Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selamat

348) BAGAIMANA CARA BERPOLITIK YANG SELAMAT?

Bismillah Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Apa maksud politik yang selamat?    Politik yang selamat boleh difahami sebagai bentuk politik yang dijalankan dengan cara yang tidak menimbulkan kemudaratan besar kepada agama, masyarakat, dan negara, serta selari dengan prinsip kebenaran dan keadilan. Ciri-ciri politik yang selamat: a)  Selamat untuk agama -   Tidak memaksa orang meninggalkan ajaran agama. -   Mengutamakan undang-undang dan keputusan yang tidak bercanggah dengan syariat. b)  Selamat untuk masyarakat -   Tidak menimbulkan perpecahan, fitnah, atau keganasan. -   Menjaga keselamatan rakyat dari segi fizikal, ekonomi, dan maruah. c)  Selamat untuk negara -   Mengutamakan kestabilan politik dan keamanan. -   Tidak membuka ruang kepada campur tangan asing yang merosakkan. d)  Selamat untuk diri sendiri -   Tidak menggadaikan prinsip demi jawatan. -  ...

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu...

90) BAGAIMANA NAK SELAMATKAN ANAK ISTERI DARI API NERAKA?

       Bismillah. Assalamualaikum,          Selamat dari azab neraka adalah cita-cita yang terbesar bagi orang beriman. Kerana azabnya takkan tertahan bagi kita. Tentu kita mahu anak dan isteri kita juga selamat, Tapi bagaimana caranya? Apa panduannya?        Allah berkata dalam surah At Tahrim:6,          Kalau kita nak jaga kesihatan anak , kena beri makanan yang cukup dan berzat. Kalau nak bagi anak pandai, kita hantar sekolah supaya dia belajar. Tapi bagaimana nak selamatkan  anak dan isteri dari api neraka?           Apabila turun ayat di atas, saidina Umar r.a bertanya kepada nabi s.a.w, 'Wahai rasulullah, kami boleh jaga diri kami dari api neraka, tapi bagaimana kami nak jaga anak isteri kami dari api neraka?'          Jawab nabi, 'Kamu suruh anak isteri kamu apa yang Allah suruh.  Dan larang...