Langkau ke kandungan utama

153) BAGAIMANA MEMENAFAATKAN RAMADHAN?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,

     
        
     
       Sesungguhnya bertemu dengan bulan ramadhan adalah satu perkara yang sangat besar kerana adanya di dalamnya kesempatan diampuni dosa-dosa dan diangkat darjat setinggi-tingginya oleh Allah swt. 
        
        Mengenai diampuninya dosa-dosa, banyak sabdaan nabi mengenainya, antaranya,

      “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

        Di sini nabi mensyaratkan dua perkara iaitu beriman , iaitu berpuasa kerana perintah Allah swt  dan kedua, pengharapan , iaitu bersemangat untuk mendapat keampunan dari Allah bukannya merasakan itu beban.  Jika demikian, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

         Nabi s.a.w juga bersabda,

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari).

         “Barangsiapa yang mengerjakan solat malam di bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharap pahala Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.”  (HR Muslim, No. 759)

     “Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari).



Keampunan dosa-dosa

      Ini semua menunjukkan bahawa ramadhan adalah waktu untuk diampuni dosa-dosa .  Rasulullah s.a.w juga bersabda,

     “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat  (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.” 

HR: Muslim (233) dan al-Tirmizi (214)

       Ketika kita menemui malam lailatul qadar, maka doa yang paling baik ialah doa memohon ampun. 

     Dari sayyidah Aisyah ra, ia bercerita, ia pernah bertanya,
       'Wahai Rasulullah, jika aku kedapatan menjumpai lailatul qadar, bagaimana doa yang harus kubaca?' Rasulullah saw menjawab, 'Bacalah, 'Allāhumma innaka afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annī,''" (HR At-Tirmidzi).

        Dan pada setiap malam dalam bulan ramadhan Allah membebaskan sebahagian  hamba-hambaNya dari api neraka. Sabda nabi s.a.w,

        Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 
"Sesungguhnya ada bagi Allah Azza Wajalla ketika setiap waktu berbuka orang yang dibebaskan (daripada api neraka) dan demikian berlaku pada setiap malam." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)


         Adapun hadis yang masyhur iaitu,

"Ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan daripada api neraka."

          Hadis ini secara sanad ia lemah dan dhaif. Secara matan ia mungkar kerana dalam hadis yang sahih mengatakan  dibebaskan dari  neraka itu berlaku setiap malam. Kalau 10 malam pertama hanya mendapat rahmat sahaja , tidak bebas dari neraka, maka itu rugi. Begitu juga jika hanya mendapat keampunan tidak bebas dari neraka juga rugi. Yang benarnya rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka berlaku pada setiap malam.

       Oleh itu jika berlalu bulan  ramadhan ada hamba yang tidak mendapat keampuman dari Allah,  ia sesuatu yang merugikan. 

Nabi s.a.w bersabda,

       " Jibril datang kepadaku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya.” Lalu aku pun menyebut 'amin'. 
(HR Bukhari:644)

        Ini hamba yang sangat parah, kenapa?  Kerana pada setiap malam Ramadhan dia berkesempatan diampuni dosa-dosanya. Kerana apa tak diampuni? Kerana ia tidak bersungguh-sungguh dalam beribadah dalam bulan  itu hingga habis bulan.


Satu kesempatan besar

        Maka, kesempatan bertemu ramadhan adalah kesempatan untuk membersihkan hati dan diri kita dari kekotoran  dosa-dosa sebelum ini.  Siapa yang menyedari pentingnya ampunan Allah,  ia akan bersemangat beribadah. 

        Ramadhan  adalah kesempatan untuk mendapat keampunan Allah dan mencapai darjat yang tinggi. Di antara hadis berkenaan darjat yang tinggi ini ialah suatu masa seorang sahabat bermimpi tentang seorang sahabat yang biasa tetapi lebih dulu masuk syurga dari seorang sahabat yang mati syahid. Sedangkan  mereka masuk Islam dalam waktu yang sama.

