Bismillah. Assalamualaikum, Para sahabat nabi dahulu berkata bahawa mereka belajar ilmu dari rasulullah s.a.w hingga faham dan terus beramal.. Tidak tunggu -tunggu lagi. Itu lah method yang diajar oleh rasulullah s.a.w. Tapi cara ini masyarakat kita tak amal lagi. Mereka diajar bahawa wajib baca quran dengan betul dahulu. Jika bacaan salah maka berdosa. Maka berterusanlah masyarakat belajar membaca quran sehingga benar-benar betul bacaan dan baca lagi hingga khatam berkali-kali. Ditambah pula ada hadis yang mengatakan bahawa membaca satu huruf dapat 10 pahala. Akhirnya dengan method salah baca quran berdosa dan baca dapat 10 pahala, akibatnya masyarakat hanya fokus kepada membaca sahaja. Manakala method yang diajar nabi tak di gunakan. Sedang kan tujuan sebenar al quran diturun...