Langkau ke kandungan utama

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,



      Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46

         Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,

    Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.' 
(HR: Tirmizi dan ibn Hibban)

       Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya. 


Tugas ibubapa

      Maka tugas ibubapa bukan  sahaja memberi makan dan minum, menguatkan  fizikal anak sahaja  tetapi tugas yang penting bagi ibubapa adalah mendidik anak-anak itu menjadi anak yang soleh, yang bertaqwa kepada Allah . Jika hanya memberi makan, haiwan pun mungkin lebih pandai dari manusia.

      Oleh kerana itu kita harus berjuang dalam mendidik anak-anak. Di zaman  ini mendidik anak-anak bukanlah perkara yang ringan bahkan amat berat. Kerana kondisi yang melingkungi anak-anak sekarang.  Anak-anak mudah terpengaruh.  Keluarganya boleh mempengaruhinya, teman-teman  mempengaruhinya dan lingkungan akan  mempengaruhinya. Maka mendidik anak harus lebih serius lagi.


Kisah Luqman al Hakim

       Kita akan  mengambil kisah Luqman al hakim dalam mendidik anaknya untuk dijadikan panduan.  Firman Allah  dalam surah Luqman:12,


        Dinyatakan oleh para ulama, Luqman ini adalah orang kulit hitam, bibirnya tebal, tapak kakinya yang tebal dan pecah-pecah  menunjukkan  ia seorang orang biasa yang bekerja biasa-biasa  saja. Ini menunjukkan untuk mendidik anak tidak semestinya menjadi seorang ustaz.   Bahkan betapa banyak orang yang bukan  ustaz berjaya mendidik  anak-anaknya berbanding seorang ustaz. Siapa saja yang bersungguh-sungguh
akan  dimudahkan oleh Allah swt. 

        Luqman dikurniakan hikmah oleh Allah iaitu ilmu dan amal. Allah ingatkan supaya bersyukur bila mendapat nikmat. Kerana kebaikan dari syukur kita  itu adalah kepada diri kita sendiri. Inilah juga kita ingatkan kepada anak-anak supaya bersyukur kerana kebaikannya diri kita sendiri  juga yang dapàt. 

Bukan untuk Allah

      Syukur kita bukan untuk Allah tetapi untuk diri sendiri. Kerana Allah itu maha Terpuji dan maha Kaya dan tak perlukan apa-apa  dari hambaNya. Oleh itu kita katakan  kepada anak jika dia bertaqwa, beribadah, berbuat baik ,itu untuk dirinya sendiri. Katakan kepada  anak, Jika dia tak mahu berbuat baik , tidak mahu berjuang, yang susah adalah dirinya sendiri. Oleh itu masa depannya di dunia mahupun di akhirat  ,ditentukan oleh dirinya sendiri dengan izin Allah.

     Sebaliknya jika orang yang kafir kepada Allah, itu tak menjejaskan  kemuliaan dan  kekayaan Allah. Walaupun jika manusia semuanya seperti firaun, itu tak menjejaskan  kemuliaan dan kekuasaan Allah swt. 



Diulang-ulang

     Bersyukur itu perlu diulang-ulang kerana nikmat yang Allah beri itu berulang-ulang  atau banyak kali. Sebab itu nabi menyuruh kita solat dhuha tiap hari untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri. Sabda nabi, 

    “Pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah. Maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir adalah sedekah. Begitu juga amar ma’ruf (memerintahkan kepada ketaatan) dan nahi mungkar     (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” (HR. Muslim no. 1704)

        Oleh itu jika anak merasa kurang itu dan ini, kita ingatkan ada orang yang lebih susah lagi. Dan ingatkan ia tentang kebaikan atau barang-barang  yang  ia ada. Dan ingatkan  ia supaya bersyukur dengan nikmat, kemudahan yang ia ada. Firiman  Allah dalam At takasur:8,

       Semua kemudahan, itu nikmat dari Allah yang akan  ditanya nanti. Ramai lagi orang yang tidak mendapat seperti yang kita dapat. Oleh itu wajib bersyukur kepada Allah. Ini bukan saja kepada anak-anak  tetapi juga diri  kita sendiri. Ingat masa lalu kita bagaimana. Lalu kini hidup kita lebih senang dan berhasil . Itu semua nikmat dari Allah yang akan ditanya.


Nasihat Luqman
         
       Kemudian, nasihat Luqman yang pertama kepada anaknya seperti dalam Al Kahfi:13,


         Dalam mendidik anak, dengan kita menghantarnya ke sekolah atau tempat-tempat pengajian, samada yang mahal, terpilih  atau yang biasa, itu tidak cukup sebenarnya. Kita mesti  ada keseriusan dalam memberi peringatan yang baik dan pengajaran balasan yang buruk. Mesti ada  dari hati ke hati.  Jadi,  apa nasihat Luqman yang terawal kepada anaknya?


