Bismillah. Assalamu'alaikum, Di antara sebab orang mudah marah, disebut oleh para ulama, ialah kerana sombong, angkuh, merasa diri hebat, merasa punya kekuasaan, maka ia mudah marah-marah. Di antaranta lagi orang suka marah ialah sebab kedekut. Orang kedekut suka marah-marah, kenapa,? Sedikit saja ada barangnya yang yang rosak, ia marah. Kata nya, " Ini harganya mahal!". Padahal ia murah saja. Ia terlalu berkira-kira. Jika seseorang sangat berkira-kira, ia akan suka marah-marah. Bila ada bendanya yang hilang , dia merasa itu sangat besar. Padahal itu sudah takdirnya. Pinggannya pecah ia marah-marah. Katanya, " Ini pinggan harganya mahal tau?" Walaupun ia biasa saja. Jadi , jika kita suka marah-marah, mungkin kerana sombong, mungkin kerana kedekut. Ini menunjuk...