Langkau ke kandungan utama

189) APAKAH 10 PEMBATAL ISLAM?

Bismillah.
Alhamdulillah,
Assalamu'alaikum,

Nikmat terbesar

      Allah telah berikan kita berbagai nikmat yang tak terhitung banyak- nya.  Antara nikmat yang paling besar yang diberikan ialah nikmat Islam dan sunnah. Imam Abul Aliyah r.h (23 -93H), seorang tabiin yang mulia mengatakan,  'Allah swt memberiku dua nikmat, aku tidak tahu antara dua itu mana yang paling berharga, yang pertama bila Allah beriku hidayah Islam, yang kedua bila Allah tidak menjadikan ku berfikiran khawarij, sebaliknya memberiku hidayah sunnah.'


Menjaga Nikmat 

    Islam adalah nikmat terbesar yang  diberikan, oleh itu menjadi kewajipan bagi kita menjaga nikmat tersebut. Agar kita diwafat- kan oleh Allah swt di atas Islam dan di atas sunnah. Maka, Allah pun berpesan dalam surah Ali Imran:102,

         Maka ini perlu kita jaga sehingga Allah mencabut nyawa kita.


Risalah kecil

       Dengan tujuan ini , kita akan membaca satu risalah yang kecil tulisan al Imam Muhammad bin Abdul Wahab at Tamimi r.h. (1115 - 1206 H)  tentang Pembatal-pembatal Islam atau disebut Nawaqidul Islam.

      Ini perlu kita fahami bukan  untuk kita lakukan dan  mengerja- kan tetapi untuk kewaspadaan kita, supaya Islam kita terjaga dan supaya Islam kita bersih dari noda-noda. 

     Nawaqid maksudnya pembatal. Allah berfirman di surah an Nahl:91

       
         Adapun Islam maksudnya berserah diri kepada Allah , tunduk kepada Allah dengan mentauhid- kan Nya. Maka jika ada Islam liberal iaitu tidak tunduk, patuh kepada hukum, bererti ia bertentangan  dengan Islam. Islam mengajar supaya tunduk, liberal mengajar untuk hidup bebas, mengajar untuk menggugat hukum-hakam Allah swt. Maka kelompok itu tidak layak dipanggil Islam liberal. Kerana  Islam mengajar supaya tuduk,  bukan  bebas dan menggugat hukum-hakam dari Allah swt. Yang mengajar menggugat hukum Allah ini ialah iblis, iaitu bila iblis diperintah sujud kepada Adam,  ia sombong, iaitu menggugat hukum Allah. 

     Maka, sebenarnya bukanlah mereka itu  Islam liberal tetapi ialah iblis liberal


Tunduk

          Dan Islam itu juga bermakna tunduk kepada Allah dengan ketaatan. Islam bukan hanya sekadar Islam di kad pengenalan, tetapi Islam adalah dengan pengamalan , iaitu melaksanakan semua perintah-perintah Allah swt. Tunduk terhadap hukum-hakam Allah, meninggalkan larangan-larangan Allah dan terakhirnya berlepas diri dari syirik. Tidak cukup Islam kita  jika kita tak memerangi lawannya , iaitu syirik. Lawan kepada Islam ialah syirik. Sunnah pula lawannya bid'ah. Taat lawannya maksiat,  demikianlah seterusnya. 

        Islam memiliki pembatal-pembatalnya. Boleh jadi seseorang Islam tiba-tiba ia membuat suatu hal pembatal Islam, tanpa ia sedari Islam telah keluar dari dirinya. Sebagaimana orang yang solat tiba-tiba ia kentut maka batal solatnya. Begitu juga orang Islam yang melakukan pembatal Islam maka Islamnya batal. Dalam satu kaedah disebutkan,    ' Tidak sempurna suatu hukum sehingga semua syaratnya dipenuhi dan hilang pembatal-pembatalnya'. Itu baru sah atau sempurna. Jika kita masih melakukan  pembatalnya, maka ianya belum sah lagi. Islam kita tidak sah jika kita melakukan pembatal-pembatalnya. 


Mempelajari

     Oleh itu amat penting kita mempelajari apakah pembatal-pembatal Islam, bahkan ia bukan hanya ada 10 sahaja seperti yang kita pelajari ini, malah ada beratus-ratus. Yang 10 ini ialah contoh-contoh yang biasa kita nampak. Inilah yang perlu dipelajari di mana mempelajari keburukan bukan untuk dilakukan tapi untuk kewaspadaan. 

    Dalam hadis Bukhari (194 -256H) , Huzaifah ibn Yaman pernah menyatakan, 'Adalah para sahabat nabi bertanya nabi tentang kebaikan, tapi aku bertanya tentang keburukan supaya aku dapat menghindarinya.'