1) Jangan mensyirikkan/ mempersekutu kan Allah

Allah memerintahkan, 




      Yang pertama nasihat Luqman kepada anaknya ialah jangan mensyirikkan Allah. Jika diberi makna yang luas, iaitu juga jangan bergantung kepada manusia, kepada sebab , dalam hal-hal  yang kita hadapi.  Sentiasa berdoa kepada Allah, bertawakal kepada Allah dalam apa juga keadaan. Jangan minta perhatian atau pujian  dari manusia,   jangan riya',  jangan berpura-pura  dalam beramal. 

      Jika kita katakan jangan syirik itu hanya jangan meminta-minta di kuburan, menyembah berhala, dan  sebagainya, maka itu tidak cukup. Sebab syirik itu lebih luas lagi. Kerana bukan saja syiriik besar, syirik kecil juga harus dihindari. 
         
     Ajarkan anak-anak bila ada apa-apa, berdoa dan bergantung kepada Allah. . Katakan , 'Kau berdoa nanti ayah bantu dari belakang. '



Tanamkan tauhid

     Jadi, tanamkan tauhid ini sejak kecil. Itulah maksud ' Jangan mensyirikkan Allah'. Syirik itu luas. Siapa yang bergantung kepada sebab itu syirik.  Tawakkal itu amalan  hati. Walaupun kita berusaha , bekerja, mewujudkan  sebab, tapi hati mesti bergantung kepada Allah swt sahaja.  

       Kenapa syirik itu dilarang? Terangkan kepada anak-anak  apa sebabnya. Jika tak diterangkan bermakna ia hanya taqlid saja. Sampai satu masa ia melogikkan hal itu maka ia lepas dari mengikut taqlid itu . Jadi,  perlu dijelaskan. 

      Kenapa syirik itu dilarang? Kerana ia satu kezaliman yang besar. Maksudnya , Allah saja yang patut disembah kerana Ia mencipta segalanya, Ia yang memiliki segalanya, Ia menghidup dan mematikan. Bila kita memohon kepada selain Allah seperti kepada mayat di dalam kubur, kepada wali-wali keramat, kepada malaikat dan selainnya, maka itu merendahkan Allah swt. Maka itu satu kezaliman kerana menyamakan  martabat Allah dengan  makhluk-makhluk yang serba kekurangan. 

     Jadi, selagi anak itu boleh memahami, kita beritahu sebabnya. . Lainlah jika anak itu bercakap pun belum pandai, tak perlu diberitahu sebabnya. Bagi anak yang sudah faham bahasa, maka berikan sebabnya. 

     Itulah tahap pertama dalam mendidik anak. Anak yang masih kecil, hati mereka masih kosong, maka senang untuk kita mendoktrinkan  tauhid ke dalam dirinya. Orang dewasa fikirannya sudah banyak. Kita kata begini dia pusing begitu. 

        Yang kedua,  nasihat Luqman kepada anaknya ialah,


2)  Berbuat baik kepada ibubapa.

         Firman Allah dalam al Kahfi:13,


  
             Al walid ( biwalidihi)  itu ialah ibu dan bapa kandung seseorang. Bukan ia dikiaskan kepada bapa  atau ibu angkat, datuk, nenek dan seterusnya. Tetapi khusus kepada ibu bapa biologi seseorang. 

      Allah khususkan hal kesulitan seorang ibu dalam ayat di atas kerana apa? Kerana ia satu hal yang biasa  dilupakan , ia hal yang tak dilihat oleh seorang anak tentangnya kerana ia masih dalam kandungan ibu. Tapi kesusahan ayah, dapat kita lihat semasa kita sudah besar,  kita lihat di depan mata kita. Begitu juga kebaikan dari ayah, ia belikan itu dan ini. Tetapi kebaikan seorang ibu yang paling berat  kita tak dapat melihatnya, iaitu ketika mengandungkan kita. Begitu juga menyusui , kita tidak ingat kerana masih kecil. Kerana itu, Allah ingatkan kebaikan ibu ini secara khusus.  Tetapi kebaikan ayah dapat  dilihat.

         Yang kedua kenapa Allah khususkan kesulitan ibu dalam surah ini, ialah kerana potensi kederhakaan anak kepada ibu lebih besar daripada kepada sang ayah. Kalau anak meninggi suara kepada ayah, kemungkinan ditampar oleh ayahnya. Tetapi dengsn ibu,  ibu hanya mungkin nengalah, diam saja. Jadi potensi derhaka kepada ibu itu lebih besar.


