Bismillah. Assalamu'alaikum , Musyrikin Mekah tidak mahu menerima risalah al quran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w kepada mereka. Mereka menuduh nabi dengan bermacam-macam hal. Ahli sihir, mereka-reka kitab baharu , mencedok dari kitab Injil, orang gila dan sebagainya. Tetapi Allah sendiri menjawab tuduhan mereka itu di dalam surah Yunus:37 ini, Dalam ayat ini Allah menafikan bahawa al quran itu direka-reka oleh nabi Muhammad sa.w. Bahkan, al quran itu satu kitab yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya iaitu Taurat dan Injil. Al quran tidak bercanggah dengan dua kitab tersebut, bahkan kitab tersebut juga ada menceritakan tentang turunnya al quran dan nabi terakhir. Bermakna ia saling kuat menguatkan atau membenarkan antara satu sama yang lain. Antara lain fungsi al quran itu diturunkan kepa...