Bismillah.


Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Keadaan azab terhadap orang yang kufur kepada Allah , Allah terangkan dalam ayat di bawah. Sebelum ini Allah terangkan orang kafir itu masuk neraka Sair, dan kekal di dalamnya. Jadi, ayat di bawah Allah terangkan keadaan mereka dalam neraka , iaitu dalam surah al Ahzab :66,
Hari itu ialah hari di mana orang-orang kafir dicampak ke dalam neraka. Di mana , dibolak-balikkan wajah-wajah mereka di dalam neraka. Allah tak sebut siapa yang membolak-balikkan itu, kenapa? Kerana itu tak penting siapa yang membolak-balikkan . Yang penting kita tahu peristiwa itu berlaku. Kenapa dibolak-balikkan ? Kerana, seperti barbique yang kita balik-balikkan, supaya betul-betul masak atas dan bawah.
Begitulah ahli neraka dibakar, dah masak di bawah, dipusing pula ke atas. Yang kedua, yang dibolak-balikkan itu apa? Wajah. Adakah wajah saja yang dibolak-balikkan atau satu badan?
Kenapa muka dibakar?
Pengajarannya, muka adalah anggota manusia yang paling mulia. Jika anggota yang paling mulia pun dibakar, maka yang lain lagi lah dibakar. Kita, kalau berlaku apa-apa musibah, anggota yang paling kita nak selamatkan apa dia? Iaitu muka. Kalau patah tangan ok lagi , patah gigi ok lagi, kalau muka terbakar itu paling teruk. Sebab itu IC kita gambar apa? Gambar kaki atau muka? Pelakon famous sebab apa? Sebab muka.
Kedua, kenapa Allah sebut muka? Sebab muka itulah yang tidak sujud kepada Allah. Bila manusia akan jadi paling mulia ? Iaitu bila mukanya diletak separas
dengan kaki. Dan itu lah keadaan manusia paling hampir dengan Allah, iaitu bila diletak di atas tanah. Maka bila muka itu tidak mahu sujud kepada Allah, bermakna muka itu sombong, lalu Allah bakar muka itu. Jadi, di dalam neraka manusia dibakar satu badan. Lihat surah an- Nissa':56,
Bila seseorang jadi kafir?
Bila seseorang jadi kafir? Iaitu bila ia kufur dengan ayat-ayat Allah. Kalau kufur dengan mazhab Hanbali adakah ia kafir? Atau mazhab Syafie? Bila seseorang jadi kafir ? Iaitu bila ia kufur dengan ayat-ayat Allah. Maka, sebab itu ayat-ayat Allah wajib difahami.
Sebab , bila kufur dengan ayat-ayat Allah itu, maka Allah akan bakar dia di dalam neraka. Kemudian Allah sebut dengan detail macamana ia dibakar. Kalau tadi Allah sebut mukanya dibolak-balik, kali ini Allah sebut setiap kali kulit mereka masak, Allah gantikan dengan kulit yang lain. Api itu membakar sampai kemana? Allah sebut hal ini dalam surah Humazah: 6 dan 7,
Jadi, bila api itu membakar sampai ke hati , maka Allah ganti dengan kulit yang baru. Kenapa Allah tukar? Kalau tak tukar adakah mereka tak rasa azab? Ya, tak rasa. Kalau sudah sampai satu tahap hati sudah mati, mereka takkan rasa apa-apa. Sebab itu Allah tukar kulit dan badan yang baru. Begitulah ia diulang-ulang. Kalau kita bayangkan baru kita rasa takut. Buat maksiat seronok sekejap, tapi azabnya terlampau perit. Katalah untuk satu badan itu habis terbakar ambil masa 10 minit, maka dalamasa satu hari ada 144 kali kulit ditukar dan dibakar. Kalau seminggu? Setahun? 10 tahun? Lagi dahsyat bila kekal diazab.
Jaga diri dari api neraka
Sebab itu nabi s.a. w bersabda,
"Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik." (HR. Bukhari no. 1413, 3595 dan Muslim no. 1016).
Maknanya, nabi bagitau buatlah apa saja untuk selamat dari api neraka. Ada pelacur yang selamat dari api neraka hanya kerana memberi minum seekor anjing yang haus. Jadi, jangan berat tulang membuat kebaikan, kerana setiap kebaikan akan membantu kita selamat dari azab nanti.
Allah boleh buat semua itu kenapa? Sebab Allah itu maha perkasa dan maha bijaksana.