         Kata seorang sahabat:   "Ya Rasulullah lelaki ini mati biasa , ya Rasulullah. Kawan dia ni mati syahid. Kenapa dia masuk syurga lebih awal dari kawan dia yang mati syahid?"
        Lalu  Nabi SAW tanya kepada para sahabat: "Bukankah dia yang mati biasa ni, hidup setahun setelah kawan dia gugur syahid?" 
Sahabat kata: “Betul wahai Rasulullah." Rasulullah tanya: "Bukankah dia telah menunaikan solat berjemaah bersama kita?" 
Sahabat menjawab: “Betul wahai Rasulullah.” 
Rasulullah tanya lagi: "Bukankah dia telah menunaikan solat sunat sekian sekian," rajin solat sunat dia ni. 
Sahabat kata: "Betul ya rasulullah." Kemudian Nabi sallallahu alaihi wasallam sebut:  "Bukan kah juga dia sempat bertemu dengan Ramadhan dan berpuasa sebulan Ramadan sekali?" 
Sahabat kata: "Betul wahai Rasulullah." Rasulullah berkata: "Sesungguhnya perbezaan darjat di antara mereka berdua lebih jauh dari jauhnya langit dan bumi."
(HR: Musnad Imam Ahmad)

       Ertinya orang kedua itu lebih tinggi darjatnya dari yang mati syahid itu, kenapa? Kerana ia  mendapat kesempatan  berada di bulan  ramadhan. Mungkin ia bersungguh beribadah pada bulan itu.  Kerana Rasulullah s.a.w  berkata ia mendapat bulan  ramadhan. Itulah rahsia ia mencapai darjat yang lebih tinggi.

          Oleh itu jika kita  berkesempatan bertemu ramadhan,   hendaklah syukur dengan sebanyak-banyaknya. Kerana ia adalah kesempatan untuk menuai pahala yang sebanyak-banyaknya. Jika ahli perniagaan bersiap-siap untuk meraih keuntungan di setiap tempat expo, tempat pameran, hingga sanggup bersusah- payah kerananya, bersengkang mata untuk mencari untung, maka bagi pencari akhirat, ramadhan adalah musim untuk mencari pahala sebanyak-banyak nya pula.

       Maka pencari akhirat akan bersiap-siap untuk memasuki ramadhan.  Sesiapa yang bersungguh bersiap untuk memasuki ramadhan, dia akan diberi taufik dan kemudahan oleh Allah untuk beribadah pada bulan itu dengan cara yang terbaik.


Dua hal yang harus diperhatikan

        Kalau kita berpuasa , ada 2 hal yang patut kita perhatikan:

1.  Meninggalkan  perkara yang membatalkan  puasa iaitu dengan  tidak makan, tidak minum dan tidak berhubungan.  

2.    Jangan sampai kita melakukan penggugur pahala atau pengurang pahala iaitu maksiat. 

       Bahkan kita menahan lapar , dahaga dan hawa nafsu bertujuan mencapai ketaqwaan. Firman Allah  dalam surah al Baqarah:183,

 
        Jadi, tujuan kita  berpuasa ialah supaya menjadi orang bertaqwa.

     Seandainya seseorang itu tidak makan, tidak minum dan  tidak berhubungan, tetapi ia melakukan maksiat, maka tujuan puasa itu hilang. Ini yang dikatakan  oleh nabi s.a.w,


         “Berapa banyak orang berpuasa yang tiada dapat dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.” (Hadis Hasan Riwayat Ibn Majah)

      Kenapa berlaku demikian? Kerana ketika ia berpuasa, dia bermaksiat kepada Allah di bulan ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi,

    “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597]

       Terkadang orang fokus tidak makan, tidak minum, tapi ia tidak fokus kepada hakikat puasa. Maka sia-sia orang yang tidak makan, tidak minum tetapi tidak bertaqwa. 

     Dengan sebab itu Jabir bin Abdillah r.a berkata ," Jika kamu berpuasa maka jadikanlah matamu puasa, telingamu puasa, lisanmu juga puasa. Jangan jadikan hari puasamu sama dengan hari biasa mu."


Menjaga adab puasa

         Tidak boleh samakan hari puasa kita dengan hari biasa. Harus berbeza.  Dan perhatikan  adab-adab ketika berpuasa agar kita mendapat pahala sebanyak-banyak nya. 

