Langkau ke kandungan utama

69) APA AKIBAT TINGGALKAN AL QURAN?

Bismillah.  
Assalamualaikum,




        Para sahabat  nabi dahulu berkata bahawa mereka belajar ilmu dari rasulullah  s.a.w hingga faham  dan terus beramal.. Tidak tunggu -tunggu lagi. Itu lah method yang diajar oleh rasulullah s.a.w.

        Tapi cara ini masyarakat kita  tak amal lagi. Mereka diajar bahawa wajib baca quran dengan  betul dahulu.  Jika bacaan salah maka berdosa. Maka berterusanlah   masyarakat  belajar membaca quran sehingga benar-benar betul  bacaan dan baca lagi hingga khatam berkali-kali.

         Ditambah pula ada hadis yang mengatakan bahawa membaca satu huruf dapat 10 pahala.  Akhirnya dengan method salah baca quran berdosa dan baca dapat 10 pahala, akibatnya  masyarakat hanya fokus kepada membaca  sahaja.

      Manakala method yang diajar nabi tak di gunakan. Sedang kan tujuan sebenar al quran diturunkan ialah sebagai huda, iaitu petunjuk. Iaitu memandu, membimbing menunjuk manusia ke jalan yang Allah redha. Sedangkan prasyarat untuk itu adalah  dengan faham al quran. Belajar membaca dengan betul  itu wajib tapi ia adalah langkah permulaan sahaja.

Satu Perbandingan 

        Di masa kecil kita masuk tadika belajar membaca, menulis dan mengira. Bila sudah pandai membaca ,adakah  kita  berhenti di situ sahaja ? Tidak. . Di tambah lagi sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun dan hingga universiti 5 tahun  lagi..  semuanya 16 tahun . Tujuannya apa? Hendak dapat ilmu untuk bekerja dan dapat dunia.

        Tiba- tiba ilmu dari   al quran untuk dapat dunia dan akhirat, quran itu  kita belajar setakat membaca  sahaja. Lepas baca, baca lagi hingga tua. Tanpa memahami isinya dan diambil ilmunya. 

        Dalam bab dunia dari tadika lagi telah disedarkan pentingnya ilmu. Disediakan segala macam kemudahan, belanja dan sebagainya. Tapi bab akhirat tidak. Hanya setakat belajar membaca sahaja.  Jika  adapun yang tersedar setelah usia pencen. 

          Sedangkan rasulullah sampaikan ilmu kepada para sahabat dan terus diamalkan. Aqidah mereka terus berubah begitu juga akhlak para sahabat terus berubah. Sehingga merubah masyarakat yang  jahiliah kepada satu masyarakat yang bertamadun dan dihormati. Itu semua kerana mereka mendapat ilmu dari al quran yang disampai oleh rasulullah.

        Ketika Aishah ditanya bagaimana akhlak rasulullah, jawabnya, akhlak rasulullah adalah alquran. Apa maksudnya? Maksudnya sesiapa yang nak kenal nabi kena faham isi  al quran sebab akhlak nabi adalah alquran. Tapi ramai orang mendakwa cinta nabi tapi  al quran tak faham. Macamana boleh kenal dan cinta nabi?

         Nabi berkata bahawa ia datang untuk membaiki akhlak yang mulia. Jadi para sahabat berubah akhlak mereka dari penyembah berhala, zalim dan penipu berubah kepada akhlak yang mulia hasil didikan rasulullah. Sehingga beliau mengatakan bahawa sebaik-baik  kurun adalah kurunku  dan tak mungkin akan berulang lagi.

         Bagaimana akhlak rasulullah ketika orang badwi kencing di dalam masjid baginda? Beliau larang sahabat yang nak memukul orang badwi itu. Kerana orang badwi itu masih jahil. Rasulullah tidak marah.
      
Lihat ali Imran :159
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu....."

       Di sini Allah mengatakan bahawa nabi tidak akan dapat berlemah lembut kecuali kerana rahmat dari Allah. Bahasa nya lembut, perbuatannya baik dan hatinya lembut. Nabi sentiasa berusaha mengajak manusia kejalan Allah , bila dihina ia tak membalas. Bila orang meminta mesti diberi kecuali jika tiada.


"Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya"
(Alj Imran: 159)

         Nabi suka memaafkan kesalahan orang padanya,  memohon ampun bagi orang lain  dan mengambil kira pandangan orang lain dalam sesuatu hal. Dan jika setelah membuat keputusan tertentu maka nabi  berserah kepada Allah apa yang akan berlaku.

         Di masa nabi hendak mengerjakan haji tapi tak dibenarkan kerana mematuhi perjanjian Hudaibiah, nabi tidak marah walaupun sudah berpenat datang  jauh dari Madinah ke Mekah. Itulah tanda tawakkal nabi kepada Allah, dan Allah cinta hambaNya yang bertawakkal kepadaNya. Bukan yang marah-marah  bila segala yang dirancang tak menjadi.

         Jadi,  dengan memahami dan mengambil ilmu dari alquran akan mengubah sikap seseorang.
 
        Iaitu dengan mentadabbur alquran. Tadabbur itu bermakna membaca satu ayat itu hingga habis, kemudian  patah balik ke awal ayat untuk memahami dan melihat apa yang Allah nak sampaikan dalam ayat itu. Sebab alquran diturunkan untuk manusia, maka ada perintah atau ada larangan dalam ayat  tersebut yang kita nak beramal dengannya.