    Jadi kita belajar pembatal Islam bukan  untuk melakukannya tetapi untuk menghindarinya. Kerana sesiapa yang tidak mengenal suatu kejelekan maka ia mungkin terjatuh ke dalamnya tanpa ia sedari.


Terjatuh

        Ini penting kerana kita harus takut jika kita terjatuh ke dalam kekufuran atau kesyirikan. Tauhid adalah suatu yang paling berharga dalam hidup ini yang harus kita jaga hingga titik akhir hidup kita. Sampai Allah swt mengutus malaikat maut kepada kita. Kita tidak boleh berasa aman walau kita sudah mendapat hidayah iman dan hidayah sunnah. Selama nyawa masih di kandung badan,  fitnah akan bertubi-tubi datang kepada kita. 
 
        Nabi ibrahim a.s,  seorang bapa ahli tauhid,    yang pernah dibakar oleh raja Namrud , ia pun masih takut dengan kekufuran dan kesyirikan  sehingga ia berdoa,

       Ibrahim a.s saja takut kalau-kalau ia jatuh kepada kesyirikan, apakah kita tidak berasa takut terjatuh dalam kesyirikan? Apakah kita merasa selamat ? Sedangkan nabi Muhammad s.a.w yang dijamin syurga, yang terjauh dari dosa-dosa,  sering berdoa dengan doa,

  “يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك”

(Wahai Zat yang membolak-balik- kan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).
     
      Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?" Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki Nya."
[Riwayat Imam Ahmad (12107)]



Jangan rasa selamat

       Itu nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana dengan kita? Oleh itu jangan kita merasa ujub, jangan rasa selamat , bahkan  kita harus khuatir terhadap akidah kita, iman kita, dengan  selalu melakukan amal-amal yang dapat mem- benteng tauhid kita daripada kerosakan. 
        
      Ini perlu sekali terutama kita ini yang hidup di satu zaman yang mana syubhat-syubhat, kerancuan pemikiran begitu dahsyat. Lalu imam Zahabi (1274 - 1348M)  pernah berkata, ' Hati ini lemah, sedangkan syubhat-syubhat kuat menerpa.'    Ini di zaman imam Zahabi, bagaimana dengan zaman kita ini?    Syubhat-syubhat dari kelompok syiah , kelompok liberal, sufi,   yang mengancam dan merosak akidah kita  begitu banyak mendominasi media-media, lingkungan    dan pendidikan  di negeri ini.  Bagaimana kita boleh berasa aman dan  selamat?

     Nabi s.a.w pernah mengatakan, 
'Bersegeralah melakukan amalan sholeh sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di petang hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia  men- jual agamanya dengan sedikit dari keuntungan dunia. (HR Muslim)

    Ramai orang yang Allah beri kecerdikan dan ilmu, tapi dia jual ilmu-ilmu tersebut hanya untuk dunia. Dia sembunyikan kebenaran, dia berbicara tentang kebatilan  hanya untuk menyenangkan manusia. 


Pembatal keislaman

     Berkata Syeikh Muhammad bin Abdil Wahab, 
"Bismillah, ketahuilah bahawa pembatal-pembatal Islam itu ada 10 iaitu,

1)  Syirik kepada Allah swt dalam beribadah.

      Iaitu apabila seseorang memalingkan suatu jenis ibadah kepada selain Allah. Dalilnya:

        Di antara perbuatan syirik ialah menyembelih kepada selain Allah. Seperti kepada jin, penunggu dan sebagainya. 

     Jadi pembatal Islam yang paling besar ialah syirik kepada Allah dalam ibadahnya. Maksud ibadah, seperti dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitab Al-Ubudiah, ialah    'Semua ungkapan yang menyeluruh untuk setiap ucapan dan perbuatan yang dicintai dan di redhai oleh Allah'.   

      Seperti baca quran, solat, puasa, itu perbuatan yang dicintai oleh Allah, maka itu ibadah. Dan  ibadah yang diterima oleh Allah harus memenuhi 2 syarat:

1)  Ikhlas iaitu hanya mengharap- kan wajah Allah swt atau pahala dari Allah swt. Seperti firman Allah dalam al Bayyinah:5 ,

        Oleh itu kita usahakan supaya kita beribadah ikhlas hanya kerana Allah. Sudahlah ibadah kita sedikit sahaja, tidak ikhlas pula. Syarat ke 2 ialah,

2)  Ittiba' iaitu sesuai dengan apa yang dicontohkan nabi s.a.w.  Jika kita ikhlas tapi tak mengikut apa yang diajar nabi maka itu sia-sia saja. Tidak diterima oleh Allah swt. Sabda nabi s.a.w,

“Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah Kami, dia tertolak.”
(Riwayat Muslim 1718 [18])

        Alangkah ruginya jika sudah letih, keluarkan belanja , waktu, tetapi ditolak oleh Allah swt. Seperti orang bermusafir tapi mengisi begnya dengan batu- batu, hanya memberatkan tapi tiada faedah. 
   
