Langkau ke kandungan utama

90) BAGAIMANA NAK SELAMATKAN ANAK ISTERI DARI API NERAKA?

      


Bismillah.
Assalamualaikum, 


        Selamat dari azab neraka adalah cita-cita yang terbesar bagi orang beriman. Kerana azabnya takkan tertahan bagi kita. Tentu kita mahu anak dan isteri kita juga selamat, Tapi bagaimana caranya? Apa panduannya?



       Allah berkata dalam surah At Tahrim:6,
         Kalau kita nak jaga kesihatan anak , kena beri makanan yang cukup dan berzat. Kalau nak bagi anak pandai, kita hantar sekolah supaya dia belajar. Tapi bagaimana nak selamatkan  anak dan isteri dari api neraka?  

        Apabila turun ayat di atas, saidina Umar r.a bertanya kepada nabi s.a.w,
'Wahai rasulullah, kami boleh jaga diri kami dari api neraka, tapi bagaimana kami nak jaga anak isteri kami dari api neraka?'

         Jawab nabi, 'Kamu suruh anak isteri kamu apa yang Allah suruh.  Dan larang mereka apa yang Allah larang, insyaallah kamu dan anak isteri selamat dari api neraka.'


 Apa Yang Allah Suruh?

          Apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang itu,  iaitu:

1.  Ayah dan ibu mesti buat dulu seperti dalam surah an Nissa':19, bahagian akhirnya iaitu,

       Allah menyuruh menggauli isteri dengan baik. Seperti bercakap dengan lembut , tidak menengking, memberi nafkah dan haknya,  tidak marah yang berlebihan,  tegur kesalahannya dengan hikmah dan baik, dan sebagainya.
    
     Itulah hal yang Allah suruh bagi pasangan suami isteri.

       Iaitu sebelum selamatkan anak, biar selesai  dengan isteri dahulu. Kadang-kadang perangai suami kepada isteri kasar. Maka susah nak selamatkan anaknya dari neraka. Kenapa? Sebab tidak ada contoh dari ibubapa.
    
       Dan Allah kata lagi , jika kamu tak suka isteri kamu, jangan cepat ceraikan. Jangan terburu ikut nafsu. Kerana moga-moga apa yang kamu tak suka itu ada kebaikan untuk kamu yang kamu tak ketahui. Kata nabi, 'Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isternya.'  Kalau solat masjid tak tinggal tapi nafkah isteri tak beri, maka dia bukan suami yang baik.
       
        Apa pula yang Allah suruh ibubapa  terhadap anaknya?

2. Ajar anak solat ketika ia berumur 7 tahun. Sabda nabi,

"Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi).

      Nabi suruh ajar anak solat sejak umur 7 tahun lagi, kemudian bertegas apabila ia berumur 10 tahun. Dan pisahkan tempat tidur anak  lelaki dan perempuan bila umur 10 tahun. Inilah langkah-langkah awal hendak menyelamat anak dari neraka. Tapi ibubapa sekarang banyak menyerah pengajaran anaknya kepada sekolah sahaja. Maka itu tak cukup dalam mengikut perintah Allah.

 3. Ajar anak-anak adab kepada orang lain terutana ibubapa.  Lihat pula apa kata Allah dalam surah an Nur:58,
          Allah perintahkan ibubapa supaya mengajar anaknya yang belum baligh atau pembatu rumah  supaya meminta izin untuk masuk ke bilik ibubapa pada 3 waktu. Iaitu,

1. Sebelum solat subuh
2. Tengahari kira-kira sebelum zuhur
3. Sesudah solat isyak.

        Kerana di ketiga-tiga waktu itu aurat ibubapa mungkin terbuka kerana urusan peribadi mereka. . Jadi untuk menjaga aurat kedua-duanya, maka Allah larang masuk. Kalau anak yang dah baligh, lebih-lebih lagi dilarang masuk.
        
          Tapi sekarang adab ini tak diajar oleh ibubapa. Tak kira waktu, masuk sesuka hati. Ibubapa pula buka pintu tak kira waktu.

         Sebab itu nak selamat kan anak isteri dari api neraka, kena tahu dan patuhi semua suruhan Allah yang ada dalam quran.

4. Untuk selamatkan anak-anak, ibubapa mestilah jadi ibubapa yang beriman dan beramal soleh. Dalilnya didalam surah al kahfi: 82,
       
            Ini kisah nabi Musa dan Khadir yang membuat dinding di suatu tempat yang di bawah nya ada harta kepunyaan anak yatim.  Sedangkan ayahnya dulu seorang yang soleh.
         
        Tapi kini ramai ibubapa yang tak solat , tak tutup aurat tapi mahu anak yang baik. Itu tak betul.

5. Orang soleh dahulu menafsirkan ayat selamat dari api neraka iaitu,

           Abdullah bin Abbâs Radhiyallahu anhu berkata,
 “Lakukanlah ketaatan kepada Allâh dan jagalah dirimu dari kemaksiatan-kemaksiatan kepada Allâh, dan perintahkan keluargamu dengan dzikir, niscaya Allâh Azza wa Jalla akan menyelamatkanmu dari neraka”.

         Mujâhid rahimahullah berkata tentang firman Allâh ‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka’, “Bertakwalah kepada Allâh, dan perintahkan keluargamu agar bertakwa kepada Allâh Azza wa Jalla”

         Bermaksud dengan  melakukan ibadah yang wajib, menjauhkan sebarang dosa, takut dengan azab  Allah dan cinta dengan syurga Allah dengan membuat amal-amal soleh.  


 Kenapa Mesti Selamat dari Api Neraka?
 
            Kenapa mesti selamat dari api neraka? Kenapa perlu takut?

1.  Kerana bahan bakarnya dari manusia juga dan dari batu-batan yang panas menyala manakala pengawalnya terdiri malaikat yang kasar, kuat dan tak ingkar dengan perintah Allah dan tidak bertangguh-tangguh.

       Dalilnya di ayat 6 surah at Tahrim, 
       
       Kenapa dari batu-batan? Sebab itu menambahkan panasnya api itu. Ada sesiapa yang sanggup?

2. Tidak boleh berpatah balik ke dunia.

       Bila sudah sampai di akhirat  , tidak boleh lagi kembali ke dunia. Menyesal, nak bertaubat, nak beramal, pintu sudah tertutup. Dunia sudah di tinggalkan dan tak boleh kembali.  Dalilnya lihat surah At Tahrim:7,
    
         Uzur  iaitu alasan-alasan , sudah tak  diterima pada hari itu. Kerana hari itu ialah hari pembalasan bukan hari memberi alasan atau hari  beramal. Beramal hanya di dunia.
       
        Umpama, bila pelajar tak hadir sekolah, exam pun tak ambil ,  bagaimana hendak diberi balasan hadiah? Bahkan hukuman pula yang dapat.

        Allah tambah lagi di surah Fathir:36 

       Orang-orang kafir dan orang yang berdosa dimasukkan dalam neraka. Apa keadaannya?
     
        Iaitu mereka tidak mati, bahkan terus di azab. Dan kedua, azab itu tidak diringankan, samada tetap atau makin bertambah.  Dalilnya di surah an Naba',

      Apa lagi keadaan orang-orang yang kafir dan kufur dengan nikmat Allah itu?
Lihat At Tahrim:7,
         Di neraka itu, mereka sentiasa berteriak ketakutan dan menyesal. Ingin kembali ke dunia dan ingin beramal soleh. 
    
       Tapi Allah jawab bahawa mereka sudah dipanjang umur untuk diberi kesempatan  untuk mengambil pengajaran.  Ada yang 50 ,60, 70 tahun  , kenapa seminit pun tak terfikir untuk mengambil iktibar?  Bahkan kalau nak bertaubat tak perlu umur sepanjang itu. Jadi, jangan salahkan sesiapa lagi.
      

  Kesimpulan

           Kita semua mahu kita dan ahli keluarga kita selamat dari api neraka. Sebenarnya Allah sudah tunjukkan jalan nya di dalam al quran.  Tinggal kita mahu atau tidak untuk mengambil pelajaran. Di akhirat nanti, menyesal sudah tak berguna. 



Pasir Tumbuh, Kelantan
28/8/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...