Bismillah.
Alhamdulillah.
Sesiapa sahaja yang mengambil tuhan selain Allah, maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka. Bahkan saja orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka, ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.
Assalamu'alaikum,
Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan manusia yang telah mati.
Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil. Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah. Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,
Sesiapa sahaja yang mengambil tuhan selain Allah, maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka. Bahkan saja orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka, ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.
Maka Allah menyuruh nabi beritahu mereka semua tentang ayat ini , termasuk juga kepada umat Islam. Nabi sudah menyampaikan amanah ayat ini, hingga kita dapat mentadabbur ayat ini sekarang. Tetapi anda yang mengaku beriman ini, adakah anda sudah sampaikan ayat ini kepada manusia lain? Yang kononnya mendakwa cinta nabi , hingga berbulan-bulan buat maulid?
Mintalah dalil
Jadi, mintalah bukti atau dalil kepada orang yang mengambil tuhan selain Allah itu, jika mereka ada dalil. Allah tahu, mereka memang tidak ada bukti pun, tetapi kenapa Allah minta juga? Apa tujuan Allah minta bukti?
Apa tujuan Allah minta bukti?
Tujuan nya ialah Allah nak mengajar kita semua bahawa,
1. Agama tertegak di atas bukti, di atas dalil. Kalau tiada bukti jangan berpegang padanya , jangan beramal dengannya.
2. Bila berhujah dengan orang yang salah, jangan melabelkannya. Tetapi mintalah bukti. Kalau betul dia di pihak yang benar, kemukakan bukti. Kalau tidak ada , sahlah dia batil. Cukup. Tak perlu kita hentam, tak perlu kita balas.
Kaedah yang sama juga Allah beritahu di dalam surah Al Baqarah: 111,
Allah cabar Nasrani dan Yahudi jika benar mereka ahli syurga, maka berikan bukti. Sekiranya mereka memang benar.
Jadi, Allah nak mengajar kita bahawa, agama mesti ada bukti, mesti ada ilmu. Jika tidak ada, maka itu hanya cakap-cakap kosong saja. Kedua, jika kita berdakwah atau berhujah, maka minta bukti dari mereka. Kalau tiada bukti, itu tanda ia salah. Jangan panjang cerita lagi.
Manakah dalil yang benar?
Jika diberi bukti , bagaimana kita nak tahu itu adalah benar atau yang hak? Maka Allah beritahu kita yang benar itu datang dari mana, dalam al Baqarah:147,
Jika kebenaran itu dari tuhan, maka maksudnya ialah al quran. Al quran itu adalah dari Allah maka ianya semua adalah benar. Tetapi Allah tak sebut pula ada kebenaran dari nabi. Adakah apa yang dari nabi itu tidak benar? Kalau dari nabi itu pun benar, kenapa Allah tak sebut?
Sebabnya ialah apa saja yang dari nabi itu, samada percakapan- nya atau perbuatannya itu datang nya dari Allah juga. Apa dalilnya? Iaitu di surah an Najmu: 3 ,4,
Allah sendiri yang menafikan bahawa nabi Muhammad s.a.w itu bercakap dari hawa nafsunya. Bahkan apa yang beliau katakan adalah wahyu dari Allah juga.
Para sahabat dahulu, apa saja yang nabi cakap mereka catit. Ada orang musyrikin memberi komen bahawa jika nabi sedang marah itu dari nafsunya, mengapa itupun dicatit? Sahabat pun ada yang termakan dengan kata-kata itu. Mereka berhenti menulis bila nabi sedang marah atau emosi. Bila di kemukakan hal itu kepada nabi, maka nabi jawab bahawa supaya menulisnya walaupun ketika beliau marah. Ini kerana apa saja yang dikatakannya walau ketika marah, itu adalah dari Allah juga. Marah nabi pun berdasarkan wahyu.
Maka bila kita diberitahu ini sunnah nabi, hadis sahih, jika kita tolak sebenarnya kita menolak wahyu dari Allah. Oleh itu kena berhati-hati untuk menolak hadis sahih.
Jadi , apa saja yang tidak ada dalil maka tidak boleh kita beramal dengannya. Walaupun ia kelihatan baik. Walaupun sejuta orang mengatakan ia betul.
Meminta dalil
Bolehkah bila ada orang mengajar lalu kita minta dalil? Kita lihat ayat al Anbiya: 24 tadi di mana Allah meminta dalil dari Yahudi dan nasrani, sedangkan mereka kafir. Jadi, kalau boleh meminta dalil dari orang kafir, mengapa tidak boleh meminta dalil dari orang yang ber title ustaz? Sedangkan ustaz ada dalil di sisinya , manakala orang kafir tidak ada. Jadi mengapa tidak boleh meminta dalil dari orang yang mengajar? Kalau dia berkata iaitu, bila belajar jangan banyak bertanya , tak berkat. Katakan pada nya adakah itu hadis?
