Langkau ke kandungan utama

123) APA BINATANG YANG HARAM DIMAKAN?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,

            Allah menghalalkan makan makanan yang halal dan thoyyib. Tapi Allah tak senaraikan apa dia dia makanan yang halal itu. Kenapa? Bahkan Allah cuma beritahu apa dia makanan yang haram seperti ayat 115: An Nahl ini,

         Sebabnya ialah makanan yang haram Itu sedikit, yang halal itu banyak. Oleb itu Allah sebut yang sedikit sahaja. Ini lah gaya bahasa al quran. Allah sebut yang sedikit, maka yang selain pada itu adalah halal.  Oleh itu mana lebih senang? Letak logo haram atau letak logo halal? Logo haram lebih mudah kerana ia tidak banyak. Kalau logo halal, banyak sangat.

        Berbalik kepada ayat di atas, maka Allah beritahu bahawa Dia telah mengharamkan:

1. Bangkai
2. Darah 
3. Daging babi
4. Dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.

Bangkai.  

         Bangkai ialah apa saja binatang yang dimatikan dengan  cara bukan  yang dibenarkan oleh  Islam. Samada tidak disembelih atau disembelih dengan cara bukan cara islam. Contoh nya kambing yang mati kena langgar. Haram dimakan  sebab tak disembelih. Atau dia sembelih tapi mula dari atas leher. Atau dia sembelih tapi tak  baca bismillah. Atau sembelih bukan dengan nama Allah, seperti nama tok wali atau sebagainya.  Atau sembelih betul  baca bismillah tapi kerana berhala.  Atau contohnya, lembu yang mati kerana jatuh.

          Adakah semua bangkai haram..? Tidak. Semua bangkai di laut atau di air itu halal kecuali yang bertaring. Lihat hadis di bawah,

       "Dari Ibnu Umar RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai iaitu belalang dan ikan. Adapun dua darah yaitu hati dan limpa." (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

       Bagaimana dengan sotong dan udang? Sebab di dalam hadis disebut ikan sahaja? Jika halal apa dalilnya?

Lihat al Maidah:96,
      Jadi apa saja yang ditangkap di laut bangkainya halal.  Berbalik kepada darah yang halal iaitu hati dan limpa. Darah yang haram ialah darah yang mengalir . Dalilnya,

         Jika kita makan ayam goreng, tiba-tiba kita mampak di dalamnya ada darah, apakah ia halal? Ya ia halal. Dalilnya ayat di atas. Darah yang mengalir itu haram, adapun darah yang tak mengalir atau melekat di situ , ia tidak haram.

        Sebab itu setiap binatang kena sembelih. Kenapa? Sebab darah yang mengalir itu haram. Jika kita makan binatang yang tak disembelih bermakna kita makan benda haram. Disembelih itu untuk mengeluarkan  darahnya. Adapun darah  yang tak mengalir yang tertinggal itu halal. 

       Dan lagi yang haram dimakan ialah daging babi. Allah sebut daging, jadi adakah tulangnya halal? Boleh  buat sup tulang? Maka ulama sepakat bahawa kulit, tulang dan lemaknya semuanya haram. Tetapi kenapa Allah sebut daging sahaja. Sebab nya ialah , Allah sebut benda yang paling banyak dan besar dalam babi itu. Maka yang lain-lain itupun sama. Bukan bermakna yang lain itu halal.

      Jadi,  tiga benda itu haram. Bangkai haram kerana ada darah mengalir di dalamnya. Kenapa darah itu haram? Sebab ia  benda yang kotor.  Orang beriman tidak dibenarkan makan kecuali benda yang thoyyib. Kemudian  daging babi.  Kenapa ia haram?  Ada pendapat mengatakan sebab ia makan semua benda, termasuk najisnya sendiri.

           Yang keempat ialah binatang yang disembelih bagi selain Allah. Lihat sambungan ayat 145: al An'am ini,

          Ada dua maksud sembelih  kerana selain Allah itu. Pertama ia sembelih dengan nama Allah tapi untuk berhala, hantu , jin dan sebagainya.  Yang kedua yang disembelih bukan dengan nama Allah, seperti dengan   nama nabi Isa, wali-wali dan  sebagainya. Maka ia jadi bangkai.

          Uhillan itu bermakna meninggikan suara. Bila orang arab ternampak hilal  (anak bulan) maka mereka meninggikan suara kerana gembira. Jadi dari perkataan yang sama bila mereka menyembelih mereka meninggikan suara dengan menyebut nama Allah atau lain-lain   . Jadi bila ia menyembelih dan meninggikan suara dengan nama selain Allah , maka itu haram.

10 binatang yang haram dimakan

       Dalam ayat 145: al An'am ini Allah sebut 4 benda yang haram. Tapi dalam surah al Maidah Allah sebut 10 binatang yang haram dimakan. Kenapa berbeza?