Rayuan ahli neraka
Balik kepada surah al Ahzab:66,
Selepas muka mereka dibakar dan dibolak-balik, mereka sempat merayu kepada Allah . Apa rayuan mereka?
Mereka sentiasa merayu dan berdoa kepada Allah dengan penuh kekesalan. Apakah kekesalan mereka? Ia dirakam dalam surah al Ahzab:66,
Taat kepada Allah , taat kepada rasul
Inilah rayuan dan sesalan mereka, "Andainya kami dulu taat kepada Allah dan taat kepada Rasul s.a.w". Kenapa perkataan taat itu diulang dua kali? Begitu juga dalam ayat 59, an Nissa',
Taat kepada Allah, taat kepada rasul dan ulil amri dikalangan kamu. Kenapa taat kepada ulil amri tiada perkataan taat? Sebab taat kepada ulil amri itu bersyarat. Syarat nya iaitu ulil amri itu mesti selari dengan perintah Allah dan rasul. Tapi taat kepada rasul tidak bersyarat. Tidak ada syarat yang kita hanya taat rasul kalau rasul selari dengan perintah Allah. Tiada begitu. Kenapa?
Sebab tak mungkin perintah rasul berbeza dengan perintah Allah. Bahkan perintah rasul adalah wahyu dari Allah s.w.t.
Jadi, penyesalan utama orang-orang yang kufur itu ialah sebab apa? Adakah sebab harta tak banyak? Atau hidup susah di dunia dulu? Atau sebab apa? Sebabnya ialah sebab tidak taat kepada perintah Allah dan rasul.
Apa pengajaran yang kita dapat? Iaitu, nak selamat dari api neraka hanya perlu buat dua benda sahaja , iaitu taat kepada Allah dan taat kepada rasul. Ada tak yang ketiga? Seperti taat kepada guru , atau taat kepada mazhab? Tidak ada.
Jadi, kalau kita faham ayat ini, orang tak bergaduh pasal mazhab? Bila masuk kubur malaikat tanya tak, akidah kamu wahabi atau salafi atau asyairah? Kalau pergi padang mahsyar nanti ada tak diasingkan , ini kumpulan wahabi, ini kumpulan salafi? Ada tak ? Tidak ada.
Dua kumpulan
Ada dua kumpulan saja nanti , satu yang beriman kepada Allah dan rasul dan satu lagi yang tak beriman kepada Allah dan rasul , itu sahaja. Jadi kenapa kita membesarkan perkara yang Allah takkan tanya di akhirat nanti?. Bukan mazhab tak penting, tapi jangan sampai amalan kita berlainan dengan perintah Allah dan rasul. Cuba lihat surah al Furqan: 27,
Di hari itu orang yang zalim menggigit tangan, biasa orang menggigit jari, kenapa di sini menggigit tangan? Itu maknanya penyesalannya sangat besar , lebih hebat. Sampai ia menggigit tangannya sendiri.
Kenapa mereka amat menyesal?Kerana dalam ayat ini Allah sebut ia telah berbuat zalim. Apakah zalim yang paling besar itu?
Kata orang yang zalim itu, "Alangkah baiknya kalau aku dulu mengambil jalan bersama-sama dengan rasul". Bukan bersama guru, bukan bersama syeikh tapi bersama rasul. Kemudian ia berkata lagi ,
Katanya, "Alangkah celakanya aku" Seperti juga syair yang berbunyi,
" Alangkah baiknya kalau waktu muda datang sekali lagi".
Ini penyesalan orang yang sudah tua, ia berangan kalau muda itu datang sekali lagi. Ia ingin belajar dan beramal. Tapi itu tak mungkin berlaku.
Kata orang yang zalim itu lagi, "Kalau aku tak mengambil si fulan sebagai orang yang diikuti." Jadi, inilah penyesalannya yang besar.
Pertama, dia menyesal tak mengikut jalan Rasul s.a.w. Kedua ia menyesal mengikut si fulan sebagai ikutan. Siapakah fulan itu? Iaitu apa-apa saja, ia mungkin abuya , syeikh itu dan ini , atau guru itu dan ini atau influencer itu dan ini, iaitu selain daripada Rasul s.a.w. Lebih teruk lagi barang-barang gurunya yang sudah mati, dijadikan barang berkat!
Apa puncanya?