Tiga kesulitan ibu

     Tiga kesulitan yang ditanggung oleh ibu iaitu mengandung, melahirkan dan menyusui anaknya. Menyusu itu kadang memeritkan, anak mengambil gizi dari ibunya, hingga membuat  gizi ibunya tidak cukup . Di waktu dalam perut ibu ,  anak itu dalam  keadaan lemah sekali. Ingat kata-kata Allah,

        Iaitu nanusia itu dijadikan dari air yang hina. Bila sudah besar, kuat , berjawatan dan ada gelaran, ada manusia sombong dan lupa diri. 

    Oleh itu bersyukurlah kepada Allah dan kepada ibubapa. Ini menunjukkan syukur kepada ibubapa tanda syukur kepada Allah, ini Allah yang perintahkan. Allahlah yang memberi kita dua ibubapa, dari mereka kita dilahirkan,  maka Allah suruh kita bersyukur kepadanya.  Benarlah kata nabi,

     “Barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, berarti tidak bersyukur kepada Allah,” 

(H.R Ahmad dan Baihaqi).

       Seburuk-buruk orang yang tidak berterima kasih ialah yang tidak berterima kasih kepada kedua ibubapa nya. Jangan bergaul dengan orang yang tidak bersyukur kepada orangtuanya kerana ia tidak akan berterima kasih pula kepada kita. Ia bergaul hanya kerana ada kepentingan dan suatu masa ia akan lupa kebaikan kita.

        Kita semua akan  dikembalikan kepada Allah. Untuk dihisab termasuk perbuatan kita kepada dua ibubapa kita. 
        
      Jika anak mengadu kepada ibunya tentang ayahnya, maka siibu ingatkan anaknya itu tentang kebaikan ayahnya, kesusahan ayahnya dalam membesarkan dia. Begitu juga bila sianak mengadu kepada ayah tentang ibunya, maka ayah hendaklah ingatkan  anaknya tentang kebaikan si ibu, kesusahan  yang ia alami dalam membesarkannya. 

       Tidak mengapa si ayah atau ibu mengingatkan anaknya tentang jasa-jasa mereka kepada si anak. Ini bukan dosa seperti mengungkit pemberian. Ini untuk mengingatkan si anak supaya ia tak terjerumus dalam dosa derhaka kepada ibubapa. Yang sebaiknya si ayah mengingatkan kebaikan ibunya dan si ibu mengingatkan kebaikan ayah supaya anak tidak lupa. 

      Dan Allah ingatkan lagi kepada manusia jika kedua ibubapa mengajak si anak berbuat syirik kepada Allah, apa tanggungjawab si anak?


         Jikalau kedua ibubapa berada di puncak kezaliman iaitu ia syirik kepada Allah dan mengajak anaknya pula kepada syirik,   sebagaimana yang dilakukan oleh ibu Saad b Abi Waqas, maka tidak boleh taat kepadanya dalam  hal ini. Tetapi si anak tetap lah berbuat baik, dalam bergaul dan dalam bertutur kepada kedua ibubapanya. Tidak boleh berkata kasar dan kesat. Itu wajib.

     Tapi kalau bukan ibubapa, maka tidak wajib berbuat baik kepada mereka yang mengajak kepada syirik. 

      Tapi jika kedua ibubapa yang kejahatannya  tidak sampai darjat syirik , seperti minum khamr, judi dan sebagainya,  maka lebih tetap perlu berbuat baik kepada keduanya. Dan sebaik-baik bakti adalah mendakwahi mereka kepada kebaikan. 

       Ini juga mengajar kita supaya mengajar kepada anak kita supaya tegas dalam hal syirik. Walau apa pun bentuk nya. Seperti memakai azimat, memakai tangkal  pergi ke dukun dan selainnya.  Kepada orangtua saja seorang anak tidak boleh taat jika mengajak kepada syirik apalagi jika orang lain.  Seperti dengan kawan, dengan jiran,   dengan orang atasan, maka lebih lagi tidak boleh taat atau bersamanya dalam berbuat syirik. 

    Dan Allah berkata lagi,

            Di antara cara untuk istiqamah ialah dengan menunjukkan anak kepada jalan yang baik. Seperti mengajak dia  ke pengajian,   kenalkan kepada orang-orang soleh,  itulah jalan orang yang kembali kepada Allah,  jalan baik yang harus diikuti. 