       Bila orang melakulan syirik dalam beribadah iaitu kepada selain Allah, ia menjadikan sesuatu sebagai tandingan kepada Allah. 

   Imam Adz-Dzahabi mengatakan dalam kitabnya Al-Kabair:

    "Syirik adalah anda menjadikan suatu tandingan (sekutu) bagi Allah, padahal Dia-lah yang menciptakan anda, dan anda menyembah selain-Nya berupa batu, pohon, bulan, nabi, syaikh, jin, bintang, malaikat, atau semacam itu."

       Menjadikan tandingan kepada Allah itu dalam 3 hal:

1) Rubbubiah 
     Iaitu meyakini ada pencipta makhluk selain Allah.

2) Uluhiah atau ibadah.
   Seperti berdoa atau menyembelih atau minta tolong kepada selain Allah. Disamping ia beribadah kepada Allah, ia beribadah juga kepada selain Allah,  maka itulah syirik. Sebab itu Allah suruh katakan,

      
3)   Asma wa Sifat
   Menyamakan sifat Allah dengan makhluk.


Dosa paling besar.

     Jadi, beribadah kepada selain Allah ini dosa paling besar dan paling bahaya. Dosa syirik tidak dapat diampuni oleh Allah di akhirat nanti kecuali ia bertaubat di dunia ini. Allah nyatakan ini dalam ayat,

     Allah mengampuni semua dosa maksudnya jika ia bertaubat termasuklah dosa syirik. Adapun dosa zina, minum arak, judi dan sebagainya , Allah boleh ampuni jika Allah mahu walau ia tidak bertaubat. Tetapi tidak dosa syirik, Allah takkan ampuni jika ia tidak bertaubat. Tetapi jangan kita berani-berani membuat dosa sebab Allah mengampuni bagi yang Dia kehendaki saja. Seperti firmanNya,

     Adakah kita dapat jamin Allah menghendaki akan  mengampuni kita?  

      Jadi, dosa syirik adalah dosa yang tak diampuni jika ia tidak bertaubat. Oleh itu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam kitab Istiqamah,  ' Dosa-dosa besar itu lebih ringan dari dosa syirik". Katalah ada seorang yang tak berbuat dosa besar apapun, tasbih sentiasa di tangan, tapi ia berbuat syirik di kuburan contohnya. Seorang lagi semua dosa besar dia buat. Cakap apa saja semua ia buat kecuali ia tidak syirik kepada Allah. Maka dia ini lebih baik disisi Allah berbanding orang pertama tadi. Kerana ia masih memiliki tauhid dan ia masih ada kemungkinan diampuni Allah. Sedangkan orang yang pertama tadi tauhidnya sudah luput dari dirinya dan tidak akan  diampuni Allah dosanya itu. 

     Allah nyatakan ini dalam surah an Nissa' :48 ,

       Sebab apa? Sebab syirik adalah kezaliman yang paling besar. Dalilnya, 

        Beginilah sepatutnya sifat orang tua, menanam iman kepada yang muda. Anak-anak  mesti ditanamkan iman sejak kecil. Bahawa syirik itu kezaliman atau dosa yang paling besar.


Makhluk tidak mencipta

      Bagaimana kita boleh menujukan ibadah kepada makhluk yang hina? Makhluk yang tidak menciptakan kita, yang tidak mengatur hidup kita. Yang bukan memberi rezeki kepada kita. Bagaimana kita menyamakannya dengan Allah yang semua rezeki datang dariNya?


Haram dari syurga

      Allah juga berfirman ,

        Kalau sudah diharamkan dari syurga bererti tempatnya di neraka. Tidak ada tempat tidak disyurga tidak di neraka.  Yang ada hanya dua, syurga atau neraka. 

       Dan  tidak ada sesiapa yang dapat menolongnya  waktu itu. Walaupun nabi, ia tak mampu menyelamatkan  orang yang berbuat syirik. Seperti nabi tak dapat membantu pamannya Abu Talib. Kerana syafaat nabi hanya bagi orang yang mentauhidkan Allah.   Dalilnya dari sabda nabi s.a.w,

       “Aku bersaksi kepada kalian bahwa syafaatku diperuntukan bagi setiap muslim yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan apapun,” (HR Abu Dawud).