       Ahli tafsir mengatakan surah An An'am :145,  itu surah Makkiah . Ia turun awal. Tapi surah al Maidah ayat 3 itu surah  madaniah , ia turun lewat. Jadi yang lebih tepat haramnya ialah yang turun kemudian. Lihat surah al Maidah :3,
         Dalam ayat ini binatang yang haram di makan ialah :
1. Bangkai
2. Darah
3. Daging babi
4. Yang disembelih bukan dengan nama Allah.
5. Mati tercekik.
6. Mati dipukul
7. Mati kerana jatuh
8. Mati di tanduk
9. Mati diterkam
10. Disembelih untuk berhala.

        Selain dari ikan dan belalang, yang tak disembelih tapi halal ialah binatang buruan. Iaitu  bila anjing buruan yang dilepas dengan nama Allah, bila ia menangkap binatang buruan itu dan diterkamnya hingga mati, maka halal dimakan. Dalilnya al Maidah: 4,
Islam yang sempurna
        
       Sambungan ayaf 3 al Maidah diatas,
     Islam yang bagaimanakah yang Allah redha itu? Iaitulah islam yang sempurna. Maka sesiapa yang menambah-nambah sesuatu dalam islam ini , maka Allah  tak redha. Contohnya  Islam Hadhari, Allah tak redha. 
 
       Dalam surah an Nahl:116 dan Maidah:3,   kedua-duanya mengatakan boleh makan yang haram  bila dalam keadaan darurat yang boleh mengancam nyawa, tanpa berlebihan. Dan akhir ayat 116 al Maidah itu  Allah kata Ia maha Pengampun.

         Kenapa Allah kata  Ia maha Pengampun? Sedangkan makan kerana terpaksa tadi bukan berdosa pun? Sebabnya ialah,  asal makanan itu haram  tapi bila orang makan juga mungkin dia rasa berdosa. Maka Allah pujuk hatinya bahawa Allah maha Pengampun.

       Dari sini timbul satu kaedah penting yang kita kena tahu. Iaitu,

      Tidak ada yang haram jika ada terrpaksa,
     Dan tidak ada yang wajib bila ada kelemahan.

      Maksudnya bila keadaan yang terpaksa , darurat , maka yang haram jadi halal.  Dan yang wajib jadi tidak wajib bila ada kelemahan atau ketidakmampuan. Seperti naik haji, ianya wajib. Tapi bila tak mampu ia jadi tak wajib sehinggalah ia mampu.  Berdiri untuk solat itu wajib, tapi bila ia tak mampu maka   tak wajib berdiri.

       Dalam ayat di atas Allah tak sebut berdosa, hanya sebut Allah maha Pengampun, tapi dalam al Baqarah:173 Allah ada sebut berdosa,
           Antara pengajaran ayat di atas ialah bahawa, hak mengharamkan sesuatu itu adalah hak Allah sahaja. Tidak ada sesiapapun ysng boleh mengharamkan sesuatu walaupun nabi sendiri. Begitu juga  menghalalkan sesuatu.

       Walaupun binatang-binatang itu haram tapi bila terpaksa, maka  Allah halalkan dengan syarat-syaratnya iaitu bukan sengaja ingin membuat dosa dan tidak  melampau dalam memakannya, maka itu tidak berdosa.  Ayat ini menafsirkan ayat an Nahl dan al Maidah tadi. Ini menunjukkan rahmat Allah ke atas hambaNya. Allah tidak membiarkan hambaNya terbiar hingga mati.
        
         Jika kita dahaga hingga nak mati, yang ada hanya arak. Bolehkah diminum arak itu mengikut kaedah diatas? Ulama berkata ia haram. Sebab ia tak menyelesaikan masalah dahaga. Minum  arak tak menghilangkan dahaga. Maka ia haram.  Benda yang haram menjadi halal, bila ia boleh menghilangkan mudharat itu. Jika ia tidak menghilangkan, ia tetap haram.

    
Berdusta dengan nama Allah
       
       Hak menghalal dan mengharamkan itu hanya hak Allah. Bila kita halalkan apa yang Allah haramkan atau mengharamkan apa yang Allah halalkan, maka Allah beri amaran kepada kita dalam surah An Nahl:116,

         Allah melarang berkata dengan lidah yang berdusta itu. Pendustaan yang paling sesat ialah berdusta dengan nama Allah. Sebab hak menghalal  dan mengharam sesuatu itu adalah hak Allah sahaja.   Tiba-tiba dia ambil. Yang Allah kata halal dia kata haram. Yang Allah kata haram dia kata halal. Kenapa dalam ayat di atas disebut halal dulu baru yang haram?

          Sebab nafsu manusia suka yang haram. Sebab itulah  ia menghalalkan yang haram itu. Sebab itu Allah kata  ia menghalalkan yang haram dulu.  Sedangkan yang halal itu banyak, contohnya minuman halal ada banyak. Yang haram juga manusia suka. Allah masukkan Adam dalam syurga  makan apa saja makanan dalam syurga. Allah kata satu pokok saja tak boleh makan. Tapi yang satu itulah yang dia nak. Itu nafsu manusia.


