Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pahala

396) MENGAPA SESUATU AMAL JADI SIA-SIA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Membaca surah al Mulk     Sudah jadi kebiasaan sekarang jemaah membaca surah al Mulk selepas solat isyak. Keadaan membacanya dengan, -   beramai-ramai -   kuat dengan menggunakan mikrofon. Yang mana dengan kuatnya suara maka ia: -   mengganggu orang yang sedang solat, -   mengganggu orang yang sedang membaca al-Qur’an sendiri, -    atau menghalang orang daripada khusyuk berzikir dan berdoa.     Jadi, adakah amalan seperti ini dibenarkan? Atau ada larangan?  Jika dilarang, beri dalil. Penjelasan. Secara asasnya: 1. Amalan baik tetap baik jika dilakukan sesuai dengan syarak.     Contohnya membaca al-Qur’an memang ibadah yang besar pahalanya. Termasuk membaca surah al Mulk. 2. Namun jika dilakukan dengan cara yang salah ,     hingga melanggar larangan Nabi ï·º, maka pahalanya boleh gugur bahkan berubah menjadi dosa. Dal...

366) APA KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH?

Bismillah. Keutamaan solat jemaah   Keutamaan solat berjemaah di masjid sangat besar dalam Islam. Ia bukan sekadar ibadah peribadi, tetapi juga mengandungi hikmah sosial, rohani, dan pahala yang berlipat ganda. Berikut adalah antara keutamaannya: 1. Pahala dilipatgandakan Nabi ï·º bersabda:   “Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjat.” (HR. al-Bukhari & Muslim)    Solat di masjid bersama jemaah mendapat ganjaran berlipat kali ganda dibanding solat sendirian di rumah. 2. Tanda keimanan yang kuat    Nabi ï·º menyebut bahawa solat Subuh dan Isya’ secara berjemaah amat berat bagi orang munafik. (HR. al-Bukhari & Muslim)   Ini menunjukkan mereka yang konsisten solat berjemaah di masjid adalah orang beriman yang sebenar. 3. Mendapat perlindungan dan rahmat Allah Rasulullah ï·º bersabda:    “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid), membaca Kitab Allah dan me...

268) BOLEHKAH MENGHARAPKAN PAHALA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Bukan Kerana Pahala      Suatu petang, ketika sedang menunggu waktu asar di satu masjid, datang seseorang mendekatiku lalu mulalah kami bersembang. Sembang punya sembang sampailah bab solat kerana mengharapkan pahala.      Dari gayanya, aku dapat agak dia ada belajar dari seseorang bab solat atau ibadah kerana Allah semata-mata. Iaitu solat  tidak mengharapkan  pahala,  barulah datang ikhlas, katanya. Pendek kata, solat kerana Allah bukan kerana pahala. Kalau harap pahala itu tidak ikhlas.  Kata-kata Ali bin Abi Thalib     Dari mana asal munculnya pendapat begini? Adakah dari quran atau hadis?      Munculnya pendapat ini adalah dari kata-kata ( kononnya) Ali bin Thalib, yang  katanya,  "Sesungguhnya ada tiga jenis orang yang menyembah Allah: 1.  Ada yang menyembah-Nya kerana takut kepada neraka — itu ibadah hamba. 2.   Ad...