Apa punca orang yang tak mengambil rasul sebagai ikutan tetapi mengambil si fulan sebagai ikutan? Allah terangkan dalam ayat seterusnya, al Furqan: 29,
Itu kerana si fulan telah menyesatkan dia dari jalan al Quran (zikru) . Si fulan tak mengajarkan isi al quran tetapi membaca sahaja tanpa faham. Yang diajar ialah zikir-zikir, tak pernah belajar tadabbur al quran, bahkan katanya belajar tadabbur itu sesat. Dan juga syaitan telah menipunya atau menghinanya sehingga ia bersama menjadi ahli kelab neraka.
Apakah punca semua ini? Iaitu Allah terangkan dalam ayat seterusnya,
Nabi s.a.w mengadu kepada Allah yang umatnya, termasuk kita ini, menjadikan al quran sebagai mahjura (barang yang ditinggal kan). Iaitu mereka tak membaca, memahami dan mengamalkan isi al quran. Itulah sebab menjadi sesat.
Nabi s.a.w sedih kerana umatnya meninggalkan al quran. Tapi ada orsng yang mendakwa cinta rasulullah s.a.w, sampai tiap bulan dia sambut maulidur rasul. Tapi apa yang nabi sedih dia tak sedih pun.
Makna mahjura kata ibnu Qayyim, ialah tak baca langsung. Ia tinggalkan terus. Dia beli al quran kemudian dia simpan. Beli mahal-mahal di Mekah, lepas tu simpan dalam almari kaca, kemudian sampai mati tak baca.
Kedua, dia baca tapi tak faham, ini juga termasuk mahjura. Ketiga , dia baca dan faham, tapi tak ikut apa yang dia baca itu. Misalnya kaum khawarij. Keempat, dia baca, faham dan amal tapi tak sampaikan. Kelima, bila dia sakit dia tak cari quran sebagai syifa'. Yang dia cari ialah klinik as syifa'. Sedangkan al quran itu ialah penyembuh dan rahmah.
Inilah puncanya mereka menyesal nanti di akhirat.
Beriman atau tak beriman dengan ayat Allah.
Jadi, manusia itu samada ia beriman dengan ayat Allah atau tidak beriman. Dua sahaja. Kamu mazhab apa, itu bukan masalah besar. Masalah besar ialah hubungan seseorang dengan al quran. Lihat al Baqarah: 121,
Dalam ayat ini Allah swt terangkan sikap manusia kepada al quran ada dua sahaja. Pertama yang beriman dan yang kedua kulfur kepada al quran. Ada yang walaupun ia faham al quran tapi ia kufur kepadanya. Tapi orang yang beriman dengan al quran pun ramai yang tidak faham al quran. Sebab itu balasan di akhirat nanti hanya ada dua , satu untuk yang beriman dan satu lagi untuk orang yang tak beriman .
Pemimpin yang menyesatkan
Sambungan surah al Ahzab:67,
Dulu mereka memuji dan mentaati pemimpin dan orang besar mereka. Ada pemimpin yang boleh diikuti, iaitu bila sesuai dengan perintah Allah dan rasul. Tapi kalau dia kata, ' Nabi ikut kekanan, tuan guru ikut ke kiri, kita ikut kekiri', macam ini punya ustaz jangan diikut.
Pemimpin-pemimpin, syeikh-syeikh yang tak selari dengan Allah dan rasul itu apa perbuatan mereka? Iaitu menyesatkan pengikut-pengikutnya.
Permintaan pengikut di akhirat
Di akhirat apa permintaan pengikut-pengikut yang sedang diazab, kepada pemimpin mereka di dunia dulu? Lihat surat al Ahzab: 68,
Mereka meminta kepada Allah supaya timpakan azab dua kali ganda kepada pemimpin mereka dulu. Yang kononnya boleh berjumpa rasulullah, boleh memberi berkat, boleh menolong dari alam ghaib dan lain-lain. Kenapa digandakan? Sebab para pemimpin itulah yang membawa dan memulakan kesesatan kepada orang lain.
Seperti sabda nabi s.a.w,
"Dan barangsiapa yang memulakan suatu pekerjaan yang jahat di dalam Islam maka ke atasnya dosanya dan dosa mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan dosa mereka sedikit pun."
(Hadis riwayat Muslim (1017)]
Kalau ada orang beramal dengan kejahatan yang ia mulakan, selama 1000 tahun, selama itulah ia menanggung dosa orang itu.
