Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Ramai orang menuduh ada satu golongan yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk. Iaitu apabila ia mengambil perkataan sifat Allah seperti tangan Allah , Allah di atas, Allah turun dan lain-lainya secara tekstual. Hingga menyesatkan golongan itu. Saya ingin mengemukakan satu petikan dari kitab Imam al Ghazali, 'Iljam al-Awaam an Ilm al-Kalam' (1), yang telah diterjemah bertajuk Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam. Di dalam kitab tersebut Al Ghazali menyebutkan, sekali ada orang bertanya kepadanya: Soalan: Kenapa al quran dan sunnah memberi gambaran bahawa tuhan itu seolah-olah sama dengan makhluk ( tasybih) ? Jawaban al Ghazali: Ada dua sebab: 1. Jika digunakan perkataan-perkataan detail falsafah, itu akan me...