Langkau ke kandungan utama

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


        Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.

       Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,


         Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan masuk neraka tapi mereka buat juga. 
     
        Jadi, kita fikir secara logik. Manusia takut panas di dunia tetapi kenapa tak takut panas di akhirat? Ada sesiapa yang boleh berjemur di bawah panas matahari selama 3 jam? Tidak ada yang tahan. Maka salah satu hikmah Allah jadikan api di dunia ini ialah supaya diambil pengajaran dari panasnya api. Kita tak boleh tahan kalau letak api di tapak tangan, maka kenapa manusia tak ambil pengajaran dengan panasnya api neraka itu yang 69 kali ganda panasnya?  Oleh itu,  jika kita takut api di dunia, lalu kita patut lebih takut api di akhirat. 

      Sebab itu Allah perintahkan kepada orang beriman khususnya ibubapa dengan firmanNya,

           Allah suruh kita jaga diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Yang bahan bakarnya ialah batu-batu. Bahan bakar kita di dunia samada  kayu,  daun, minyak atau gas. Tetapi di akhirat nanti bahannya ialab batu ! Di dunia ini batu tidak terbakar bila dipanaskan tetapi di akhirat batu terbakar. Ini menunjukkan panasnya api  di sana yang mana jika batu pun boleh terbakar,  kalau badan manusia, maka habis hangus terbakar. 

     Jadi,  Allah kata jagalah diri kamu  , anak-anak kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah batu-batu  dan batang tubuh manusia. Kemudian Allah kata lagi,  bukan itu saja, tetapi,


       Iaitu neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar. Allah telah cabut rasa rahmat dalan hati para malikat yang menjaga neraka itu. Maknanya kalau malaikat itu belasah manusia waktu  pagi, petang dan malam, esok dia belasah lagi, belasah lagi,  tanpa ada rasa belas kasihan .  Sebab Allah sudah  cabut rasa rahmat dari hatinya. 

Selamatkan keluarga

      Jadi, ibu bapa khususnya kita kena fikir, apa yang boleh  selamatkan keluarga kita dari neraka. Untuk selamatkan anak kita dari musibah di dunia , macam-macam ibubapa buat. Nak berjaya di dunia sanggup ibubapa hantar anak , pagi kesekolah,  petang jemput pula atau upah orang jemput.. Bukan  6 hari tapi 6 tahun. Kemudian sambung pula ke sekolah menengah 5 tahun. Kemudian masuk universiti pula. Tak cukup duit , pergi berhutang untuk  nak pastikan  anak nya hidup bahagia di dunia.  Macam-macam usaha  dibuat, sekian  banyak kos dia habiskan hanya untuk pastikan  anak dia selamat di dunia. 

         Tapi cuba tanya diri kita, apa kita buat untuk selamatkan  diri kita dan keluarga kita dari api neraka?  Di dunia ini sesusah manapun , bila  umur 6o, 70 tahun matilah kita.  Sabda nabi s.a.w,

      Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 

أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]

         Susah kah, miskin kah, menderita kah, bila mati saja habislah penderitaan itu. Tetapi kalau kena bakar dengan  api neraka, bukan 60 tahun atau 6000 tahun  tapi selama-lamanya. Kekal selama-lamanya.

      Untuk anak kita senang di dunia 6o tahun, kita sanggup habiskan masa, tenaga dan duit, maka kenapa kita tak sanggup habiskan masa,tenaga dan  duit untuk  selamatkan mereka dari neraka, bukan  60 tahun tapi selama-lamanya. 


Bagaimana?

      Jadi,  bagaimana kita nak selamatkan  diri kita dan  keluarga kita dari  api neraka yang sangat panas itu? Untuk selamatkan anak kita di dunia, kita bagi dia sekolah setinggi-tingginya, tapi itu pun belum tentu . Ada juga yang jadi penganggur. Tapi ibubapa sanggup buat apa saja. Itulah proses nak selamatkan anak kita
dari kesusahan  di dunia. Tapi apa yang patut kita lakukan   untuk selamatkan diri dan keluarga kita dari musibah di akhirat nanti?

         Hanya satu saja, iaitu belajar al quran , fahamkan dan ikut ajarannya. Selamatlah kita dari azab di akhirat.  Bukan di akhirat sahaja  kita selamat tetapi di dunia juga kita selamat jika kita hidup berpandukan alquran. 

      Cuba kita bayangkan kita hidup di dunia ini tapi sentiasa buat salah. Ponteng kerja, balik awal, anak-anak ponteng sekolah, selamat tak kita? Tentu tidak. Sebulan dua bulan kena pecatlah.  Maknanya , untuk  selamat di dunia pun kena ikut peraturan manusia, maka jika kita langgar saja peraturan Allah di dunia, bolehkah kita selamat di akhirat?  Tak mungkin!