Kunci keselamatan

        Inilah kunci keselamatan seorang hamba Allah iaitu ber- tauhid kepada Allah sahaja. Tidak menodainya dengan  perbuatan syirik. Manakala syirik ini ada bermacam-macam jenis. Ada yang besar, ada yang kecil. Syirik besar mengeluarkan  orang dari Islam seperti menyembelih kepada selain Allah, iaitu kepada jin, kepada gunung , kepada lautan, penunggu dan  lain-lain. Syirik besar akan menghanguskan seluruh amal seseorang.

     Syirik kecil tidak mengeluarkan orang dari Islam, seperti :
- riak. Beramal kerana menunjuk-nunjuk. Amalnya tak berpahala, tapi tak mengeluarkan ia dari islam. 

      Pembatal Islam yang kedua ialah,

2)  Mengadakan  perantara di antara seseorang dengan Allah di dalam berdoa ,  meminta  syafaat mereka dan bertawakkal kepada mereka.  Maka mereka ini kafir dengan ijmak ulama. 

     Perantara ada dua jenis. Ada perantara yang ada dalam syariat iaitu dalam hal penyampaian  wahyu . Malaikat jibril itu menjadi perantara antara nabi Muhammad s.a.w dan  Allah swt.

      Adapun  yang dimaksudkan  perantara di sini ialah perantara dalam hal ibadah, berdoa , mohon syafaat ,  menyembelih dan sebagainya.  Ini yang dilarang. Ia termasuk pembatal Islam seseorang. Kerana Allah swt tidak perlukan   perantara antara Dia dan makhlukNya.   Dalilnya,

       Allah tak mengatakan berdoa- lah dengan perantaraan si fulan, tapi berdoa kepada Ku. 

      Sebahagian  orang  menyama- kan Allah swt dengan  makhluk. Katanya,  tak boleh meminta terus kepada Allah , umpama kita minta kepada presiden , mesti melalui orang kanannya atau wakilnya. Tak boleh terus kepada presiden . Maka begitu juga katanya dengan  Allah, kena melalui orang tengah. 

    Ini satu kebatilan,   kerana ia menyamakan prosidur Allah dengan  prosidur makhluk Nya yang serba kurang. Kalau manusia memang perlu seperti itu tapi tidak kepada Allah. Kesyirikan umat-umat dahulu yang diperangi oleh nabi sa.w ialah dalam masalah ini.

     Mengenai hal ini Allah berfirman,

  Demikian juga Allah menyebut hal ini dalam surah az Zumar: 3,

      

        Orang berkata, bahawa mereka tak menyembah si mati tapi hanya sebagai mendekatkan dirinya kepada Allah. Ini alasan orang seperti Abu Jahal yang diperangi oleh nabi s.a.w. Inilah syubhatnya, kerancuannya. Mereka mengaku Allah yang mencipta langit dan bumi. Tapi mereka beribadah kepada selain Allah dengan alasan ini. Mereka jadikan nabi, orang soleh sebagai perantara, kemudian dijadikan patung-patung yang dimohon  kepadanya dengan keyakinan mereka itu perantara antara mereka dengan  Allah. Ini termasuk kekufuran. 


Alasan yang sama

    Syubhat ini kalau kita perhatikan  juga menjadi alasan bagi orang yang melakukan kesyirikan di zaman kita ini. Kalau kita bertanya kepada orang yang berdoa di kuburan, kenapa berdoa di situ? Alasannya sama, ' Kita ini orang berdosa, jadi kami mohon kepada Allah dengan syafaat/ berkat wali Allah ini.'  Kalau orang itu hanya berdoa ditempat itu tanpa keyakinan ada syafaat wali itu, itu belum jatuh syirik. Yang jadi syirik bila ia berdoa dengan perantara orang mati itu.


Tawasul

    Dalam  masalah ini ia dipanggil tawasul. Ada tawasul yang diperbolehkan dalam syariat. Ada juga yang haram. 

      Yang dibolehkan ialah :
1)  tawasul dengan nama dan sifat-sifat  Allah. 
2) minta didoakan oleh orang soleh yang masih hidup . Seperti katanya,  "Ustaz tolong doakan  saya sekian sekian."

     Manakala tawasul yang dilarang ialah:
1) tawasul dengan orang yang sudah meninggal. Kata mereka boleh bertawasul dengan mereka kerana hakikatnya mereka tidak mati di jalan Allah itu. Mereka berdalil dengan ayat,


       Tetapi mereka tak perasan bahawa orang mati diberi rezeki oleh Allah. Bukan ia memberi rezeki kepada orang lain. Maknanya ia pun Allah yang beri rezekinya. Ia tak mampu mengadakan rezekinya sendiri. Jadi, macamana ia boleh memberi berkat atau syafaat?