      Rasulullah s.a.w  menyuruh beradab ketika berpuasa. Katanya,

       “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.  [HR: Bukhari, 1894]

       Ketika berpuasa perlu jaga adab-adabnya iaitu tidak bercakap kotor, bertengkar atau memaki hamun. Jangan lakukan  perkara-perkara  melampau dalam medsos semata-mata  ingin mencari followers. Kerana kita dalam keadaan yang terbaik di sisi Allah. 

         Sehingga bila ada orang yang mengajak bergaduh atau bertengkar, katakan saja 'aku berpuasa'.  Kalau kita hanya melayan  hawa nafsu, maka akhirat kita tidak dapat. Iaitu tiada pahala.
       
       Jangankan berbuat maksiat, adab pun rasulullah s.a.w suruh kita jaga. Kalau ada posting buruk di Facebook misalnya, jangan dilayan. Anda sedang berpuasa. Jangan dirosakkan puasa anda itu.
        
        Kemudian, tinggalkan  apapun maksiat. Baik yang berpunca dari pandangan, atau pendengaran atau lisan kita. 

      Bila saja masuk bulan  puasa, katakan kepada diri sendiri, "Mulai saat ini aku tidak mahu ghibah lagi."  Iaitu tidak mahu menceritakan keburukan  orang lain siapapun orangnya. Baik isteri kita  , suami,  anak kita , kawan-kawan atau ustaz dan siapa saja.


Puasa telinga

    'Begitu juga aku mahu menjaga pendengaran'.  Bila mendengar orang ghibah, kita  lari atau menegurnya. Begitu juga tidak mahu mendengar muzik-muzik. Kalau ada muzik di satu tempat, keluar dari situ.  Seboleh mungkin jauhi semua dosa dari pendengaran. 

       Jika kita disuruh menyampaikan berita bohong ketika puasa, kita pun akan kena akibatnya sama seperti orang yang menyuruh.  Umur kita tinggal sedikit, mengapa mahu habiskan  dengan  mendengar perkara-perkara maksiat. 
   
       Kalau orang mengajak ghibah, katakan 'berhentilah ghibah   ini bulan puasa'. Barulah puasa kita berkualiti.



Puasa mata.

       Jangan melihat wanita bukan mahram di bulan ramadhan. Kalau  kita buka medsos pasti terlihat wanita yang membuka aurat. Ini mengurangkan  pahala kita. 

     Jadi, di bulan puasa jangan lihat wanita luar. Lihat isteri saja. Itu akan  lebih baik. Ini perlu perjuangan  yang bersungguh-sungguh agar mata kita bersih dari dosa. Hingga seorang salaf berkata,
" Sesungguhnya hari raya yang sebenar ialah bila engkau tidak bermaksiat."

        Memang susah, tetapi sekurang-kurangnya kita mendekat.  Walau tidak dapat sepenuhnya  tapi kita berusaha , itulah istiqamah. Rugi jika malaikat sedang mencatat amalan kita tiba-tiba  berhenti kerana maksiat kita. 


Tekad kali ini

            Oleh itu ramadhan kali ini kita  bertekad meninggalkan maksiat semaksima mungkin. Daripada buka facebook lebih baik buka al quran, buka tafsir.  Agar pahala kita maksima. Kita tak tahu kita boleh sampai hingga akhir ramadhan atau tidak. Kita tak tahu boleh sampai ke ramadhan tahun depan  atau tidak. Yang paling penting bagaimana kita optimalkan  pahala kita di bulan ramadhan  kali ini.

      
      Jadi , antara persiapan kita untuk memasuki bulan ramadhan ialah dengan memahami fiqh ramadhan. Di antaranya:

1) Dilarang puasa di akhir sya'ban

       Di dalam Sahih al-Bukhari: (Maksudnya): “Janganlah seorang daripada kalian mendahului bulan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali apabila seseorang itu sudah biasa berpuasa maka berpuasalah pada hari itu.”

        Kecuali orang yang biasa puasa Isnin atau Khamis itu tidak mengapa puasa pada 29 atau 30 sya'ban. Kalau tidak, dilarang berpuasa bagi membezakan  bulan  sya'ban dan  ramadhan. 


2) Berpuasa bila sudah berubah bulan

       Iaitu diketahui masuknya  ramadhan dengan terlihatnya hilal, anak bulan. Jika tidak kelihatan maka sempurnakan bulan sya'ban 3o hari. Iaitu berdasarkan hadis,

     "Berpuasalah kalian dengan melihat hilal dan berbukalah (mengakhiri puasa) dengan melihat hilal. Bila ia tidak tampak olehmu, maka sempurnakan hitungan Sya'ban menjadi 30 hari," (HR Bukhari dan Muslim).