Al quran itu peringatan
Allah sambung lagi dalam surah Anbiya:24,
Allah kata bahawa ini adalah zikru (peringatan), sedangkan maksudnya ialah al quran. Kenapa Allah tak sebut al quran saja? Ini kerana al quran itu bukan bahan bacaan sahaja, bukan untuk ditaranum sahaja dan bukan untuk dihafal sahaja. Ia satu peringatan kepada manusia tentang apa yang baik, apa yang buruk.
Oleh kerana ia satu peringatan untuk kita , maka kita kena faham apa isinya. Kalau tak faham, bagaimana kita nak tahu apa yang al quran suruh dan apa yang al quran larang? Misalnya emak kita beri peringatan kepada kita tapi dalam bahasa Urdu. Apa pun kita tak faham dan apa yang emak larang dalamnya kita langgar saja sebab kita tak faham bahasa emak kita.
Wajib faham
Oleh itu bila Allah beri peringatan , kita kena ambil faham. Macamana caranya? Ikut kemudahan kita. Samada dengan pergi kelas, atau masjid atau bertanya kepada yang ahlinya.
Allah beritahu nabi bahawa al quran itu adalah untuk umatnya dan ada juga kitab-kitab lain iaitu Taurat, Injil dan Zabur untuk umat yang terdahulu. Yang isinya semuanya sama iaitu mengEsakan Allah. Tidak ada satu pun kitab yang mengajak manusia menyembah selain Allah. Jadi, alasan apa lagi mereka hendak menyembah selain dari Allah?
Bukan berbalah
Di sini Allah mengajar kita sesuatu dengan hujah, dengan bukti. Bukan dengan berbalah atau melabel. Kalau sesudah tidak ada hujah, mereka hendak juga membuat sesuatu amalan, maka biarkan mereka. Tetapi jangan melabel orang yang ada dalil itu salah. Kalau mereka rasa yang tak ada dalil itu betul, silakan.
Kemudian Allah kata, bahawa kebanyakan manusia tidak mengetahui yang benar, yang hak. Iaitu mereka jahil. Apa buktinya? Iaitu mereka tidak membawa dalil. Oleh itu sesiapa yang beramal tapi tiada dalil, maka ia jahil walaupun ber title ustaz.
Orang yang jahil
Ada orang jahil, tapi bila dalil sampai kepadanya maka ia berubah lalu mengikuti dalil. Tetapi Allah beritahu dalam ayat di atas bahawa ada manusia yang terus berpaling. Maksudnya , dia jahil iaitu tidak tahu dalil. Bila dibawa dalil di depannya, ia tak mahu terima dengan bermacam-macam alasan. Bahkan ia terus meninggal- kan dalil dan terus beramal tanpa dalil. Ini tahap yang lebih teruk.
Bila menolak kebenaran atau hidayah
Allah jelaskan lagi keadaan mereka yang berpaling dari kebenaran itu dalam surah al An'am:110,
Mengapa hatinya berbolak-balik untuk menerima kebenaran? Kerana kata Allah, ia menolak kebenaran atau dalil pada kali pertama ia sampai di depannya. Maknanya bila datang kebenaran kali pertama ia tolak, yang kali kedua kemungkinan besar Allah tutup pintu hatinya. Kenapa? Kerana ia bersikap sombong kepada kebenaran . Lalu ia akan berterusan bergelimang dengan kesesatan yang bersangatan.
Jenis orang jahil dan berpaling inilah bila diberi peringatan atau tidak diberi peringatan , mereka tetap sama. Seperti kata Allah dalam surah al Baqarah: 6,
Oleh itu bila Allah beri peluang mengikuti pengajian al quran atau apa saja hidayah dari Allah, jangan tolak. Di takuti selepas itu Allah tutup hati kita .
Misalnya, kita nak beri sesuatu benda berharga kepada seseorang. Tapi dia tolak dengan sombongnya. Adakah kita hendak beri lagi selepas itu?
Pengajaran surah al Anbia : 24
Banyak pengajaran atau panduan yang kita boleh ambil dari ayat di atas untuk dijadikan panduan kita sepanjang hidup, iaitu:
1. Agama tertegak di atas bukti atau dalil. Bukan kata-kata manusia. Dalil di gali dari al quran dan hadis yang sahih.
2. Dengan beramal dengan perkara yang sahih dan tadabbur al quran , iman akan bertambah. Dalilnya di surah al Kahfi:13,
Bila kita beriman kepada Allah lalu beramal dengan apa yang kita tahu maka Allah tingkatkan iman kita. Seperti pemuda kahfi di atas. Oleh kerana mereka beriman, kerana hendak menjaga imannya, mereka lari dari orang yang jahat itu. Dengan itu Allah tambah lagi petunjuk kepada mereka iaitu mereka terlepas dari kesesatan dan bertambah imannya.