Syafaat
       Mengenai syafaat  , syafaat ada 2 syarat:
1) izin dari Allah
2) redha dari Allah.

       Seperti firman Allah dalam surah an Najm: 26 ,


        Malaikat pun tidak mampu beri syafaat kecuali dengan izin Allah dan kepada orang yang Allah redhai. Siapa orang yang Allah redha itu? Seperti sabda nabi ini,

       “Aku bersaksi kepada kalian bahwa syafaatku diperuntukkan bagi setiap muslim yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan apapun,” (HR Abu Dawud).

     Iaitu bagi orang yang murni tauhidnya hanya kepada Allah. Tapi orang yang membuat syirik berasa ia mendapat syafaat pula.

       Pembatal Islam yang ketiga ialah,


3)  Tidak mengkafirkan kaum musyrikin atau ragu dengan kekufuran mereka. Membenarkan mazhab mereka,  atau membenar- kan keyakinan  mereka, maka dia kufur.  Orang yang tidak mengkafirkan orang yang jelas-jelas kufur di sisi Allah, maka ia kafir. 

      Contohnya golongan liberal, tidak ada istilah Islam liberal sebenarnya. Sebab Islam bererti tunduk.Tetapi liberal itu menggugat hukum Allah. Contoh lagi , yahudi dan nasrani jangan disebut kafir tapi panggilah ia ahli kitab. Padahal orang-orang yahudi dan nasrani itu sudah jelas-jelas dikafirkan oleh Allah dalam al quran, dikafirkan  oleh rasul s.a.w dan disepakati ulama tentang kekufuran mereka. 

   Allah berfirman dalam surah al Maidah :17,

        
   Demikian juga rasulullah s.a.w pernah menyatakan,

     "Tiap-tiap orang yang telah mendengar kenabianku baik Nashrani atau Yahudi kemudian bila ia mati tidak masuk Islam, niscaya ia ahli neraka,"
 (HR. Muslim)

     Ayat dan hadis ini menunjukkan bahawa orang-orang yahudi dan nasrani yang tidak mengikut ajaran nabi s.a.w adalah orang kafir. Kerana yang berhak mengkafirkan adalah Allah swt. Kita tidak boleh mengkafirkan kecuali Allah mengkafirkannya. 

Hak Allah
     Jadi dalam masalah mengkafir-kan seseorang , ada beberapa kaedah. Ini salah satu kaedahnya. Bahawa pengkafiran itu hak Allah swt, bukan  hak peribadi manusia, bukan hak lembaga, bukan hak negara tapi hak Allah swt. Kalau Allah kafirkan,  kita ikut. Tapi kalau Allah tidak mengkafirkan  jangan cuba-cuba untuk mengkafirkan. 

      Apalagi mengkafirkan  orang yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Seperti orang syiah meng- kafirkan para sahabat, ini merepek. Sedangkan Allah berkata,

        
      Tetapi orang syiah itu menentang Allah, katanya  Allah murka kepada mereka, sedangkan jelas apa yang ditulis dalam al quran.  Begitu juga orang liberal, katanya orang yahudi dan nasrani itu bukan kafir. Ia juga menentang kata-kata  Allah.

       Tetapi kita tidak berlebihan dalam hal pengkafiran dan tidak pula meremehkannya, dalam erti tidak mahu mengkafirkan apa yang yang dikafirkan oleh Allah,  itu juga salah.  Siapa saja yang dikafirkan oleh Allah kita kafirkan, siapa saja yang tidak dikafirkan  oleh Allah jangan dikafirkan. 

 
Pemikiran liberal

         Ini penting kerana pemikiran  liberal ini berleluasa di kampus-kampus.  Diadakan seminar diskusi lintas agama, lalu dipanggil ketua-ketua agama. Tapi bukan  untuk beragumen tapi cuba mencari titik-temu. Ini usaha yang menyesat- kan. 

     Intinya, siapa yang jelas-jelas dikafirkan  oleh Allah, mesti kita kafirkan juga. Tetapi bukan kerana peribadi, contohnya , katanya  'Kalau kau tak ikut pendapat aku  kau pun kafir juga.' Ini bukan, ini adalah pemikiran khawarij. 
       Dalam masalah pengkafiran ini ada   2    kelompok yang ber- tentangan. Satu, orang yang ber- lebihan dalam mengkafirkan. Dikit-dikit kafir. Contohnya, jika pemerintah tidak ikut hukum Islam itu kafir, katanya. Polis dan tentera yang mendukung pun kafir. Jadi ia mudah mengkafirkan. Ini bahaya. Rasul s.a.w bersabda,

      “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir, maka akan kembali (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.”
(Riwayat al-Bukhari)



      Ada kelompok orang yang mana setiap yang diluar kelompoknya mereka kafir.  Ini bahaya. Sebab bila yang dituduh itu tidak kafir, ia sendiri terkena tuduhan itu.  Ini berlebih-lebihan.