Peraturan Allah

      Maka , sama juga untuk selamat di akhirat kena ikut peraturan Allah sebab syurga itu milik  Allah. Jadi, proses untuk selamatkan  kita dan keluarga kita di akhirat ialah dengan  ikut  peraturan Allah. Dan tak mungkin kita dapat  ikut peraturan Allah melainkan kita faham apa yang ada dalam Al quran.   Yang Allah perintah,  kita kena  faham dan kita ikut. Yang Allah larang,  kita faham dan kita jauhi. Selamat lah kita. Walaupun mungkin anak kita tak berjaya di dunia tapi yang penting hidup yang kekal abadi anak kita selamat. Dapat  duduk dalam syurga. 


     Apa makna anak  kita berjaya di dunia, jika di dalam kubur pun ia  tak selamat dari  menjadi lubang neraka. Minta dijauhkan. Jadi biarlah anak kita selamat di dunia  dan lebih-lebih lagi di akhirat anak kita selamat. Kita bantu anak kita supaya kuburnya nanti jadi taman-taman syurga. 


Mati tak menentu

        Mati tak menentu,  kita dengar setiap hari ada orang mati. Ada yang mati tua sebab sakit , ada yang mati muda sebab accident , ada yang  mati remaja. Ambil pengajaran dari mereka yang mati kerana nahas  langgar helikopter yang lepas, ada 10 orang. Umur mereka semua bawah 40 tahun. Semua muda-muda. Semasa naik helikopter itu mereka tak tau yang mereka akan mati.  Allah cabut nyawa 10 orang sekaligus ,  semua yang muda-muda. Anak-anak masih kecil. Ada cita-cita nak beli rumah tapi  tak sempat.  Ada cita-cita nak pindah ke semenanjung tapi tak sempat. 

       Cuba bayangkan jika kita yang ada dalam helikopter itu,  umur 40  tahun, amalan tak seberapa,  bagaimana nasib kita dalam kubur. Sebab selama 40 tahun itu kita banyak kejar dunia saja, tak sempat beramal soleh, solat pun belum tentu khusyu' dan  belum tentu diterima. Quran yang dibaca pun tak faham. Tiba-tiba umur 4o tahun  mati. Cuba bayangkan ,  kita nak jawab apa dalam kubur?

Nikmat umur

      Jadi, jika  Allah masih panjangkan  umur kita , kita patut syukur, Allah masih sayang kita dengan beri  peluang  belajar sedikit  sebanyak kandungan al quran . Itu satu nikmat yang terbesar.  Sebab, walaupun kita atau anak kita belajar di tempat yang murah , manakala  ada orang belajar di tempat  yang mahal,   bukan tempat , bukan guru yang akan  selamat kan kita di akhirat nanti . Tapi yang akan  selamatkan  anak kita di alam kubur dan di  akhirat ialah apa yang ia belajar dan amal. 

         Kalau belajar di sekolah,  anak kita belajar sains,matematik dan lain-lain itu belum tentu anak kita selamat. Tapi walau belajar dalam kabin, contohnya   tapi anak kita belajar hingga faham agama, tahu nilai dunia berbanding akhirat, anak kita taat perintah Allah, maka pelajarannya itu menyelamatkan kita dan  anak kita. 


Pelajari al quran

          Jadi , jangan pandang remeh belajar al quran . Kerana ada orang menganggap belajar  quran itu hanya sampingan . Sekadar nak betulkan bacaan dan khatam, habis. Sebenarnya belum habis. Kalau baru baca quran, betulkan bacaan, itu baru tadika. Kita kalau hantar anak ke tadika, habis tadika kalau kita tak hantar kesekolah rendah,  adakàh ibubapa buat macam itu? Tidak. Selepas tadika kita hantar ke sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah. Kenapa?

          Iaitu sebagai proses anak kita jadi pandai membaca dan menulis. Dan seterusnya supaya anak kita dapat ilmu. Kalau setakat tadika itu belum dapat ilmu lagi. Maka kita wajibkan hantar anak ke sekolah. Sebab itu kita sambung anak kita belajar.

        Tapi bila belajar quran, kita belajar baca, betulkan bacaan dan khatam quran. Lepas itu kita tutup quran.  Adakah kita sudah faham isinya dan  dapat ilmu? Kenapa orang kita belajar quran  sampai khatam saja? Sedangkan bila belajar sains, bila masuk tadika kita tak berhenti, sambung lagi sebab  ilmu belum cukup. Tapi bila belajar quran , bila sudah khatam, kita tutup quran. Maka  kena betulkan cara kita  berfikir.