Orang bawahan juga diganda kan azab kerana dengan sebab merekalah juga orang atasan jadi lebih sesat. Kalau orang bawahan cerdik, berfikir, pemimpin itu takkan bertahan lama. Seperti firaun memperbodohkan pengikutnya sehingga ia terus jadi pemimpin. Allah terangkan ini dalam surah az Zukhruf,
Firaun boleh jadi pemimpin sebab orang bawahan nya bodoh. Kalau mereka buka fikiran sikit, pemimpin tak boleh tipu mereka.
Periksa dahulu
Kalau nak ikut seseorang atau kumpulan, periksa dulu pemimpin, syekih atah guru mereka. Kalau selari dengan quran dan sunnah boleh ikut, kalau tidak maka elakkan kerana ia akan menyesatkan kamu.
Allah rakamkan hal ini dalam surah al Baqarah : 166,
Ketua-ketua atau pemimpin suatu kumpulan berlepas diri dari pengikut-pengikutnya di akhirat nanti, bila ia melihat siksa api neraka, walaupun dulu pengikut itu menjadi pentaksub kepada mereka
Dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Tidak ada lagi saling tolong-menolong. Kemudian orang bawahan pula menjawab. Allah jelaskan di ayat ini,
Para pengikut pula pada masa itu berasa ingin kembali ke dunia dan berlepas diri dari ketua-ketua mereka dulu, nak keluar dari grup mereka dulu. Tetapi itu semua sia-sia dan menjadi sesalan yang amat besar bagi mereka. Dàn lebih teruk lagi mereka kekal di dalam neraka .
Meminta dilaknat ketua mereka
Kembali kepada surah al Ahzab,
Selain mereka minta digandakan azab kepada ketua-ketua mereka yang sesat itu, mereka juga meminta Allah laknat bekas pemimpin mereka dulu dengan sebanyak-banyaknya.
Pemimpin dengan orang bawahan ketika di dunia tolong menolong , senyum dan berkasih-sayang . Tapi di akhirat, mereka saling benci-membenci, kutuk-mengutuk dan meminta supaya Allah laknat mereka. Iaitu, maknanya Allah beri azab dalam bentuk mental kepada kedua-dua pihak. Tengok muka pemimpin lagi geram.
Saling mengutuk
Lihat surah al Araf:38,
Yang masuk neraka itu dari golongan jin dan manusia. Setiap kali masuk satu kumpulan, ia melaknat kumpulan yang lain. Tadi pemimpin melaknat orang bawahannya, yang ini satu kaum melaknat satu kaum yang lain. Sebab apa? Sebab geram dan marah.
Sehingga kata ibnu Abbas, "Rohnya sendiri melaknat badannya, dan badannya melaknat rohnya sendiri." Hingga roh firaun mengutuk badannya sendiri , katanya " Mengapa kau membawaku keneraka ? " Manakala badannya pula mengutuk rohnya, "Mengapa kau bawa aku ke neraka?"
Di dalam neraka , kaum nabi- nabi terdahulu berjumpa antara sama lain. Lalu orang-orang bawahan berkata kepada tuhan bahawa ketua mereka telah menyesatkan mereka, oleh itu beri mereka azab yang berganda. Kemudian Allah gandakan azab kepada ketua dan pengikut-pengikutnya juga digandakan sebab ia jadi sebab pemimpin jadi sesat dan sombong.
Keadaan ahli syurga
Di akhirat, orang yang masuk neraka saling mengutuk, melaknat dan menuding jari. Tapi orang yang masuk syurga mereka hidup berkasih sayang. Seperti Allah jelaskan dalam surah al Hijru: 45,
Keadaan orang yang bertaqwa di dalam syurga , ia tinggal di dalam taman-taman dan dekat dengan sungai-sungai yang mengalir. Dan ahli syurga itu dialu-alukan dengan ucapan,
Orang-orang bertaqwa itu dipersilakan masuk ke dalam syurga dalam keadaan selamat. Selamat dari apa? Selamat dari azab , selamat dari kesedihan , dari tua, dari sakit, tak penat dan tak mati. Seterusnya,
Dan Allah lenyapkan dari hati mereka perasaan dendam, geram dan marah. Semuanya berkasih sayang, bersaudara dan duduk di atas pelamin-pelamin yang mengadap antara satu sama lain.
Ini menunjukkan mereka dalam keadaan senang, tiada masalah dan saling berkasih-sayang.
