dengan buruk sangkanya, dengan buka auratnya, dengan membazir dan sebagainya. Dia hanya berpuasa dari makan dan minum sahaja. Ini orang yang zalim...