Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, 6 prinsip yang ringkas Enam prinsip ini kelihatan ringkas, tetapi jika diamalkan, ia mampu membentuk akhlak yang mulia dan kehidupan yang diberkati. Ia mengajar kita menjaga hak orang lain, melakukan yang benar, menjaga lidah, membersihkan diri daripada keburukan, memberi yang terbaik dan merendahkan diri di hadapan ilmu. Inilah adab yang lahir daripada iman — berfikir sebelum bertindak, menilai sebelum berkata, dan sentiasa memilih apa yang diredhai Allah. Iaitu: 1. Kalau bukan milik anda, jangan ambil. Kejujuran bukan diuji ketika kita tidak mempunyai peluang, tetapi ketika kita mampu mengambil sesuatu tanpa diketahui orang lain, namun kita memilih untuk meninggal kannya kerana takut kepada Allah. Bukan hanya wang atau barang, malah masa, hasil kerja, idea dan hak orang lain juga wajib dihormati. Apa yang bukan milik kita tidak akan membawa keberkatan jika...