      Tapi zaman ini ibubapa kenalkan anak -anak kepada orang-orang yang tidak baik, seperti artis, pemain bola , pelakon dan sebagainya.  Jika bukan ibubapa yang kenalkan pula, anak-anak pun kenal sendiri  melalui youtube ,facebook dan lain-lain  lagi. Yang dia kenal itu mungkin penzina, mungkin kaki khamr, itu yang anak kita kenal dan idolakan. Lebih-lebih lagi ia adalah orang kafir yang tidak kenal dosa.

        Jika begitu,  bukan kita mengajak anak ke jalan orang yang kembali kepada Allah, tetapi membawa ke jalan menuju  neraka. Jika anak suka orang yang ia tonton, dia akan mengikut gayanya, itu tak dapat diingkari. Jika artis itu rambutnya sekian ia akan  ikut, jika ia pakai sekian, ia pun mengikut. Akhirnya jika artis itu minun khamr ia pun turut ikut. 

      Apalagi jika ibubapa pun sama-sama menonton , bersorak-sorak, bagaimana ?  Allah kata  ' ikutlah kepada jalan orang yang kembali kepada Allah',  tetapi kita mengajak anak ke jalan yang berlawanan. Bagaimana anak mahu menjadi anak yang soleh?  Seterusnya,

        
         
        Jika kita berbakti kepada ibubapa, kadang tidak ada yang melihat. Seperti kita bawa ole-ole bila berkunjung , kita picit  kakinya yang lenguh, kita berbual dengan  mereka . Kadang tidak ada yang tahu. Maka kata Allah  , apa saja kebaikan yang kita lakukan walau tidak ada orang yang tahu, maka Allah tahu apa yang kita kerjakan.  Dan antara amal soleh yang paling baik ialah berbakti kepada kedua ibubapa. Maka jika ada, jangan  ceritakan  kepada orang lain apalagi di post dalam facebook.

      Jadi, tanamkan kepada anak-anak bahawa setiap kebaikan  yang kita lakukan , Allah tahu. Sekecil apapun, walau kita sudah lupa kebaikan itu, nanti Allah akan khabarkan  kebaikan itu.  

      Kemudian, Luqman memberi nasihat lagi kepada anaknya,



3)  Allah tetap memberi balasan


      Luqman berkata lagi kepada anaknya ,


      Disini Luqman memanggil anaknya dengan panggilan yang lemah lembut, wahai anakku. Inilah cara memanggil anak kita walaupun sejengkel mana perbuatannya. Seperti nabi Nuh juga memanggil anaknya ' wahai anakku,' padahal anaknya tidak taat kepadanya. 

        Ini penting bila kita ingin memberi nasihat, panggillah anak dengan panggilan yang baik. Bukan dengan panggilan  yang buruk, seperti anak derhaka atau anak kurang ajar dan sebagainya. Panggillah dengan baik sehingga ia merasa kita dekat dengannya. Sehingga ia merasa ada tempat bersandar .  Itulah langkah pertama dalam memberi nasihat atau dakwah. 

     Luqman berkata kepada anaknya, 
'Sekecil apapun pekerjaan , sekecil apapun dia, atau di mana saja, di tempat yang tidak nampak oleh manusia, baik yang jauh atau yang dekat, Allah tetap mengetahuinya. '

       Maksudnya, kalaulah suatu maksiat yang kau kerjakan , kau sembunyikan dalam batu,  atau kau buang ia ditempat yang jauh , Allah tetap akan hadirkan ia di depan kamu nanti.  Begitu juga jika kebaikan yang kau lakukan, walau ia tersembunyi di mana juga  , Allah tetap akan  hadirkan  nanti untuk diberi balasan. 

        Sifat Allah itu al Latif  maksudnya Allah maha lembut dalam membalas kebaikan atau keburukan. Seperti mana Allah membawa nabi Yusuf dari terbuang kepada kebaikan sehingga orang-orang tidak sedar.  Itulah cara Allah. 

       Sama dengan  orang yang membuat maksiat , membuat marah orang tuanya, atau selainnya. Allah membawanya kearah balasan yang buruk, dengan cara kita tidak sedar.   Seseorang menyangka itu hal yang biasa yang normal, ia tidak mengaitkannya dengan dosa-dosa yang pernah ia lakukan. Ada orang suatu hari dia memburuk-burukkan gurunya  hingga satu hari ia dijelekkan oleh anak muridnya pula. Tapi ia tidak sedar. 

        Jadi,  Luqman mengajar anaknya, hati-hati dengan maksiat atau dosa. Sebab Allah tetap membalasnya sehingga tanpa kita sedari. 

      Jadi, ingatkan anak-anak, berbuat baik atau jahat tetap ada balasannya walau sekecil mana, atau tersembunyi di mana juga ia. Samada lambat atau cepat. Tetapi keburukan Allah balas sejak di dunia lagi.



Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
17/7/24
          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,