Sama juga jika kita tahu bahawa solat awal waktu, berjemaah di masjid dan solat sunat itu Allah suka, lalu kita amalkan. Maka dengan sebab amalan kita itu maka Allah tambah iman kita.
Mesej semua rasul-rasul
Apakah mesej semua rasul yang diutuskan Allah dari Nabi Adam hingga nabi Muhammad s.a.w? Lihat surah Anbiya':25 ,
Dari ayat ini Allah nak bagitahu bahawa setiap rasul yang pernah Allah utuskan dulu, mesejnya sama. Iaitu bahawa tuhan itu satu iaitu Allah, tidak ada tuhan selain Allah , dan sembahlah Allah sahaja. Langsung tidak ada dalil dari para rasul bahawa ada tuhan yang lain selain Allah.
Menyembah patung atau manusia suci, dari segi dalil tidak ada. Dari segi logik akal pun tidak masuk akal. Adakah patut dia buat patung, kemudian ia sembah dan minta sesuatu daripada patung itu. Sedangkan patung itu nak menampar lalat yang hinggap di belalainya pun tidak boleh. Adakah logik?
Dakwah
Di zaman nabi dulu ada 360 buah patung di sekeliling Kaabah. Tapi akhirnya semuanya lenyap , pupus dan tak timbul lagi. Tapi di sekeliling kita pun ada banyak. Tapi tak berkurang sedikit pun , kenapa?Padahal kita ada ribuan ustaz, hafiz dan orang yang berilmu tinggi di kalangan kita . Kenapa?
Sebabnya ialah kita tak buat kerja dakwah kepada mereka. Kita habis buang masa bertelagah sesama sendiri. Orang kafir memang jahil, tapi kita tak sampai kan mesej Allah pada mereka. Asal orang musyrikin Mekah pun jahil, tapi nabi sampaikan ilmu kepada mereka lalu mereka berubah 180°. Bila kita tak sampaikan ilmu kepada mereka, mereka takkan berubah. Patung-patung pun makin banyak dan makin besar. Tapi kita asyik menyalahkan itu dan ini, kecuali diri sendiri yang tidak bersalah.
Dari ayat di atas juga Allah nak bagitahu bahawa semua rasul itu mengajak kepada mentauhidkan Allah. Bukan mensyirikkan Allah. Kalau tauhid ada tapi dalamasa yang sama ada juga buat syirik maka itu bukan ajaran dari para rasul. Tauhid para rasul tidak dicelahi dengan sebarang syirik. Tapi di masa ini tuan guru pun ada yang mohon doa di kubur.
Tauhid mesti disertakan ibadah
Seterusnya Allah nak bagitahu iaitu bila sudah mentauhid kan Allah, maka kena ada ibadah menyembah Allah terutamanya solat. Maka jika ada orang sudah mentauhidkan Allah tapi tak solat, kenapa?
Sebabnya ialah ia belum mentauhid kan Allah sepenuhnya. Ada ragu , ada syak lagi. Kalau dia betul-betul mentauhidkan Allah , pasti dia akan solat. Sebab itu solat dipanggil tiang agama. Ia menandakan kita ada tauhid atau tidak.
Lihat an Nahlu:36,
Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa setiap umat itu ada rasul yang Allah utus. Mesejnya sama iaitu sembahlah Allah sahaja dan jauhi taghut. Apa dia taghut?
Taghut ialah apa saja yang kita sembah atau ikut selain Allah. Maknanya kalau dia sembah patung, patung itu taghut. Kalau dia ikut nafsu bukan ikut ajaran Allah, nafsu itu taghut.
Bila para rasul menyampai- kan risalah dari Allah, sebahagian beriman dan sebahagian lagi menolak. Oleh itu Allah suruh kita berjalan dan melihat bagaimana Allah binasakan mereka yang menolak para rasul tersebut. Maka kalau kita nak tahu bagaimana Allah musnahkan mereka, kita kena baca dulu kisahnya dalam al quran. Tanpa kita tahu kisahnya kita takkan rasa kebesaran Allah dan iman pun tak meningkat.
Misalnya, bagaimana kaum 'Ad dibinasakan Allah? Iaitu Allah datangkan angin yang menyedut semua mereka baik yang di dalam rumah atau di dalam gua dan di bawa ke udara selama 8 hari 7 malam berpusing-pusing di udara. Selepas itu Allah hempaskan mereka ke tanah. Habis semua mati. Maka, bila kita tahu kisah ini, baru ada rasa takut kepada hukuman Allah kepada kita.
Kesimpulan
1. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah sahaja.
2. Semua para rasul membawa mesej yang sama iaitu Allah itu tuhan yang Esa.
3. Orang yang mentauhidkan Allah mesti disertakan dengan bukti ialah beribadah hanya kepada Allah.
4. Tauhid tidak boleh dicelahi dengan syirik.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah UAM.
Klang & Padang Jawa.
25/10/23
Ulasan
Catat Ulasan