Bismillah. Assalamua'alaikum. Sesuatu balasan adalah sesuai dengan amal. Kerana banyaknya dalil dalam hal ini maka ia menjadi satu kaedah bahawa ini adalah satu sunnatullah yang menjadi sunan al kauniah yang pasti berlaku. Sepertimana kita mengetahui bagaimana berlakunya kepada benda-benda seperti air yang sentiasa mencari tempat yang le bih rendah sifatnya. Atau udara menempati setiap ruang dan sebagainya. Inilah aturan Allah berkenaan dengan benda-benda di alam semesta. Begitu juga sesuatu balasan sesuai dengan amal atau al jaza' min jinsil amal. Ini adalah aturan yang Allah letakkan dalam kehidupan. Aturan ini tidak akan meleset atau berubah. Di mana siapa yang melakukan kebaikan dia akan mendapatkan balasannya. Dan siapa yang melakukan keburukan dia akan mendapatkan balasannya juga. Allah berfirman, " Balasan yang setimpal". Maka bi...