Bahkan dalam satu hadis di ceritakan ada orang yang membunuh dan dibunuh, dua-dua masuk syurga. Bagaimana ? Iaitu seseorang mati syahid kerana dibunuh oleh orang kafir dalam peperangan. Ia masuk syurga. Kemudian orang kafir itu masuk Islam , kemudian berjihad lalu ia masuk syurga. Bila dua-dua ini berjumpa dalam syurga adakah mereka berdendam? Tidak. Kenapa?
Dicabut perasaan dendam dan marah
Kerana Allah sudah cabut semua perasaan dendam dan marah dari hati mereka. Semuanya berkasih sayang. Begitu juga satu kisah dalam surah Yasin. Bila dia berdakwah , dia kena bunuh. Apa angan-angan dia selepas ia mati?Iaitu terhadap kaum yang membunuhnya? Seperti dalam surah Yasin: 26,
Iaitu ia tidak marah orang yang membunuhnya dulu sebab dengan kerana itu ia dapat masuk syurga yang penuh nikmat. Tidak ada rasa marah dan dengki. Dan dengan itu ia menjadi tanda orang ahli syurga di dunia. Iaitu tidak ada sedikit pun rasa dengki di hatinya. Sebab itu semasa hidup ini Allah suruh kita berdoa supaya tiada seorang pun orang Islam yang kita benci. Doanya iaitu,
Iaitu supaya tidak ada perasaan benci sesama orang Islam. Tapi sekarang orang Islam cepat membenci saudara seagama nya. Berbeza sedikit dengannya akan di tuduh sesat. Padahal Allah kata yang sesat dan masuk neraka itu ialah yang tak sama dengan perintah Allah dan rasul. Bukan berbeza dengan pendapat nya.
Lagi keadaan ahli syurga ,
Di dalam syurga, tidak ada rasa penat walaupun membuat perkara yang banyak. Kalau semasa hidup ini, kalau jalan pagi sampai petang tentu merasa penat. Tapi di syurga tidak begitu. Bukan saja tidak merasa penat bahkan mereka kekal di dalam syurga.
Jadi, alangkah tidak cerdiknya mereka yang memilih api neraka , tidak memilih syurga yang penuh nikmat. Maka berdoalah kita ,
Pengajaran surah al Ahzab:66,
1. Dahsyatnya azab neraka bagi orang-orang kafir sehingga badan mereka khususnya muka, akan dibakar dan dibolak-balikkan secara berterusan , sebagai penghinaan kerana muka adalah anggota badan manusia yang paling mulia dan paling sensitif.
2. Badan dan muka ahli neraka akan dibolak-balikkan supaya betul-betul masak, kemudian setelah masak dan hangus akan ditukar dengan badan dan muka yang baru supaya mereka merasai azab setiap saat.
3. Rahmat Allah kepada hambaNya dengan merakamkan penyesalan orang-orang kafir di dalam neraka yang akan berlaku , agar mereka yang membaca dan menghayati merasa takut dan gerun untuk mengingkari perintah Allah.
4. Taat kepada Allah dan rasulNya adalah sebab utama dan besar bagi manusia selamat dari neraka.
Pengajaran al Ahzab 67, 68.
1. Punca manusia dibakar dalam neraka ialah kerana mereka suka mengikuti pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh , guru-guru, dan orang-orang tua secara membuta tuli tanpa ada hujah dan dalil.
2. Taklid buta tidak akan menyelamatkan orang itu daripada azab walaupun ia adalah pembesar, pemimpin atau tokoh-tokoh terkenal.
3. Haram mengikuti seseorang setelah terbukti jelas dengan dalil yang sahih yang pegangan orang itu bercanggah dengan Allah dan rasul s.a.w.
4. Pemimpin dan mereka yang diikuti tanpa dalil dan hujah adalah mereka yang sesat dan menyesat kan . Di akhirat mereka akan digandakan azabnya dua kali ganda.
5. Islam melarang berkawan atau duduk bersama mereka yang jahat dan sesat. Kerana ia akan mempengaruhinya.
6. Di negeri akhirat tidak akan terputus tanggungjawab seseorang secara mutlak . Kerana ada ketika manusia masih diminta untuk berdoa kepada Alllah atau sujud kepada Allah.
6. Semua ahli neraka saling memarahi antara satu sama lain dan melaknat sesama mereka disebab kan penyesalan atas perbuatan mereka mengikut pemimpin atau tokoh yang sesat semasa di dunia. Berbeza dengan ahli syurga, mereka sentiasa berkasih sayang sesama mereka.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah ustaz AMAR,
Klang.
12/10/24
Ulasan
Catat Ulasan