Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel haram

307) APA MAKSUD TAKHAYUL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum  Apa makna Takhayul?     Takhayul berasal dari kata Arab "khayal" (Ø®َÙŠَال) yang bermaksud bayangan, angan-angan, atau sesuatu yang tidak nyata. Dalam konteks umum dan istilah masyarakat, takhayul merujuk kepada:    ' Kepercayaan kepada perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang tidak berdasarkan fakta atau dalil syar’i, dan biasanya berkait dengan sesuatu yang ghaib atau luar biasa.' Contoh Takhayul: 1. Percaya sial jika kucing hitam melintas. 2. Percaya sesebuah  rumah itu berhantu tanpa bukti. 3. Gantung tangkal atau azimat untuk menolak bala. 4. Percaya jika menyapu waktu malam akan membawa kepada miskin. Dan bermacam-macam lagi kepercayaan takhayul yang ada dalam masyarakat kita.  Perbezaan Takhayul, Khurafat & Syirik: Takhayul      Kepercayaan yang tak masuk akal dan tak terbukti, tetapi belum tentu melibatkan agama atau menduakan Allah. Khurafat     ...

229) BAGAIMANA KEADAAN ORANG FASIK NANTI?

Bismillah Alhamdulillah. Assalamua'alaikum,       Disebut oleh Allah swt dalam surah as Sajdah: 20,                Orang fasik berada dalam neraka , kerana tidak tahan dengan siksaan, mereka berusaha lari.  Tapi setiap kali ia lari , ia ditarik semula ke dalam neraka. L alu dikatakan kepadanya,    'Nah! Rasakan siksaan ini yang dahulu kau dustakan (tak mempercayai- nya).' Apa itu fasik?       Apa itu fasik?  Iaitu orang-orang yang melakukan dosa besar (kaba'ir)  dalam keadaan ia tahu itu dosa, tanpa bertaubat  atau  selalu terus menerus melakukan dosa-dosa kecil.        Maknanya seseorang yang mengetahui sesuatu itu haram tapi tetap dilakukannya. Ia tahu, tapi ia tetap buat, tidak ia bertaubat daripadanya. Seperti ia tahu riba' itu haram, tetap ia terlibat. Ia tahu zina itu haram, tetap ia lakukan. Ia tahu menipu, mencuri itu ha...

161) ADAKAH MUZIK ITU HALAL?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Muzik itu musibah , musibah yang besar. Kenapa di katakan musibah? Kerana ia memang seperti yang di prediksi oleh nabi s.a.w dalam  hadis sahih Bukhari 4/30 iaitu, "Akan ada masanya beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik."        Iaitu umatnya akan menghalalkan, 1. Zina 2. Sutera 3. Khamr 4. Alat muzik.                 Memang asalnya ianya tidak halal, tetapi akan ada yang menghalalkannya. Itulah yang terjadi . Maka kita tidak hairan   jika ada sebahagian orang yang menghalalkan nya.  Itu membuktikan kebenaran mukjizat nabi s.a.w.  bahawa ada di antara umat nabi Muhammad s.a.w yang menghalalkan muzik seperti umat  sebelumnya.          Kalau tidak salah, dalam Injil dan  Taurat juga tidak dihalalkan muzik. Tapi sekarang orang pakai muzik di dal...

123) APA BINATANG YANG HARAM DIMAKAN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,             Allah menghalalkan makan makanan yang halal dan thoyyib. Tapi Allah tak senaraikan apa dia dia makanan yang halal itu. Kenapa? Bahkan Allah cuma beritahu apa dia makanan yang haram seperti ayat 115: An Nahl ini,          Sebabnya ialah makanan yang haram Itu sedikit, yang halal itu banyak. Oleb itu Allah sebut yang sedikit sahaja. Ini lah gaya bahasa al quran. Allah sebut yang sedikit, maka yang selain pada itu adalah halal.  Oleh itu mana lebih senang? Letak logo haram atau letak logo halal? Logo haram lebih mudah kerana ia tidak banyak. Kalau logo halal, banyak sangat.         Berbalik kepada ayat di atas, maka Allah beritahu bahawa Dia telah mengharamkan: 1. Bangkai 2. Darah  3. Daging babi 4. Dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah. Bangkai .            Bangkai ialah apa saja binatan...