Langkau ke kandungan utama

206) APA PENDAPAT IMAM AL GHAZALI MENGENAI TASYBIH?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,


      Ramai orang menuduh ada satu golongan yang menyamakan sifat  Allah dengan sifat makhluk. Iaitu apabila ia mengambil perkataan sifat Allah seperti tangan Allah , Allah di atas, Allah turun   dan lain-lainya secara tekstual. Hingga menyesatkan  golongan itu. 

    Saya ingin mengemukakan satu petikan dari kitab  Imam al Ghazali,  'Iljam al-Awaam an Ilm al-Kalam' (1), yang telah diterjemah bertajuk Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam.


      Di dalam kitab    tersebut Al Ghazali menyebutkan, sekali ada orang bertanya kepadanya:

Soalan:  
       Kenapa al quran    dan sunnah memberi gambaran bahawa tuhan itu seolah-olah  sama dengan makhluk ( tasybih) ?

Jawaban al Ghazali:
        
Ada dua sebab:
1.     Jika digunakan perkataan-perkataan detail falsafah, itu akan menyebabkan ramai orang melakukan 'ta'til' ( 2). 

     Akibatnya,    sebaik saja anda masuk ke dalam lautan falsafah , berenang-renang    di dalamnya , anda tak dapat keluar lagi.

2.  Mengubati penyakit 'tasybih'(3) itu lebih     mudah daripada mengubati penyakit ta'til. 

      Jika anda   masuk ke dalam falsafah, anda akan  tenggelam di dalamnya,     tetapi mengubati penyakit tasybih itu  mudah. Bagaimana? 

     Iaitu lah anda tahu dan beriman dengan ayat ini  (asy Syura: 11)

Iaitu ertinya , ' Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Nya.'

     Apabila anda tanamkan di minda mu iaitu Allah tak sama dengan sesiapapun,  itu ubat yang paling mujarab     mengubati penyakit tasybih. Kalau anda yakini begini, selesailah masalah tasybih anda.

       Itu lebih    mudah daripada mengubati penyakit ta'til.  Itulah jawaban dari orang yang bergelar Hujjatul Islam.


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Us. Salman Ali.
Klang.
7/11/24


Keterangan:
      
(1)   Riwayat sahih menyatakan, beliau menyiapkan karangan kitab ini dua minggu sebelum wafat. Dalam buku ini, Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali mencerakinkan kebaikan, tetapi juga pintu-pintu kekacauan dalam ilmu kalam. Ditanggapi sebagai salah satu kitab pentingnya, buku ini berisi penghujahan sekitar ilmu kalam dan tegahan ke atasnya.


(2)  Menafikan pendalilan nash-nash dari Al Qur’an dan As Sunnah yang sesuai dengan maksud nash tersebut. Seperti menafikan kesempurnaan Allah Ta’ala atau menafikan sifat-Nya.

(3)    Menyamakan    Allah SWT dengan makhluk sama ada daripada satu sudut daripada sudut penyerupaan dengan makhluk ataupun daripada semua (segenap) sudut.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...