Dalam surah al Mukminun:68
. "Maka tidakkah mereka menghayati firman (Allah), atau adakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka terdahulu?"

Allah mencela orang yang baca quran tapi tak faham.

        Tadabbur al quran itu ialah dengan memerhati, memahami hingga ke akhir ayat sehingga dia dapat apa pengajaran dari ayat itu. Jika setiap ayat seseorang buat seperti itu pasti dirinya akan berubah. Baca, faham  dan amal.

       Kalau baca saja tanpa difahami, seseorang takkan berubah. Yang panas baran terus panas baran. Yang kedekut terus kedekut. Yang mengumpat terus mengumpat.

Kepentingan tadabbur al quran.

1. Supaya kita mencintai alquran dan mengagungkan alquran dengan bersangatan. Kerana ia kata-kata  dari Pencipta kita. Dan bersungguh untuk  memahami maksud setiap ayat al quran

2. Hati Berhajat kepada alquran.
        Hati ini sering resah, gelisah, sedih, takut, marah dan sebagainya. Perkara itu mesti datang dalam hidup seseorang. Ia takkan hilang kecuali dengan baca dan faham  alquran. Al quran akan merawat hati itu bila di fahami.

3.  Quran Penawar penyakit hati 

     Quran adalah peringatan kepada manusia. Dan juga ia penawar kepada penyakit manusia. Samada penyakit fizikal atau penyakit hati. Tetapi asasnya alquran adalah penawar  penyakit hati. Seperti pemarah, dengki, kufur dan sebagainya.  Jika quran itu dapat merawat penyakit fizikal  sahaja tetapi penyakit hati masih ada ia tetap akan masuk neraka. 'Pada hari itu tidak memberi faedah harta dan anak-anak  datang kepada Allah kecuali mereka yang membawa hati yang selamat'. Iaitu selamat dari penyakit syirik, cinta dunia , panas baran, dengki, dendam dan  sebagainya.  Walaupun  fizikalnya ada penyakit, tetapi jika hatinya bersih ia tetap masuk syurga.

         Seperti kisah wanita yang sakit sawan berjumpa nabi minta didoakan supaya sembuh. Tapi nabi berkata jika dia sabar dia masuk syurga, tapi  jika dia sembuh belum terjamin masuk syurga. Maka wanita itu memilih masuk syurga dan tidak memilih sembuh.
     
 4. Quran juga menjadi petunjuk kepada manusia. 

        Oleh kerana ia petunjuk kenalah faham apa isinya. Kalau tak faham macamana nak dijadikan panduan? Sedangkan tujuan kita nak kesyurga tapi tak faham jalan dan panduannya. Mustahil boleh sampai. 

       Kenapa walaupun tak faham apa yang kita  baca  tapi  kita tak rasa apa-apa? Bukankah ianya seperti burung kakak tua?

       Sebab ianya telah dibiasakan sejak datuk  nenek kita. Kita tak rasa satu kekurangan dan bersalah.

       Oleh itu sampai masa kita berubah. Bila baca quran mesti kena faham. Sebab ada peringatan yang Allah nak sampaikan melalui alquran.

          Akhirnya apa yang kita dapat jika kita baca  , faham dan amalkan isi al quran?   Iaitulah rahmat Allah. Iaitu kasih sayang Allah. Dengan membaca alquran dengan faham barulah kita rasa Allah sedang bercakap dengan kita memberikan ingatan, panduan dan sebagainya.

Apa Amaran Allah?

         Allah memberi amaran bahawa sesiapa yang lama meninggalkan tadabbur al quran hatinya akan keras.
 Dalilnya surah al hadid:16
. "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka

(berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."


      Ahli kitab mendapat kitab dari Allah juga. Setelah lama meninggalkan kitab mereka, hati mereka menjadi keras hingga menjadi fasik. Allah mencela mereka dan mengingatkan kita jangan jadi seperti mereka. Kerana apa Allah cela? Kerana tinggal tadabbur.

      Tadabbur alquran adalah wajib ,  dalilnya di  surah Muhammad:24 
24. "Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an ataukah hati mereka sudah terkunci?"

Dan surah shad:29

29. "Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran."

      Allah mencela orang yang tak tadabbur al quran kerana itu tanda hatinya sudah terkunci. 


         Begitu juga didalam surah al Mukminun:68,   Allah mencela orang yang baca quran tapi tak faham.

Lihat surah al Mukminun:68
68. :"Maka tidakkah mereka menghayati firman (Allah), atau adakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka terdahulu?"

        Kerana itu akan menyebabkan kita derhaka kepada Allah dan berakhir masuk neraka. Sesiapa yang meletakkan alquran didepannya  quran akan bawa dia  menuju ke syurga. Manakala sesiapa yang me letakkan quran di belakangnya maka quran akan heret dia menuju  ke neraka. Walaupun ia hafal al quran. 


Kesimpulan.

           Tadabbur al quran adalah wajib. Kerana meninggalkannya maka terjadilah apa yang terjadi sekarang. Umat islam jatuh akhlaknya, lemah , berpecah belah dan di tindas semahu-mahunya.

          Tiada jalan lain untuk mendapat rahmat Allah melainkan kembali mengamalkan al quran.



Klang.
17/7/23
     


       
       

    



    

     
      

         

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...