Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membersihkan Jiwa Dalam surah Ali ‘Imran 3:164 menerangkan empat tugas besar Rasulullah SAW . Ayat itu menyebut bahawa Allah mengurniakan nikmat kepada orang beriman dengan mengutus Rasul yang tugasnya: 1. Membacakan ayat-ayat Allah (tazkir & peringatan) 2. Menyucikan jiwa (tazkiyah) 3. Mengajarkan al-Kitab 4. Mengajarkan hikmah Apa maksud jiwa yang bersih? Jiwa yang bersih ialah keadaan hati dan batin yang suci daripada syirik, dosa yang berterusan, sifat tercela, serta dipenuhi iman, keikhlasan dan ketundukan kepada Allah. Jadi, bagaimana nabi s.a.w membersihkan jiwa para sahabatnya menurut ayat 3:164 tadi? Dan inilah juga yang harus kita ikuti jika mahu hati atau jiwa yang bersih. Di bawah ini penjelasan ringkas dan praktikal: 1. Mendengar dan merenungi ayat Allah Mendengar dan merenungi ayat Allah membersihkan jiwa kerana wahyu mempunyai kesan langsung k...