Memberi fatwa

           Dari Abi Nathrah ia berkata,
" Aku telah mendengar ayat an Nahl . Maka  aku rasa takut untuk memberi fatwa hingga saat ini. Benarlah maksud ayat itu iaitu sesiapa yang berfatwa dengan tidak mengikut kitab Allah dan sunnah rasul  kerana kejahilannya   maka sungguh ia telah sesat dan menyesatkan orang lain".

     Sesiapa yang memberi fatwa tanpa  mengikut quran dan sunnah, maka ia sesat dan menyesatkan orang. Ada tak ustaz yang berfatwa tanpa ikut kitab dan sunnah? Contoh  katanya 'kalau nak dapat ilmu, selak langsir saja.' Ini fatwa sesat dan menyesatkan. 
        
         Orang yang bertaqwa takut hendak memberi fatwa. Sebab itu jawaban terbaik bagi hal yang kita tidak tahu ialah wallahu'alam.  Bila orang tanys dia soalan, dia jawab  Allahu 'alam maknanya dia tahu. Apa yang dia tahu? Iaitu ia tahu bahawa ia tak tahu.  Tapi kalau dia tak tahu tapi jawab juga, maka sebenarnya dia tak tahu bahwa dia jahil.
 
          Sesiapa yang mengatakan ini halal, ini haram dengan tujuan untuk berdusta, maka sebenarnya ia berdusta terhadap Allah. Antara syirik dan mengatakan sesuatu yang mendustakan Allah, mana lebih besar dosanya? Sebenarnya syirik itu datang berpunca dari ia mendustakan Allah. Allah kata sembah Allah, tetapi ia dusta kan kata Allah itu. Allah kata ini haram, tapi ia kata halal. Maka pendustaaan ia itu lah syirik.
     
        Allah kata lagi bahawa orang yang mendustakan hukum-hakam Allah, ia tidak akan berjaya. Apa maksud berjaya ini? Maknanya ialah berjaya masuk syurga dan selamat dari neraka.  

         Apa kesalahannya? Iaitu ia mengada-adakan apa yang tiada bagi Allah. Mengada-adakan hukum yang tiada dalam Al quran. Bahkan ia masuk neraka. 

          Ulama mengatakan ini termasuklah bila Allah kata dalam quran, wajah Allah.  Lalu katanya itu bukan wajah Allah, Allah tiada wajah.  Alasannya jika Allah ada wajah maka itu menyamakan dengan makhluk. Maka ia pun tukar wajah Allah itu kepada  keredhaan Allah. Ulama berkata  , ini juga mengatakan kepada Allah apa yang Allah tak kata.  Begitu juga bila Allah kata istawa, tapi dia tukar kepada istawla. Termasuk mengada-adakan.

        Itu adalah satu dosa besar. Dalam surah al Isra",   Allah larang kita berkata atau beramal sesuatu yang kita tak tahu.  Lihat al Isra':36,
        Allah kata bahawa jangan kita buat sesuatu yang kita tiada ilmu atau dalil padanya. Kerana semua perbuatan kita itu akan Allah tanya nanti.

Siapa yang berjaya?

        Berbalik kepada makan yang haram atau berusaha dengan yang haram, Allah kata mereka takkan berjaya. Tapi realitinya kita lihat mereka kaya, sihat dan senang. Bukankah itu berjaya?

Maka Allah jawab,  dalam an Nahl: 117,

        Apa yang mereka dapat itu dari rumah mewah, kereta mahal dan duit 
yang banyak,  itu semua kecil bagi Allah. Berbanding dengan syurga yang kekal.

         Kedua, mereka senang tapi selepas itu apa yang mereka dapat nanti?  Iaitu azab yang pedih. Azab itu memang pedih, tapi kenapa Allah tambah lagi perkataan pedih? Ini adalah rahmat Allah, iaitu Allah beri satu amaran kepada manusia supaya beringat. Dan supaya manusia betul-betul gerun  kepada azab Allah kerana tak mahu kita buàt. Jika buat juga,  itulah balasannya.
      
        Sama seperti Allah gambarkan dalam  surah Luqman:24,
        Bila buat benda haram memang seronok. Tapi Allah kata ia sementara saja. Kemudia Allah paksa mereka kepada azab yang keras.

Kaedah:

1 . Dalam agama ini bukan semua yang Allah larang, Allah bagitau sebabnya.

2. Bukan semua yang Allah suruh, Allah bagitau hikmahnya.  Kalau ada maka alhamdulillah. Jika tiada, maka Allah nak uji kita apakah kita mahu taat atau tidak.

3. Bila nabi tak buat sesuatu maka kita jangan buat. Kalau ada kebaikan sesuatu itu, orang yang pertama yang akan buat ialah nabi. Jika nabi tak buat jangan kita melebihi nabi.
          

2/11/23
Klang & Padang Jawa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...