Murjiah
     Ada juga golongan yang  mengambil ringan tentang masalah pengkafiran ini. Katanya, asalkan dia sudah mengucap lailahaillallah, tidak boleh dikafirkan , walau apa pun yang dikatakannya, walau apa pun yang dilakukannya. Inilah mazhab murjiah, ini juga salah. Walaupun ia melakukan pembatal-pembatal Islam , walaupun ia mengaku nabi, seperti mirza Ghulam Ahmad.  Ini juga pemikiran yang bahaya, katanya ia masih Islam. Ini salah.

Komplikasi
      Ini penting kerana masalah kafir atau tidak kafir ini banyak komplikasinya. Kalau ia kafir kita harus membencinya,  tidak boleh mencintainya. kerana bagi seorang muslim, cinta dan bencinya untuk Allah swt sahaja. Sangat disayang- kan orang Islam sekarang, ketaatan atau loyalnya adalah kepada orang kafir. Allah berkata, 

      Tetapi sekarang tidak. Orang Islam dituduh teroris, dituduh radikal. Tapi orang kafir  gerejanya dijaga, dihormat . Katanya lebih baik pemimpin kafir yang jujur dari pemimpin muslim yang korup. Ini sangat bahaya kerana ia ber- lawanan dengan cinta dan benci orang muslim yang mesti kerana Allah swt sahaja. Kalau Allah membenci kita pun membenci, kalau Allah cintainya kita pun mencintainya.  Sabda nabi s.a.w,

    “Simpul tali keimanan yang paling kukuh, yang paling kuat itu adalah cinta kerana Allah S.W.T dan benci kerana Alllah S.W.T.”
(HR: Imam Ahmad)

        Jangan pula terbalik. Banyak pula sekarang umat islam membangga-banggakan  orang kafir tanpa ia sedari. T-shirtnya tertulis nama orang kafir seperti Messi, Ronaldo. Itu tidak boleh. Seorang Muslim idolanya orang soleh bukan  orang kafir.  Begitu juga orang kafir tak boleh dikubur di kuburan muslim,  kerana  penghuni kubur itu dapat doa orang muslim yang lain. Sebab kata nabi jika kamu melalui kubur orang kafir maka beri khabar kepada nya tentang neraka. 

      Begitu juga berkaitan harta warisan. Di mana orang kafir itu tidak berhak mewarisi. Tidak boleh jika orang   beriman menikahi orang kafir walaupun ahli kitab. Allah larang nikah beza agama. Tetapi bagi lelaki muslim kahwin ahli kitab, ada ulama membolehkan dengan syarat yang wanita yang suci, tetapi  ada ulama  yang tidak membenarkan. Kalau ada muslimah, salafi pula, mengapa memilih ahli kitab?


Tasyabbuh

     Tidak boleh juga tasyabbuh dengan orang kafir. Iaitu tasyabbuh dengan ciri-ciri khas orang kafir bukan  yang umum. Ada orang salah faham dalam hal ini. Misal ciri khas itu seperti salib, topi merah hari natal, pohon natal , kopiah yahudi, dan sebagainya. Adapun yang bukan  ciri khas tidak mengapa memakainya.

      Pembatal Islam yang ke empat ialah,

4)  Meyakini ada petunjuk selain dari petunjuk nabi Muhammad s.a.w yang lebih sempurna dari petunjuk beliau.

       Atau ada hukum yang lebih baik dari hukum dari baginda. Seperti orang melebihkan  hukum taghut daripada hukum Islam, maka ia adalah kafir.

      Di sini ada dua hal yang penting iaitu:
1.  Petunjuk dari nabi itu adalah petunjuk paling baik. Oleh itu nabi s.a.w pernah berkhutbah,

     “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah, sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW,"

      Iaitu dalam masalah apa pun, masalah akidah, masalah ibadah, politik, dakwah bahkan dalam masalah rumah tangga. Seperti kata nabi,

  "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarga- nya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). "
[Riwayat al-Tirmidhi (3895)]

        Jadi petunjuk akhlak rasulullah adalah yang paling baik. Ini wajib diyakini. 

2.  Sesiapa yang meyakini ada petunjuk atau hukum yang lebih baik dari petunjuk atau hukum dari nabi s.a.w maka terbatal Islamnya. Kerana petunjuk dari nabi itu bukan  dari hawa nafsunya, tetapi hakikatnya wahyu dari Allah.
       
