Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Keadaan azab terhadap orang yang kufur kepada Allah , Allah terangkan dalam ayat di bawah. Sebelum ini Allah terangkan orang kafir itu masuk neraka Sair, dan kekal di dalamnya. Jadi, ayat di bawah Allah terangkan keadaan mereka dalam neraka , iaitu dalam surah al Ahzab :66, Hari itu ialah hari di mana orang-orang kafir dicampak ke dalam neraka. Di mana , dibolak-balikkan wajah-wajah mereka di dalam neraka. Allah tak sebut siapa yang membolak-balikkan itu, kenapa? Kerana itu tak penting siapa yang membolak-balikkan . Yang penting kita tahu peristiwa itu berlaku. Kenapa dibolak-balikkan ? Kerana, seperti barbique yang kita balik-balikkan, supaya betul-betul masak atas dan bawah. Begitulah ahli neraka dibakar, dah masak di bawah, dipusing pula ke atas. Yang kedua, yang dibolak-balikkan itu apa? Wajah. Adakah...