     Inilah pendapat jumhur ulama'. Adapun hisab adalah ilmu yang membantu masa untuk melihat hilal secara hitungan. Ia memberi darjah-darjah terlihatnya hilal itu. Kalau 1 darjah tidak mungkin terlihat hilal kerana matahari baru terbenam dan hilal keluar sangat sebentar dan masih tenggelam lagi. Hilal hanya terlihat ketika diatas 3 darjah. Jadi , ilmu hisab adalah ilmu yang baik dalam membantu melihat hilal. 

        Adapun keputusannya adalah dengan melihat hilal. Katakanlah hilal sudah 4 darjah yang pasti kelihatan  tetapi ditutup oleh awan mendung, maka kata nabi cukupkan  dengan 3o syaban. Walaupun dari kiraan hisab hilal boleh kelihatan. 

      Ia seperti solat gerhana. Jika kelihatan gerhana maka solatlah. Jika ia ada tapi terlindung maka tidak perlu solat.  Kerana rasulullah s.a.w  mengatakan 'jika kelihatan'. Jika tidak kelihatan belum perlu solat atau puasa lagi.

      Begitu juga jika orang ragu-ragu samada ia kentut atau tidak semasa solat, maka rasulullah kata teruskan solat sehingga ia mendengar bunyi kentut atau baunya.  Inilah hukum syari'i. Walau pun hakikatnya ia kentut, jika tiada bunyi atau bau maka solatnya sah.

       Walaupun ada beberapa pendapat dalam menentukan 1 ramadhan, kita berpegang pada jumhur ulama' iaitu melihat hilal. Jika tidak kelihatan maka cukupkan sya'ban 30 hari. Masuk saja 1 ramadhan maka sudah masuk hari-hari mulia maka pahala digandakan . Dalilnya dari sabda nabi,


"Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji." Dalam riwayat muslim, "Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku."

        Umrah yang dikerjakan tiga empat jam menyamai haji yang dikerjakan berhari-hari. Ini menunjukkan amalan yang dilakukan dalam bulan  ramadhan berlipat ganda pahalanya. Apalagi jika beramal di waktu lailatul qadar, ia lebih baik dari 1000 bulan!

         Oleh itu bila masuk saja malam ramadhan , terus kita serius. Mulalah baca quran. Baca quran di bulan  ramadhan dengan bukan  ramadhan berbeza. Kemudian bersiap untuk tarawih. 

        Sebahagian  salaf dulu bila masuk ramadhan, mereka mandi, pakai wangi-wangian, serius untuk beribadah kepada Allah. Mereka bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah, keampunan dan mengumpul pahala se banyak-banyak nya. 

       Di zaman nabi s.a.w , beliau sempat solat tarawih berjemaah selama 3 malam. Selepas itu beliau solat sendiri kerana takut ia diwajib kan keatas ummatnya solat berjemaah. 

      Nabi s.a.w solat tarawih di awal malam. Supaya dapat berjemaah bersama orangramai. Bila sudah sampai tengah malam, ada sahabat minta sambung lagi, maka nabi bersabda,

      “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 734] [Hadith ini adalah Hasan Sahih sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi]

      Iaitu seolah-olah ia solat tanpa  henti hingga azan subuh.  Jadi sunnahnya ialah solat tarawih berjemaah itu di awal malam. 

      Oleh itu hendaklah solat tarawih berjemaah setiap hari dibulan  ramadhan. Kalau kebiasaannya seseorang solat malam, tiba-tiba  ia sakit tak mampu solat, maka Allah catit pahalanya kerana Allah kira mengikut kebiasaannya. Walaupun hari itu ia tak solat malam. Sabda nabi s.a.w,

      
      Abu Musa Al-Asy'ariy -raḍiyallāhu 'anhu- berkata, Rasulullah -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- bersabda, 
“Apabila seorang hamba sakit atau melakukan perjalanan, maka akan dicatat baginya seperti amalan yang biasa ia lakukan ketika dalam keadaan mukim dan sihat."  
(Hadis sahih -  Bukhari)

       Jadi, kalau ramadhan ini seseorang solat malam tiap-tiap hari tanpa tinggal, tiba-tiba  ia sakit, maka dicatatkan  baginya pahalanya kerana  Allah mengira atas kebiasaannya. 

