Langkau ke kandungan utama

162) KENAPA MUDAH MARAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,

        Di antara sebab orang mudah marah, disebut oleh para ulama, ialah kerana sombong, angkuh, merasa diri hebat, merasa punya kekuasaan, maka ia mudah marah-marah.

        Di antaranta lagi orang suka marah ialah sebab  kedekut. Orang kedekut suka marah-marah,  kenapa,?  Sedikit saja ada barangnya yang yang rosak, ia marah.  Kata nya, " Ini harganya mahal!". Padahal ia murah saja. Ia terlalu berkira-kira. Jika seseorang sangat  berkira-kira,  ia akan  suka marah-marah.  Bila ada bendanya yang  hilang , dia merasa itu sangat besar. Padahal itu sudah takdirnya.

        Pinggannya pecah ia marah-marah. Katanya, "  Ini pinggan harganya mahal tau?"   Walaupun ia biasa saja. 

       Jadi , jika kita suka marah-marah, mungkin kerana sombong,  mungkin kerana kedekut.   Ini menunjukkan ada masalah dalam akhlak. 


Melawan marah

       Di antara kita  ada yang suka  naik darah, emosional. Maka kena  lawan  ia. Tahan marah.  Sabda nabi sa.w. ,

    "Barangsiapa yang berusaha bersabar, maka Allah akan menjadikannya mampu bersabar dan tidak ada seorang pun yang dianugerahi sesuatu yang melebihi kesabaran."
 (HR Bukhari No 1469).

Firman Allah dalam surah al Baqarah,



     
Semoga bermenafaat.


Dari kuliah Dr. Firanda.
Padang Jawa 
5/5/24



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  (Ar Ra'd:11) Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berl...