    Firman Allah dalam surah an Najm: 
        

       Maka, ini penting ketika ada orang menggugat syariat atau hukum-hakam  Allah. Terutama orang liberal seperti katanya hukum potong tangan, rajam , jilbab  itu tidak sesuai dengan zaman  sekarang. Ini adalah ucapan kufur. Kerana menggugat hukum yang dibuat oleh Allah. Sedangkan  tidak ada hukum yang lebih baik dari hukum Allah.   Dalilnya:

         Allah cabar jika ada hukum yang lebih baik dari Allah, sila tunjukkan . Hukum Allah adalah yang  paling adil, yang paling maslahat kerana Dia yang tahu mengenai hambaNya.

     Pembatal Islam yang kelima ialah,


5) Barangsiapa yang membenci apa yang dibawa oleh rasul s.a.w walau ia mengamalkannya, maka terbatal Islamnya.

     Yang dibawa oleh nabi itu ada 2  iaitu al quran dan as sunnah. 

    Dalilnya  Allah berfirman dalam surah Muhammad :9 ,


         Jadi kewajipan kita ialah mencintai alquran  dan sunnah nabi s.a.w bukan  membencinya. Bukan menolaknya, bukan mengingkari nya tetapi mengamalkannya . Sebab orang munafik kadang mengamal- kan sunnah tapi ia membencinya. Walau nampak ia puasa, ia solat tapi amal-amal itu tiada menafaatnya. 
       
     Jadi jika dia membenci al quran dan sunnah maka ia kafir. Kerana yang membenci kedua-duanya itu ialah orang kafir dan orang-orang munafik. Ia berlaku macam orang Islam tapi hakikatnya ia benci Islam Maka sebab itu,  Allah katakan,


    Kerana ia menipu Allah swt maka tempatnya lebih buruk dari orang kafir. 

      Jadi,  apa saja yang dibawa oleh nabi, ambillah. Jangan dipilih-pilih  antara quran dan hadis. Juga jangan dipilih-pilih antara hadis mutawatir dan hadis ahad. Padahal hadis ahad juga diterima bila ia sahih. Inilah manhaj ahli hadis, tetapi ditolak oleh ahli falsafah. Pemikiran falsafah ini tak dikenal pada zaman nabi s.a.w . Jika benar teori ahad mereka , maka sila datangkan  dalil yang mutawatir mengenainya. Tetapi tidak ada.

       Pembatal Islam yang ke enam ialah,


6) Barangsiapa memburuk-buruk kan, menghina agama Allah atau pahalanya atau iqabnya, maka batal Islamnya.
(Iqab = siksaan)

Dalilnya ialah, 

        Ayat ini memberi beberapa faedah, iaitu:
1. Kita wajib mengagungkan Allah,  tak boleh memperolok-olokkanNya. Siapa mengolok-olokkan Allah maka dia kafir. Seperti katanya, 'Tuhan sudah membusuk'.   Ini kalimat kufur. Atau katanya , 'Anjingku akbar '  menggantikan 'Allahu akbar'. Atau menulis kalimat Allah di kerusi, di kasut dan sebagainya . Ini termasuk memperolok-olokkan Allah.
          
2. Ayat-ayat al quran tidak boleh diperolok-olokkan. Seperti mengatakan al quran itu buatan Muhammad, kandungannya perlu dibaiki, ia ayat-ayat dongeng, maka ucapan seperti ini membawa kepada kufur. Atau mengatakan al quran itu tidak asli seperti dakwaan orang syiah. 

       Juga sengaja  mengatakan hukum-hikum Islam tidak adil, kejam, seperti katanya poligami itu menzalimi wanita. Padahal Allah itu bukan zalim. Hingga ada surah an Nissa' sebagai penghormatan kepada wanita. 

3. Tidak boleh mengolok-olok nabi. Siapa yang mengolok-olok nabi Muhammad s.a.w maka ia kafir.  Seperti katanya nabi itu teroris, pemuas nafsu, dilukis-lukis dengan karikatur ,  maka itu kekufuran. Atau menghina sunnah nabi seperti katanya berjanggut itu kebodohan, atau lain-lainnya.  

   Pembatal Islam yang ke tujuh ialah,


7)  Sihir atau sorof (memalingkan) atau ilmu pengasih. Siapa yang melakukannya atau redha dengannya maka ia jatuh kafir. 

   Dalilnya pada surah  al Baqarah : 102,

       Maka, mempelajari sihir dan mempraktikkannya adalah kekufuran. Tapi, ada orang yang belajar sihir, ada daurahnya, seperti mentransfer ilmu batin/ dalaman. 
Sebab itu muncul dukun yang  dipanggil ustaz, jubahnya putih, kopiahnya putih  dengan tasbih panjang di tangan yang mengajarkan hal-hal  yang ajaib dan kebatinan. Kita jangan tertipu dengannya. 