      Carilah masjid atau surau yang bila kita habis solat, kita rasa ada pertambahan iman, walaupun meletihkan.  Yang bacaan imamnya baik, walaupun panjang kerana waktu yang terbaik ialah dihabiskan dengan mendengar bacaan al quran. Kalau tak larat berdiri boleh duduk. Walaupun ia mampu berdiri, dalam solat sunah boleh duduk, tidak seperti solat fardhu ia wajib berdiri.
 
       Bagi solat malam tidak ada had rakaatnya.  Kata nabi s.a.w,

Abdullah bin Umar R.Anhuma berkata: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam?” Baginda menjawab:

مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ، فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.

Maksudnya: “Dua (rakaat) – dua (rakaat). Sekiranya engkau bimbang waktu Subuh (akan masuk), maka lakukanlah solat Witir satu rakaat.”

[Riwayat al-Bukhari :1137]

      Maka bila di katakan dua rakaat, dua rakaat, maka bebas jumlahnya berapa, asalkan dibuat dua-dua rakaat. Jika seseorang sudah solat  bersama imam hingga witir, bila ia ingin solat lagi,  maka tak  perlu witir lagi. 

      Jika kita penat solat, maka bacalah quran atau baca tafsir, jika penat membaca   maka berdoalah. Yang penting waktu ramadhan ini diisi dengan perkara yang mendatangkan  pahala. Di antara ibadah yang agung ialah ibadah waktu sahur.  Allah memuji mereka yang beribadah waktu sahur,  firman  Allah di dalam surah Ali Imran :17,

        Allah memuji orang yang beramal di waktu sahur, dan terbaik ialah istighfar. Jangan dibuang masa waktu sahur itu dengan berbual kosong. Ini waktu yang penting, waktu Allah nak  tunaikan permintaan hamba-hambaNya. Sabda nabi s.a.w,

: “Rabb kami Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia setiap malam saat tersisa sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan doanya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan beri permintaannya, dan siapa yang memohon ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dia.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
        
          
      Ibadah waktu ini sering dilupakan manusia. Kalau penat solat, boleh beristighfar sambil mengenang nasib di akhirat nanti. Apabila sudah siap makanan, maka bersahurlah  walau dengan seteguk air. Nabi s.a.w bersabda,


“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)

      
       Makan sahur semuanya berkat. Jadi bersahurlah walau dengan  seteguk air.  Sabda nabi s.a w,


“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)
      
       Sampai bila waktu wahur itu? Iaitu sampai azan subuh. Firman Allah, dalam al Baqarah:187,

      Iaitu bila terbit fajar atau masuk waktu subuh hendaklah berhenti makan dan minum dan sebagainya. Adapun waktu imsak itu adalah waktu untuk berhati-hati supaya tidak terlajak makan. Imsak bukan waktu berhenti makan. Sabda nabi, 

"Manusia selalu dalam keadaan baik selama mereka segera berbuka (bila waktunya telah tiba)." (HR Bukhari)

Dan juga,

        Abu Darda meriwayatkan  dari nabi s.a.w:    
          "Tiga perkara yang merupakan akhlak para Nabi ialah menyegerakan berbuka puasa, mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat." (HR Thabrani)

       Sahur beramai-ramai tidak mengapa kerana itu juga sunnah nabi s.a.w.  

       Bulan  ramadhan bulan yang mulia. Hendaknya kita isi masa kita dengan amal ibadah . Terlebih baik jika ada target yang harus kita selesaikan. Catatlah target itu agar ramadhan kita tidak sia-sia. Ini adalah waktu menuai ganjaran Allah , jadi haruslah kita besungguh-sungguh dalam merancang program di bulan ini. Agar ramadhan lebih bermakna daripada sebelum-sebelumnya. 

      Target yang utama ialah jangan buat maksiat baik maksiat mata, telinga dan lisan. Kita tidak tahu umur kita sampai bila , jadi jangan buang-buang waktu sia-sia.



Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
29/2/24

      
          
           

       

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...