        Yang akan  selamatkan kita bukan dengan baca quran  dengan betul. Kita selamat bila kita faham  quran dan  kita ikut.  Sebab itu Allah sebut dalam quran,

       Allah kata siapa yang ikut petunjuk Nya, iaitu al quran, Allah tak kata siapa yang baca, siapa yang khatam, siapa yang tarannum, tetapi yang ikut petunjuk dari al quran. Allah jamin dia tak akan sesat dan hidupnya tidak akan celaka.  Allah bagi jaminan dengan  syarat  ikut apa kata al quran. 

         Orang kita bila dengan al quran ini tugasnya  ialah baca, khatam,  lagukan , tutup dan   simpan baik-baik.  Tiba ramadhan lagi baru buka balik. 


Tak rasa bersalah

         Tidak ada satu buku pun  yang kita baca tapi kita tak faham maknanya, kecuali al quran. Sedangkan isi al quran itu adalah isi yang paling penting, yang nak pimpin kita kesyurga.Tapi masyarakat kita lain. Sebab mungkin dari kecil sudah diajar begitu. Baca quran wajib betulkan bacaan, kalau tidak, maka berdosa. Tapi jarang orang mengajar kalau tak faham dan tak ikut, dosanya 10 kali ganda.  Sebab itu bila anak kita tak faham isi al quran,  kita tak rasa bersalah.

        Tapi cuba anak kita belajar matematik tapi tak faham-faham. Kita sedih kah atau  happy?   Kita sedih, tambah pula kalau  cikgu kata anak kita lembap. Kita sedih tak terkira. 

           Tapi bila  kita hantar anak kita belajar quran, tapi apa pun dia tak faham isinya, kita sedikit pun tak rasa bersalah. Matematik untuk dapat dunia kita sedih, tapi quran untuk selamat di akhirat kekal abadi, kita tak sedih pun walau sedikit.


     Kalau kita buka waze, kalau  kita buka dalam bahasa yang kita tidak faham, kita akan  sesat. Jadi kita kita ubah supaya pakai bahasa yang kita faham supaya tak sesat di jalan dan sampai ke destinasi. Nak sampai destinasi di dunia ini pun kita buka waze yang kita faham, ini kan pula untuk sampai destinasi akhirat kita tak faham panduannya? Al quran itu panduan ke syurga , tapi kita tak faham, walaupun umur dah nak sampai ke penghujung.  Jadi, tukar cara fikir kita, buatlah anjakan paradigma. 


Beramal soleh

        Bila? Bila kita akan betul-betul akan  sedar bahawa amal kita kurang dan  ruginya tak faham al quran?  Iaitu bila sudah meninggal. Allah berfirman,



          Keadaan orang yang mati samada ia orang beriman atau tidak beriman  semua nya meminta kepada  Allah supaya memberi sedikit masa untuk kembali beramal soleh di dunia. Kenapa? Kerana di masa itu baru ia betul-betul yakin bahawa yang boleh selamatkan dia masa itu ialah amal soleh. Yang dulu dia abaikan , yang dulu dia malas nak buat. 
       
        Dulu dia sibuk cari harta, tengok-tengok harta itu tak dapat bantu dia dalam kubur. Firman Allah ,


            Kecuali mereka yang betul-betul bersih hatinya semasa di dunia. Betul-betul cintakan Allah, susah macamana pun dia tetap solat, susah pun dia tutup aurat, susah pun dia tak sanggup buat dosa, susah pun dia tak bergantung pada orang.

         Orang yang macam ini di akhirat nanti ia selamat. Dan tak mungkin dia boleh tahan susah, sentiasa menjaga kebersihan hatinya melainkan ia telah baca dan faham al quran. 

Tanggungjawab

       Jadi tanggung jawab kita adalah untuk selamatkan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita seramai mungkin.  Itulah apa yang nabi s.a.w suruh kepada kita. Kerana nabi tahu selepas melihat keadaan  neraka semasa beliau isra' dan mikraj.'  Keadaan neraka amat mengeri kan. Nabi sangat sedih bia melihat manusia tak mahu beriman. Sehingga nabi mengadu kepada Allah,



         Nabi tidak sedih jika umatnya miskin, susah. Tetapi yang menyedihkan nabi ialah bila umatnya meninggalkan al quran. Maksudnya mereka baca tapi tak faham, kemudian simpan.  Sebab nabi tahu nasib mereka di akhirat nanti jika ia tak ikut al quran. 

      Jadi, usahakan lah untuk memahami al quran dengan apa saja cara yang termampu oleh kita. Sehingga bila kita berhadapan  dengan Allah nanti, kita sudah ada jawapan yang dapat membantu kita. 


Semoga bermenafaat.



Dari tazkirah Ust. AMAR,
Klang.
12/5/24


      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem