Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hati yang bersih

556) APA CIRI-CIRI HATI YANG BERSIH?

Bismillah Hati yang bersih      Hati yang bersih adalah tujuan manusia dihidupkan. Sehingga nabi berdoa  meminta hati yang lurus dan baik.    اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا Maksud:    Ya Allah, berikanlah kepada jiwaku ketaqwaannya, dan sucikanlah ia. Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkaulah pelindung dan tuannya. (Hadis (HR. Muslim)    Berikut ialah ciri-ciri hati yang bersih (qalbun salim) beserta dalil daripada Al-Quran dan hadis: 1. Ikhlas dalam beramal Dalil: “Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas…” (Surah Al-Bayyinah: 5)   Hati yang bersih hanya  mengharap redha Allah, bukan pujian manusia. 2. Tiada syirik dalam hati Dalil: “…kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera (qalbun salim).” — (Surah Ash-Shu‘ara: 88–89)      Ulama tafsir...

221) BAGAIMANA MEMBERSIHKAN HATI DARI PENYAKITNYA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,      Di kesempatan kali ini kita akan membahas suatu parkara yang sangat penting iaitu bagaimana kita dapat membersihkan  hati kita dari penyakit-penyakitnya.   Kita, saya dan anda  semua sedang berjuang menuju kepada tujuan ini  kerana hati itu sulit untuk dikawal. Oleh kerana itu kita sama-sama berusaha kerana yang menjadi perhatian  Allah di hari kiamat kelak ialah yang utamanya perkara hati.        Sebelum dijelaskan langkah-langkah untuk membersihkan hati, ada beberapa mukaddimah yang perlu disampaikan berkaitan pengajian ini sebagai menambah wawasan kita tentang pentingnya perkara ini. Ia bukan main-main bahkan ia adalah puncak dalam tujuan kita menuntut ilmu , puncak tujuan kita belajar , iaitu agar hati kita bersih.        Sungguh merugi orang sudah mengaji bertahun-tahun , sudah menelaah banyak buku, sudah kenal banyak ustaz, t...