    Sabda nabi s.a.w,

   'Tinggalkanlah tujuh dosa besar yang dapat membinasakan. Para sahabat bertanya, 'Apakah itu ya Rasulullah?' Nabi SAW menjawab:

    1) Syirik (menyekutukan Allah), 2) berbuat sihir (tenung), 3) membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, 4) makan harta riba, 5) makan harta anak yatim, 6) melarikan diri dari medan perang, 7) dan menuduh zina wanita mukminah yang baik.'"
( HR: Bukhari)

       Pembatal  Islam yang ke lapan ialah,


8)    Menolong orang-orang musyrik menghancurkan umat Islam atau membunuh umat Islam 

  Dalilnya di firman Allah swt,

       Iaitu Allah melarang atau mengharamkan  mengangkat yahudi dan nasrani sebagai orang yang diikuti. Siapa yang cinta mereka, ia termasuk golongan mereka. Iaitu orang yang diazab. 

       Yang paling selalu berbuat seperti ini ialah orang syiah. Kata ibnu Taimiyah, " Tidaklah masuk orang syiah kesesuatu negeri kecuali ia bersama orang kafir membantai orang Islam. " Buktinya terjadi di Syrja, Lebanon, Yaman dan Iraq. Ia meminta bantuan dari orang kafir. Sepert dari Russia di Syria dan dari Amerika di Iraq. Kerana syiah adalah pengkhianat sepanjang zaman. 

     Pembatal Islam yang ke sembilan ialah,

9)  Meyakini bahawa sebahagian manusia boleh keluar dari syariat nabi Muhammad s.a.w seperti Khidir keluar dari syariat Musa a.s.  Siapa yang ada keyakinan seperti ini maka ia kafir.

     Ini biasanya ada di kalangan ahli sufi yang sesat. Iaitu bila ia sampai tingkat tertentu, yang haram boleh halal kepadanya dan yang halal boleh jadi haram kepadanya. Kononnya ia sudah bersatu dengan  tuhan. Maka tak perlu berbadah lagi. 

    Tapi Allah berfirman dalam surah al Hijr: 99,


       Sampai datang keyakinan itu maksudnya datangnya kematian kerana kematian  itu adalah suatu yang diyakini datangnya. Tapi para sufi itu memahaminya bahawa itu maksudnya  bila ia sudah sampai peringkat hakikat dengan tuhan. Mereka memakai tasawuf disertakan dengan falsafah. Maka jadilah mereka kafir. 

       Pemikiran ini bahaya sebab ia menyesatkan. Sedangkan  nabi Muhammad s.a.w seorang nabi, seorang rasul pun beribadah, solat hingga akhir hayat, mereka pula sebaliknya. 

   Pembatal Islam yang kesepuluh ialah ,

10)  Berpaling dari agama Allah bila ia diingatkan dengan ayat-ayat Allah.  Tidak mahu belajar dan tidak mahu mengamalkannya. 

Dalilnya surah  al Kahfi,

         Iaitu bila ia diingatkan dengan  ayat-ayat Allah, lalu ia berpaling,  ia tak mahu pelajari.  Sedangkan ilmu itu ada yang wajib dipelajari seperti ilmu tauhid. Jika seseorang tidak mahu belajar tauhid , benci kepada tauhid, iaitu benci kepada mengenal tuhan yang benar,  maka ia satu kekufuran. 


       Tidak ada perbezaan di antara semua pembatal-pembatal ini,  samada  jika orang itu main-main atau serius, atau orang yang takut , kecuali orang yang terpaksa. Dimana mulutnya keluar kata kufur secara paksa, tetapi hatinya tidak mengakui , maka itu terkecuali.  Ia tidak jatuh kufur.  

       Dalam hal kekufuran , main- main pun tidak boleh. Atau berlakon , seperti  ia berlakon menjadi firaun, yang berkata, "Aku tuhanmu yang paling tinggi"   itu tidak boleh. 

    Semua 10 pembatal ini adalah yang paling bahaya . Dan paling sering terjadi dalam kehidupan kita. Sebab itu 10 hal ini dipilh sedangkan  pembatal Islam itu ada banyak lagi. Oleh itu setiap muslim harus berhati-hati dan takut jika terjerumus ke dalamnya. Seperti takutnya nabi Ibrahim a. s dari kekufuran. 

     Kita bermohon dari Allah supaya dijauhkan  dari kekufuran dan dari azab Allah. 

Semoga bermenafaat.


Dari kuliah Us. Yusuf Abu Ubaidah
Klang.
11/8/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...